Sunday, December 8

VIDEO : DATUK MUSA MENGAMUK DIPENGHUJUNG #PAU2013


Apa dah jadi!!!! Ini adalah satu tragedi yang tidak dapat dielakkan ketika dipenghujung Perhimpunan Agong UMNO 2013. Datuk Musa Sheik Fadzil mengamuk pada Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang Saudara Oh Tong Keong. Kalau nak mencabar pun tengok orang sikit bro. Oh Tong Keong nie kena ingat Datuk Musa nie ada nama gelaran Di Pulau Pinang.

Oh Tong Keong dah buat silap dengan menggangu Singa yang sedang tidur. Singa Bukit Mertajam nama diberi, Satu Pulau Pinang kenal cuma mamat poyo nie saja baru nak bertapak didalam politik dah mula nak tunjuk botol susunya. Sekali Singa BM mengamuk ini padahnya. 

Video ini menceritakan segala-galanya.


Datuk Musa Sheikh Fadzir bertegas tidak akan menyatakan sebarang permohonan maaf kepada mana-mana individu atau anggota organisasi termasuk parti Gerakan berhubung cadangannya menukar slogan 1Malaysia kepada 1Melayu.

Beliau berkata, gesaan tersebut hanya merujuk kepada konteks Perhimpunan Agung Umno 2013 semata-mata dan tiada kaitan dengan konsep yang diperkenalkan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

" Tak payah nak jadi hero. Orang tahu siapa dia. Orang tahu siapa Gerakan di Pulau Pinang. Saya takkan minta maaf. 

"Pasal apa nak minta maaf? Saya tak buat salah.

"Saya bukan kata nak tukar 1Malaysia dengan 1Melayu. Saya nak satukan orang melayu. Dia (Gerakan) dok kelam kabut buat apa. 

Beliau yang merupakan perwakilan Umno Negeri Pulau Pinang turut mempersoalkan tindakan Parti Gerakan yang tidak menyatakan sebarang pendirian mengenai kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang menghina para peniaga Melayu di Pulau Pinang.

"Baru-baru ni Jeff Ooi kata kucing kurap, mana suara Gerakan? Bila orang kata ROS (Pendaftar Pertubuhan) anjing Umno mana suara Gerakan?," soalnya.

Musa merujuk desakan Setiausaha Parti Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong yang meminta pimpinan Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik semula cadangannya menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu.

2 comments:

Anonymous said...

harap pimimpin umno lain pun ada semangat mcm ni la.. jgn asik dok cbuk buat fulus saja. ..boleh ka semua pemimpin dalam BN dan semua pemimpin dlm PR isytihar harta dgn telus...kecian pd rakyat...sokong la sokong...yg kaya pemimpin2 ja...

Anonymous said...

Boh! Datuk, Jangan tak boh!. Puak ni mau ajaq cukup, cukup.

Depa ingat semua Melayu macam Al Juboq tu kot.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive