Saturday, November 13

HamPAS Pulau Pinang.

Pas Pulau Pinang memang ada masalah kerana tidak mahu mengambil tahu masalah orang Melayu dan mempunyai ketua yang tidak buat kerja. 

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Tanjong, Ariff Ibrahim yang mendakwa demikian berkata, beliau terasa dirinya seolah-olah dipergunakan oleh Pas kerana setiap masalah orang Melayu yang dibangkitkan langsung tidak diambil tindakan. 

Ariff adalah lelaki yang memanjat dan merantai diri pada pintu pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini minggu lalu. 

“Lebih menyedihkan, Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man Mat Aji saya tidak nampak peranannya dalam membela nasib orang Melayu dan orang Islam di negeri ini,” dakwanya. 

Ariff bagaimanapun mengakui masih menaruh harapan terhadap parti yang disertai sejak 1998 itu. 

“Saya minta mereka kembali kepada dasar utama iaitu menolong dan membela nasib orang Melayu. Saya akui Pas Pulau Pinang memang bermasalah dan saya tidak nampak peranan Mohd Salleh dalam parti ini jika nasib orang Melayu masih tidak dibela,” katanya. 

Menurutnya, beliau masih bersama Pas kerana ingin menegakkan hak orang Islam di Pulau Pinang. 

“Sepanjang saya bersama Pas, saya dapati ada pemimpin yang tolak semua masalah orang Melayu di Pulau Pinang dan ini amat menyedihkan. Sebab itu, saya lebih suka bergerak sendiri kerana agak kecewa dengan keadaan Pas hari ini,” katanya. 

Ariff berkata, beliau tidak lagi dijemput menghadiri sebarang aktiviti anjuran parti berikutan kejadian yang berlaku di luar DUN walaupun tempoh perkhidmatannya sebagai ahli jawatankuasa Pas kawasan hanya tamat tahun depan. 

“Saya tidak lagi dipanggil untuk menghadiri setiap aktiviti yang dianjurkan parti, mungkin ia ada kena mengena dengan kejadian tempoh hari,” katanya. 

“Saya akan tetap meneruskan perjuangan ini bagi membela nasib orang Melayu khususnya yang mengalami masalah isu tanah, gerai dan lain-lain,” katanya. 

Menurutnya, sebelum ini banyak isu orang Melayu yang diketengahkannya namun tiada penyelesaian seperti masalah Kafe Do Re Mi, Pak Najib di Kebun Bunga dan gerai orang Melayu yang dirobohkan. 


Ditanya sama ada benar beliau adalah ahli Pas yang bermasalah seperti didakwa Mohd Salleh, Ariff tidak menyalahkan ADUN Permatang Pasir itu kerana pemimpin berkenaan memperolehi maklumat yang salah daripada seseorang yang digelar ‘Acob’. 

“Khamis lalu, setelah baca surat khabar mengenai kenyataan yang mengatakan saya ahli Pas yang bermasalah, saya terus menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Mohd Salleh. 

“SMS itu berbunyi ‘saya bukan ahli UMNO yang mana bekas ahli UMNO adalah Pengerusi Kariah Jelutong, Mohamed Yusoff Mohamed Noor, fitnah ustaz akan saya tuntut di akhirat jika ustaz tidak minta maaf secara terbuka di surat khabar’. 

“Sejam selepas itu, Mohd Salleh membalas SMS saya dengan mengatakan ‘Acob yang kata, kalau bukan, saya minta maaf’. Dengan itu, saya tahu bahawa Mohd Salleh menerima maklumat yang salah dari ahli Pas yang digelar ‘Acob’ dan dalam hal ini, saya tidak salahkan Mohd Salleh kerana percaya dia mendapat maklumat yang salah,” katanya. 

Ariff juga menasihati semua orang Melayu negeri itu supaya turun padang melihat sendiri masalah yang berlaku dan jangan hanya mendengar cakapnya sahaja. 

“Lihat sendiri adakah yang saya perjuangkan ini benar atau tidak. Siapa yang dizalimi oleh siapa?," katanya.


Mat Kilau kata bila orang HamPAS sendiri bercakap,Bersuara dan meluahkan,apa tunggu lagi.

1 comment:

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive