Tuesday, November 16

Datuk Seri Noh Omar sedia dedah bukti isu majlis Yayasan Selangor

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata beliau sedia didakwa di mahkamah sekiranya dakwaannya mengenai kos penganjuran majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000 terbukti tidak benar. 

Katanya, beliau juga bersedia memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai perkara itu dengan syarat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tertentu yang mempertikaikan kesahihan dakwaan itu memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.



Noh berkata, beliau sanggup menyahut cabaran Menteri Besar untuk mendedahkan semua butiran mengenai perbelanjaan itu dan jika apa yang didedahkan nanti tidak betul, dia sanggup disaman Khalid.
"Saya sanggup hadapi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan alat tulis kepada pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2010 dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang dekat sini. 

Majlis sambutan itu mulai mendapat perhatian Jumaat lalu apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dilaporkan membatalkan hasrat untuk berangkat ke majlis itu apabila dikatakan dukacita kerana kos mengadakannya amat tinggi. 

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini mendakwa kos majlis berkenaan menjangkau lebih RM800,000 dan sebahagian daripada jumlah itu sudah dibayar kepada syarikat yang diberikan kontrak untuk menganjurkannya. 

Laporan sebelum ini menyebut perbelanjaan bagi mengadakan sambutan itu ialah RM300,000, termasuk untuk majlis jamuan tengah hari dan 90 peratus daripada jumlah itu dibayar terlebih dahulu kepada sebuah syarikat pengurusan acara. 
Sementara itu, bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor, Takril Tasuki berkata dakwaan Abdul Khalid yang mengatakan akaun yayasan itu tidak diaudit sejak empat tahun lalu adalah tidak benar. 

Beliau berkata, segala prosedur kewangan di Yayasan Selangor diikuti sepenuhnya sehingga persaraanya pada Ogos tahun lalu. 

"Semua akaun Yayasan sudah diaudit sepanjang tempoh saya menjadi Pengurus Besar Yayasan Selangor. Barangkali, mungkin ada satu dua lewat disebabkan masalah teknikal membabitkan Universiti Industri Selangor dan Kolej INPENS," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive