Friday, November 12

Tauke plastik bantah kempen.



Sesi dialog antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan wakil Persatuan Pekilang Plastik Malaysia (PPPM) semalam, kecoh apabila ahlinya tidak setuju dengan langkah Kerajaan Negeri melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik setiap hari mulai tahun depan.

Presidennya, Lim Kok Boon, melahirkan kekecewaan terhadap keputusan itu yang dianggap tidak mengambil kira tiga memorandum yang pernah dihantar mereka sejak tahun lalu.

Menurutnya, alasan Kerajaan Negeri bahawa kempen itu adalah satu usaha untuk memelihara alam sekitar tidak relevan kerana kajian pelbagai pihak termasuk dari luar negara mendapati ia adalah sebaliknya.

Kok Boon yang mengetuai 13 ahli PPPM pada sesi dialog itu, mendakwa hidupan marin terjejas bukan disebabkan plastik tetapi kemajuan industri perikanan.

“Kempen itu akan membebankan rakyat yang berpendapatan rendah kerana perlu membeli beg plastik sampah yang lebih mahal iaitu 40 sen sekeping berbanding plastik biasa semata-mata untuk membuang sampah.

“Kajian yang kami lakukan mendapati lebih banyak kesan negatif daripada positif yang akan timbul sekiranya Kerajaan Negeri tetap melaksanakan rancangan itu,” katanya dalam sesi dialog itu.

Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2011 Pulau Pinang minggu lalu berkata, kempen Hari Tanpa Beg Plastik yang diperkenalkan sejak 1 Julai 2009, akan diperluaskan meliputi semua premis perniagaan pada setiap hari mulai 1 Januari 2011. 

Bagaimanapun, pasar mini dan premis perniagaan tunggal diwajibkan mematuhi peraturan itu tiga hari seminggu iaitu Isnin, Selasa dan Rabu.

Menerusi kempen itu, orang ramai masih boleh mendapatkan beg plastik dengan caj 20 sekeping. Hasil jualan beg plastik itu akan disalurkan kepada tabung Rakan Anti Kemiskinan iaitu dana bagi membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.

“Kami yakin ia tidak akan menjejaskan mana-mana pihak kerana harganya adalah murah, lagipun program ini hanya dilaksanakan di pasar raya bukannya di gerai penjaja kecil,” katanya.

Kok Boon yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Guan Eng, mengulangi fakta bagi menyokong hujahnya bahawa plastik tidak akan menjejaskan alam sekitar serta mahu Kerajaan Negeri memperkukuhkan konsep 3R (Guna Semula, Kurangkan dan Kitar Semula) jika mahu mengurangkan penggunaan plastik.

Pada sesi itu, seorang pembekal beg plastik kepada beberapa pasar raya, E E Lim, yang mewakili Merit Industries Sdn Bhd, mendakwa langkah kerajaan itu menyebabkannya mengalami kerugian.

Seorang lagi wakil PPPM mencelah sambil mendakwa tenaga pekerja di kilang plastik terpaksa dikurangkan kerana syarikat tidak mampu membayar gaji selepas kekurangan operasi.

Guan Eng kemudian meminta mereka memberi laporan serta bukti mengenai dakwaan itu kerana Kerajaan Negeri tidak mahu mana-mana pihak terjejas menerusi program yang dilaksanakan.


Mat Kilau:Ingat MELAYU saja marah kat CM Paling Celaka Dlm Sejarah Pulau Pinang rupanya seAngkatan pun sama,itulah memang benarlah LIDah Bewwwak.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive