Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha Kerajaan Pusat, khususnya oleh kementerian itu.
Justeru, katanya, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-PAS itu tidak harus cepat mengambil nama di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.
"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.
"Contohnya, pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang berlabur di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini.
Mukhriz yang ditemui selepas mengagihkan 250 kotak limau mandarin kepada peniaga di Pasar Taman Ria semalam diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lalu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan pakatan.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata kementeriannya tidak "pilih kasih" dalam mempromosikan negeri-negeri di Malaysia kepada negara luar.
"Maknanya kita tidaklah hanya bercakap mengenai Iskandar (Malaysia) di Johor, Melaka, Pahang dan sebagainya sebaliknya kita buat kerja untuk semua negeri.
"Sudah tentu Pulau Pinang yang telah dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu turut mendapat nikmat daripada usaha-usaha kita walaupun sekarang ini mereka di bawah pemerintahan DAP," katanya.
Pada Rabu lalu, Lim membuat kenyataan akhbar menyatakan Pulau Pinang berjaya menarik lebih RM12 bilion pelaburan pada 2010 berbanding RM2.165 bilion pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, kenaikan lima kali ganda itu mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar yang dilaksana kerajaan negeri bersandarkan tujuh faktor termasuk urus tadbir dan pimpinan berintegriti.
Mat kilau kata:eloklah tue yang pecaya kat dia cuma orang yang tak sedaq diri dok pakai cantik badan bau hancing kena kencing dengan anjing.
No comments:
Post a Comment