Sunday, November 7

Gempar!!!DAP Pakar Putar Belit.

Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik menayangkan video bantahan yang diadakan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selasa lalu disifatkan sengaja mencari salah rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan berkata, tindakan Wei Aik mengadakan sidang media kelmarin semata-mata untuk menayangkan video itu adalah satu tindakan menuding jari kepada rakyat seolah-olah mereka yang bersalah.

“Dia seolah-olah hendak beritahu kepada umum, inilah perilaku rakyat sedangkan mereka yang membuat bantahan itu ada tujuan tertentu, mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri terhadap mereka terutama penduduk Kampung Genting yang tanah mereka akan diambil oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Wei Aik sebaliknya mahu menunjukkan seolah-olah rakyat rakyat yang jahat dan bersalah walhal mereka hanya mahu menuntut keadilan dan hak mereka. Mereka datang ke DUN hanya untuk berjumpa Ketua Menteri bagi menyuarakan apa yang mereka tak puas hati namun usaha dihalang,” katanya.

Norman berkata, semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Pulau Pinang, perkara seperti itu tidak pernah berlaku.

Mengulas mengenai kenyataan Wei Aik yang mendakwa tindakan seorang daripada penunjuk perasaan merantai diri pada pintu pagar DUN sebagai cuba menghalang laluan keluar ADUN dan menyebabkan mereka terkurung, Norman berkata, ia berlaku kerana rakyat kecewa dengan tindakan pihak berkenaan yang mengarahkan pintu pagar DUN dikunci.

“Apabila kita minta nak jumpa Ketua Menteri dengan cara baik, mereka kunci pintu pagar DUN. Dulu semasa BN memerintah, rakyat tidak dihalang masuk untuk mendengar apa yang dibincangkan oleh pemerintah dan wakil mereka pada sidang DUN. Kenapa pemerintah sekarang buat begitu sedangkan mereka dakwa pentadbiran mereka cekap, telus dan berakauntabiliti?” katanya.

Menurutnya, tindakan mengunci pintu pagar DUN menunjukkan pentadbiran DAP hanya mahu mempergunakan rakyat. 

“Ketika meraih undi dulu, rakyatlah segala-galanya. Sekarang, nak jumpa rakyat pun susah, apa lagi ketika rakyat dalam kesusahan. Mereka mengelak daripada berjumpa rakyat dan disebabkan kekecewaan itulah, bantahan tempoh hari diadakan bagi menunjukkan perasaan tidak puas hati mereka kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Norman turut menafikan UMNO bersekongkol dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam bantahan tempoh hari seperti yang didakwa Wei Aik yang mengatakan tiada sebab untuk PCM hadir pada bantahan itu berikutan tiada apa yang hendak diproteskan.

“Saya tidak tahu langsung kenapa PCM ada di situ kerana tujuan saya hadir hanya satu iaitu menyerahkan semula wang sumbangan warga emas yang dipulangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya. 

Norman turut menafikan dakwaan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri II, Satees Muniandy kononnya ditolak olehnya di perkarangan DUN pada hari itu.

“Saya tidak sentuh dia pun. Saya berada di situ untuk menyerahkan wang sumbangan warga emas, itu sahaja,” katanya.

Norman yang membawa wang tunai RM23,700 milik warga emas dihalang oleh Satees dan pembantu khas Timbalan Ketua Menteri I, Rezall Huzairi daripada menemui Guan Eng.




Mat Kilau:Pemuda yang ikat badan dengan rantai tue adalah ahli PAS Jelutong.Depa nie bodoh atau bangang sampai tak kenal orang.pasal hari  tue depa nie lompat atas kereta LGE Lidah bewak.yang bagi penjelasan pun sama macam Lidah Bewak apa nak buat dah kepala macam tue ekor sama lah.dok Gebang kata membela nasib orang melayu masa ceramah di Galas.hakikatnya.....................hamPAS. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive