RAPID

Friday, May 16

PAS DAH JADI BANGSAT/MEREMPAT PRK #BukitGelugor


DAP memegang kuasa di Pulau Pinang akan tetap Jentera PAS tetap menjadi Bangsat apabila merempat di Dewan Orang Ramai Sungai Gelugor. Takkan DAP tak boleh bagi tempat nak buat kerja demi Pakatan Rakyat. Mana Mat Sabu.......? 

Kalau dah sampai tahap merempat macam nie baik keluar aje dari pakatan rakyat. DAP takkan tak mampu nak sewa rumah bagi jentera  yang tolong berkempen. DAP dah anggap Jentera PAS macam anjing kurap itu pun masih nak sondol Guan Eng lagi....

Dewan orang ramai yang sepatutnya dijadikan tempat untuk komuniti bermasyarakat disalah guna oleh penyokong pakatan rakyat ketika menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor.

Dewan JKKK yang terletak di Persiaran Sungai Gelugor 2 disini bukan sahaja dijadikan markas untuk mereka berkempen malah ia dijadikan bilik gerakan operasi parti Pas bagi membantu rakan sekutu mereka DAP yang bertanding dalam PRK disini.

Tindakan parti itu menjadikan dewan orang ramai sebagai tempat untuk berpolitik ditentang penduduk tempatan kawasan itu.

Bukan sahaja beranggapan tindakan itu tidak wajar malah beberapa penduduk yang ditemui berkata tindakan itu adalah penyalahgunaan kuasa.

Seorang penduduk,Ismail Ibrahim, 61 berkata, dia kesal dengan tindakan parti berkenaan yang menggunakan kemudahan penduduk untuk kepentingan parti.

Menurutnya,Pas tidak sepatutnya menggunakan dewan itu sebagai markas mereka dan ia telah menyinggung perasaan penduduk di kawasan kampung berkenaan.

"Dewan itu sepatutnya dijadikan tempat penduduk melakukan aktiviti,kenduri kendara dan sebagainya bukan untuk satu-satu puak berpolitik.

"Apabila perkara ini berlaku ia akan menyebabkan masyarakat berpecah belah kerana bukan semua penduduk disini yang bersetuju dengan tindakan mereka dan bukan semua penduduk disini menyokong parti Pas mahupun DAP,"katanya.

Turut berkongsi pendapat yang sama Ahmad Salleh,62 yang menentang keras penyalahgunaan dewan berkenaan untuk tujuan politik.

Katanya, tindakan Pas menaikkan bendera parti itu juga adalah satu kesalahan dibawah Akta Pilihanraya.

"Penggunaan bendera parti lain selain bendera parti yang bertanding adalah salah dan mereka perlu menurunkan semua bendera Pas dikawasan itu.

"Pas boleh membuka markas mahupun bilik operasi mereka,mereka nak berkempen untuk membantu DAP pun terserah kepada mereka tetapi jangan salah gunakan hak dan kemudahan rakyat.Banyak tempat lain yang boleh mereka jadikan bilik gerakan tetapi bukan di dewan JKKK,"katanya.

Mohd Razak Ibrahim,66 pula berharap agar Pas lebih bertanggungjawab dan menjaga perasaan masyarakat kampung di kawasan berkenaan dengan tidak memandai-mandai membuka bilik gerakan di dalam kawasan berkenaan.

Beliau turut berharap penduduk kampung dapat berpolitik secara sihat dan tidak menjadikan perbezaan pandangan politik sebagai penghalang untuk mereka bersatu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive