Wednesday, November 3

BN sudah lakukan yang terbaik di Galas, Batu Sapi

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) sudah melakukan usaha terbaik bagi membantu rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas serta Parlimen Batu Sapi dan berharap mereka akan membuat keputusan yang tepat pada hari pengundian esok.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera BN di kedua-dua kawasan pilihan 
raya kecil itu telah menggunakan kesempatan tempoh berkempen dengan 
sebaik-baiknya untuk memberikan penjelasan mengenai hasrat kerajaan membawa 
pembangunan dan membantu rakyat. 
"Ini sudah sampai ke jam yang terakhir dalam kempen (pilihan raya kecil) 
baik di Galas dan Batu Sapi, kita telah (ambil) peluang dan kesempatan yang kita 
gunakan sejak lebih seminggu lepas untuk perjelaskan pelbagai isu yang ditimbulkan pihak parti pembangkang. 
"Saya harap dengan kesempatan yang ada ini kita telah dapat menimbulkan 
keyakinan yang lebih kepada pengundi tentang keadaan yang sebenarnya dan mereka 
akan membantu untuk menyokong calon BN," katanya kepada pemberita selepas 
menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Sungai Terah di sini, hari ini. 
Timbalan Pengerusi BN itu berkata, rakyat tidak seharusnya terpedaya dengan 
dakyah yang disebarkan parti pembangkang kerana ia bersifat fitnah dan tohmahan. 


"Pemimpin PAS boleh berkata ia tanggungjawab kita (BN) tetapi untuk Kelantan 
macam juga negeri-negeri lain kita bantu secara menyeluruh termasuk pembangunan 
sosial, kemudahan seperti sekolah serta infrastruktur yang lain," katanya. 
Ditanya mengenai peluang BN di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil 
berkenaan, Muhyiddin berkata, "Kita berdoa kepada Allah selepas kita berusaha 
dengan begitu gigih tidak mengira penat dan lelah, siang dan malam tidak cukup 
tidur, tidak cukup makan, dengan niat ikhlas nak tolong rakyat, tuhan akan 
makbulkan doa kita." 
Bagaimanapun katanya, beliau mendapat maklum balas positif di DUN Galas, 
katanya: "Daripada laporan yang kita terima nampak perubahan yang jelas berlaku 
di bawah maknanya pengundi mula sedar dan sudah keluar untuk menyambut jentera 
dan kempen yang kita anjurkan." 
Sementara itu, Muhyiddin meminta semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang 
kekecohan pada hari pengundian esok. 
Beliau berkata, rakyat yang layak mengundi tidak perlu berasa bimbang dan 
takut untuk keluar mengundi kerana pihak berkuasa telah memberikan jaminan 
keselamatan. -- BERNAMA 


Ansari Kempen Dalam Laut (Sabah)

Mat kilau:esok ramai-ramai keluar mengundi awal,tetapkan Pilihan anda BARISAN NASIONAL.Salam 1Malaysia.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive