Tuesday, November 2

1,438 Isi Rumah Galas Guna Elektrik Percuma.

Sebanyak 1,438 isi rumah atau 45 peratus daripada 6,500 isi rumah di Dewan Undangan Negeri Galas yang menggunakan perkhidmataan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menikmati faedah rebat penggunaan elektrik percuma bagi penggunaan di bawah RM20.
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon berkata ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM20,622 sebulan dan sejak faedah ini bermula pada Oktober 2008, kos rebat yang diberikan di DUN Galas ialah RM453,692.
Bagi seluruh Kelantan pula, sebanyak 92,027 isi rumah sudah menikmati faedah itu.
“Dalam tempoh 22 bulan, kerajaan persekutuan melalui TNB membelanjakan RM18.26 juta. Di Parlimen Gua Musang sahaja, rebat percuma melibatkan kos sebanyak RM1.04 juta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dalam Bajet 2011, pemberian rebat itu akan diteruskan sehingga penghujung tahun depan.
“Lebih daripada 1.1 juta isi rumah seluruh negara telah menikmati rebat ini dengan anggaran kerajaan membelanjakan hampir RM450 juta sepanjang Oktober 2008 hingga Disember 2011 dan ia diberi secara adil, tanpa mengira kaum, etnik dan fahaman politik,” katanya.
Noriah berkata melalui Rancangan Malaysia Kesembilan RMK-9, kerajaan pusat memperuntukkan RM248,910.339 untuk kerajaan Kelantan bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati bekalan air bersih yang mencukupi.
Jajahan Gua Musang, misalnya, mempunyai 11,788 akaun dengan anggaran 60,000 pengguna manakala DUN Galas sahaja terdapat 5,908 akaun pengguna.
Beliau berkata di bawah bajet RMK-10, sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk membaik pulih Loji Rawatan air Jajahan Gua Musang yang menyalurkan air terawat ke DUN Galas.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive