RAPID

Friday, May 30

#PRKTelukIntan : Mah Siew Keong Bakal Menteri @NajibRazak


Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.


“Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

“Belum lagi… perkara itu akan diputuskan kemudian,” katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

2 comments:

Anonymous said...

Menteri ke, Timbalan Menteri ke, dia sahaja yang untung. Dapat gaji besar, drebar, elaun dan pencen lepas tu.

Dulu jadi Timbalan Menteri, apa yang rakyat Teluk Intan dapat?

Elok bagi jer portfolio Menteri tukang buka pintu tak?

Anonymous said...

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Bahawa kami YIP KUM FOOK (YIP KUM FOOK & ASSOCIATES) dan anaknya YIP JIUN HANN yang berjalan tugas sebagai lawyer di alamat: NO. 2A & 2B, 2ND FLOOR JALAN 53, DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR & LOT 3.55, KOMPLEKS DESA BATU 8, JALAN KEPONG 52100 KUALA LUMPUR (YIP JIUN HANN & ASSOCIATES).. JAYANTHI DEVI BALAGURU, PENGURUSI PARTI GERAKAN SEGAMBOT, DAN OOI AH BAH(LLB) ..(CHIA OOI SUN & CO.) ADVOCATES & SOLICITORS NO. 48-1, 1ST FLOOR JALAN BRUNEI UTARA OFF CHANGKAT THAMBI DOLLAH, PUDU 55100 KL.

Dengan terus terang nya disini menegaskan:-

1) Untuk menengahkan keadilan undang-undang Negara, hak asasi manusia dan sebuah Negara demokrasi yang sebenar-benar, kami tidak mengentar kepada sesiapa yang cuba menakut-nakutkan.

2) Kami sedia mehadapi pengkhianat di mahkamah
Sekian dimaklumkan, Terima Kasih.

Mr. Lawrence YIP
sui chin choo

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive