Friday, January 14

Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO.







Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.


UMNO negeri yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.



Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian.
Pengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Adun Penaga,  Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. 


Mat kilau kata UMNO Pulau Pinang benar-benar berani berubah. 

4 comments:

durian balikpulau said...

Salam ,

Jawatan Ketua Penerangan rasanya tidak sesuai diberi kepada DSH kerana DSH tidak mempunyai idea yg kreatif dan idealisma utk memegang jawatan tersebut. Elok diberikan kepada orang muda yang lebih agresif dan beridealisma. Sudah lama dalam jawatan eloklah beri laluan kepada yg baru. UMNO harus berubah sebelum UMNO rebah.

matkilaupenang said...

durian balik lau,
itu ialah keputusan dipihak perhubungan negeri.sebelum ini DSH ialah pengerusi "war room" apa kata kita tengok apa yang bakal dirancang,jika tidak berubah juga kita berhak memberi pandangan.

durian balikpulau said...

Saudara Mat Kilau ,

Mengenali DSH udah sampai masanya DSH berundur. Bukan kita ketandusan pemimpin yg berkaliber cumanya UMNO selektif pada gengnya yg tertentu dan takut untuk berubah kearah yang lebih baik.

matkilaupenang said...

durian balik lau,
ada benarnya cadangan anda,akan tetapi keputusan bukan ditangan kita. pucuk pimpinan yang menentukan.hanya boleh memberi cadangan.adakah tiada ketua bahagian lain yang layak.kita mempunyai 13 bahagian.pasal apa dok tengok balik pulau saja.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive