Thursday, November 25

PAS bukan Pembela tapi Pencacai.



Banner itu bertajuk 'Kami Tak Nak Wang Judi' dan 'Kami Pemuda PAS Membantah Kerjaaan Penang Lulus 96 lesen Premis Urut dan 1367 Hiburan.'

Banner itu dikatakan digantung oleh Pemuda PAS Pulau Pinang sebagai tanda tidak menyokong dengan kemungkaran yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang mahu negeri itu menjadi hab maksiat yang hebat.
Kelulusan 96 lesen premis urut dan 1367 hiburan oleh Lim Guan Eng dalam tempoh masa yang singkat memang patut disanggah oleh rakyat Pulau Pinang yang tidak mahu gejala maksiat berleluasa di negeri itu.
Orang Islam Pulau Pinang tak kira perbezaan parti politik sepatutnya bangkit beramai-ramai menyatakan bangkangan kita. Banner itu adalah contoh baik untuk menujukkan kekecewaan orang Islam terhadap isu yang berlaku.
Yang lawaknya, Pemuda PAS di Pulau Pinang tanpa fikir panjang, menafikan usaha baik itu. Mereka menafikan banner itu adalah usaha mereka. Alasan mereka tentu menggelikan hati kita.

Rujuk laporan berita di bawah :-

Menurut Ketua Penerangan PAS Nibong Tebal, Nazir Arshad kemungkinan banner tersebut dipasang selepas pukul 3.00 pagi oleh orang yang tidak bertanggungjawab atau diupah untuk menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS.
"Mana boleh biarkan nama PAS rosak kerana banner berkenaan."
'Menimbulkan kemarahan rakyat terhadap PAS atau 'menimbulkan kemarahan Lim Guan Eng terhadap PAS'?

Inilah persepsi utama rakyat Pulau Pinang apabila membaca keterangan si Nazir Arshad. Kenapa rakyat perlu marah jika banner itu membangkang kemungkaran yang berlaku di Pulau Pinang? 

Hanya Lim Guan Eng sahaja yang akan melenting dan memarahi PAS Pulau Pinang kerana 'lawan towkey'!

'Nama PAS rosak kerana banner berkenaan'? Ini adalah satu lagi kenyataan yang sangat pelik kerana tiada rosaknya nama PAS itu memperkatakan suatu kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Lim Guan Eng DAP.

Nama PAS hanya rosak di mata Lim Guan Eng sahaja. Tapi kerana membangkang hab maksiat yang disokong oleh Lim Guan Eng.



Mat kilau eloklah PAS nie kuda tunggangan Guan Eng,Pemimpin melayu PAS_PIS_PUS kenan cucuk hidung lepas nie melayu kena halau pi atas bukit. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive