Friday, January 14

Ng Minta Maaf Tunduk Malu Tak Terhingga,Bila Nak lepas Jawatan?



Akhirnya Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lalu, memohon maaf secara terbuka dan mengaku telah keterlanjuran. 

"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.





Beliau juga hari ini menemui dan memohon maaf kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar, pemilik Restoran Mohamed Aliyar selain kepada pekerja dan seluruh komuniti India Muslim kerana perlakuannya itu.
Semalam, dalam satu kenyataan, Ng berkata beliau sedia meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang jika terdapat bukti beliau telah meluahkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Ng juga telah memberi keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Isnin lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi tempoh seminggu kepada Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Komtar dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja restoran itu. 

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed, berkata kenyataan Ng itu begitu biadab dan mengguris hati masyarakat India Muslim di negara ini. 
Ng didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu. 

Syed Kassali yang dikunjungi Ng di kedainya tengah hari tadi berkata, beliau akan berbincang dengan KIMMA dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk tindakan selanjutnya kerana laporan polis sudah dibuat terhadap Ng. 

"Insiden ini telah mengakibatkan perniagaan saya merosot sehingga 50 peratus dan terpaksa menanggung kerugian RM30,000 sejak kejadian Ahad lalu," katanya kepada pemberita. 

Dalam kejadian pada malam Ahad itu, Ng dilaporkan bertindak kasar terhadap Syed Kassali dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu semasa beliau menyertai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyerbu restoran itu. - BERNAMA 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive