Monday, November 1

Wali Selipar Menipu...Celako.celako celako.

UMNO Online: Berita Eksklusif
Seramai 300 penduduk Gua Musang menjadi mangsa penipuan Pas apabila mereka diberikan sehelai kertas yang dikatakan sijil kononnya sebagai watikah penerimaan lot tanah yang akan diberi kerajaan negeri jika terus memerintah Kelantan bagi membantu penduduk miskin.
Mangsa penipuan, Rozali Rodin, 38, berkata sijil itu disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat kepada penduduk terbabit dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi pada tahun 2007 lalu.
“Pada majlis itu mereka berjanji, jika Pas berjaya menang dalam pilihan raya (PRU 2008), semua pemegang sijil itu akan diberikan lot tanah seluas 10 ekar, tapak rumah dan menerima bayaran sebanyak RM700 serta bonus RM200 setiap bulan.
“Siapa yang tak tertarik dengan janji itu menyebabkan semua penerima sijil mengundi Pas, bagi memastikan Pas terus memerintah Kelantan dan penduduk akan dapat sebidang tanah seperti dijanjikan,” katanya.
Rozali membuat pendedahan itu kepada Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman yang berkunjung ke rumah itu ketika menjalankan program Salam Sayang Skuad Sayang Wanita UMNO di Kampung Lepan Jaya.
Menurutnya, selepas pilihan raya dan Pas berjaya mempertahankan Kelantan, tiada siapa pun pegawai kerajaan negeri atau wakil mereka yang datang berjumpa dengan penduduk berhubung pemberian tanah.
“Sehingga sekarang tiada seorang pun yang datang jumpa kami, malah apabila kami bertanyakan mengenai apa yang dijanjikan, mereka cuba mengelak, apabila kami pergi ke pejabat tanah, pegawai di sana mengatakan mereka tidak tahu mengenai perkara itu.
selanjutnya baca di sini.
“Sehingga sekarang tiada seorang pun yang datang jumpa kami, malah apabila kami bertanyakan mengenai apa yang dijanjikan, mereka cuba mengelak, apabila kami pergi ke pejabat tanah, pegawai di sana mengatakan mereka tidak tahu mengenai perkara itu.



Mat kilau:.Pemuda akan buat laporan mengenai rasuah PAS kepada SPR dan SPRM eloklah tue.dengar kata PAS buat cerita kata KPUGM bazelan baharuddin tak ngam dengan calon kita Aziz Limau.Awat la depa nie dah tak ada isu yang nak dimainkan.dah tau nak kalah nanti mesti buat kacau.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive