Sunday, January 23

Terdedah penyebaran risalah palsu.Biar betul?



Wanita UMNO Labis hari ini mendedahkan penyebaran risalah berbentuk fitnah yang mengatakan sayap itu tidak menyokong calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim. 

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat oleh bekas Ketua Wanita UMNO Labis, Hasmah Haron, di Balai Polis Labis pada 1.15 tengahari tadi.



Dalam laporannya, Hasmah antara lain menyatakan tidak wujud Kelab Wanita Veteran BN yang ditubuhkan di Labis dan ada pihak yang menyebarkan risalah itu dari rumah ke rumah sekitar Kampung Bukit Mambai di sini.


Risalah itu bertulis: "Kami penyokong Linda tidak akan menyokong Tok Ai sebagai calon. BN tolak wanita. Kelab Wanita Veteran BN Labis." 

Linda merujuk kepada Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh, manakala Tok Ai kepada Mohd Azahar. 

Haslinda yang menemani Hasmah membuat laporan polis itu berkata, risalah itu jelas satu fitnah bagi memecahbelahkan pergerakan itu. 

Katanya, beliau bimbang penyebaran risalah fitnah itu akan berleluasa jika tidak ditangani. 
"Kami meminta satu siasatan dijalankan," katanya. 

Haslinda yang sebelum ini disebut-sebut akan dicalonkan BN bertanding pilihan raya kecil itu, berkata Wanita UMNO Labis menyokong penuh pencalonan Mohd Azahar. 

"Kami menyokong 110 peratus calon BN," katanya. 

Haslinda berkata, ada kumpulan wanita yang menyamar sebagai ahli Wanita UMNO dan bergerak ke kampung serta kawasan penempatan FELDA dan menyebar risalah itu. 

"Kumpulan seramai empat atau lima orang itu memakai tudung merah seperti yang selalu dipakai ahli Wanita UMNO dan berkunjung ke rumah penduduk," katanya. 

BN mencalonkan Mohd Azahar manakala PAS, Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang 30 Januari ini. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive