Wednesday, December 29

Jangan berkempen di Tenang sekarang atau dikenakan tindakan: SPR



JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada pihak yang berkenaan supaya tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan. 

Pengarah SPR, Johor Othman Noh, berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.



"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
SPR menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari. Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lalu. 

Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran. 

Othman berkata, SPR juga sudah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya. 

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau. 
SPR, katanya, mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini berbanding 73.5 peratus pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA
 



Lembaga Perumahan ala Guan Eng


Kerajaan DAP ternyata mempermainkan dan memperbodohkan rakan rakan pakatan berbangsa melayu,Adalah tidak mengejutkan jika penubuhan Chief Minister Inc,State Sec Inc, Bukit Bendera Inc dan Lembaga Perumahan Negeri langsung tidak dibantah oleh melayu melayu bebal didalam pakatan.

Tujuan penubuhan 4 entiti ini bertujuan untuk mempercepatkan proses orang melayu agar keluar daripada Pulau Pinang.Kesemua agensi ini di pengerusikan sendiri oleh rasis chauvanist ultrakiasu Guan Eng khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS.Inilah salah satu bukti mengapa Guan Eng digelar sebagai diktaktor dan mengamalkan undang undang draconian.


Malah segala tindakan yang diamalkan adalah bertujuan menghalalkan cara demi matlamat.Tujuan si rasis ultra kiasu ini menjadi pengerusi agar memudahkan beliau mengawal selia,merancang projek negeri dan setiap pembangunan yang bakal dibangunkan di negeri ini.Contohnya pembinaan Hub Pendidikan yang merampas tanah orang melayu di Balik Pulau.




Guan Eng menjadi penentu siapakah yang layak dan siapakah yang tidak layak untuk memiliki rumah,beliau juga menjadi penentu siapakah yang layak mendapatkan projek pembangunan kerajaan negeri.

Pisau ambil satu contoh,satu projek perumahan di Jelutong,pembeli yang mendapat sokongan tandatangan daripada YB DAP mereka layak membeli rumah dengan harga RM72ribu,jika tidak mendapat sokongan daripada YB DAP harga rumah hanya boleh dibeli dengan harga RM140ribu.


Bayangkan berapa ramai pembeli bumiputra yang ditolak permohonan untuk mendapatkan sokongan tandatangan pemimpin DAP?Jika melayu mahu memiliki rumah mereka harus membeli dengan harga yang mahal 2 kali ganda daripada kalangan penyokong DAP .Ini adalah salah satu cara untuk menghalang daripada bumiputra memilik rumah yang dilakukan secara terancang di Pulau Pinang.


Realitinya apa yang terjadi sekarang,Guan Eng menjadikan Makhamah sebagai alat untuk menghalau orang melayu dan dari segi luarannya rakyat dikaburi segala tindakan menghalau orang melayu diatas perintah makhamah dan bukannya kerajaan negeri.


Banyak kenyataan Lim Guan Eng yang memberi alasan kes merobohkan kampung kampung melayu disebabkan diatas perintah makhamah dan beliau sendiri berkata ketua menteri tiada kuasa untuk melawan perintah makhamah.Dengan tindakan tersebut Lim Guan Eng dilihat bersih dan tidak terlibat walhal realitinya beliaulah dalang disebalik kejadian merobohkan kampung dan pengambilan tanah tanah hak milik melayu melalui proses undang undang.


Begitulah liciknya Lim Guan Eng ,pemimpin melayu haprak gagal melihat realiti sebenar apa yang sedang berlaku dek kerana kebebalan dan sudah menjadi tunggangan rasmi kepada DAP terutamanya Lim Guan Eng


Strategi ini dirancang oleh DAP dan dibuat secara halus untuk menghancurkan geopolitik Melayu di Pulau Pinang.Hagemoni dan menghancurkan geopolitik orang melayu dirancang begitu rapi melalui pembabitan Lee Kuan Yew dan strategis asing yang menjadi badan penasihat kepada DAP dinegeri ini .



Dalam pada kita asyik menegur Lim Guan Eng yang terbukti menjadi agen penghalau melayu,GLC seperti UDA turut tidak membantu orang melayu di Pulau Pinang terutamanya isu rumah di tanjung tokong, mereka ini lebih melihat kepada keuntungan daripada membela orang melayu.Apa perlunya membina rumah mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang melayu?



Apa gunanya ada GLC seperti ini? Pemimpin Umno Pulau Pinang jangan hanya retorik bercakap mengenai isu tanah,nah GLC seperti UDA didepan mata,ambillah tindakan.Buktikan rakyat didahulukan bukannya keuntungan GLC menjadi keutamaan.


Datuk Zainol dan Datuk Musa menjadi tonggak perhubungan negeri Pulau Pinang bersama Datuk Azhar yang menjadi ketua pembangkang gunalah kedudukan dan kuasa anda untuk menyelesaikan masaalah rumah orang melayu terutamanya di sebelah pulau.


Kami sedar ada YB dan pemimpin Umno Pulau Pinang banyak membela orang melayu,tetapi usaha itu masih tidak cukup untuk menyelesaikan kemelut ini.Ultra kiasu chauvanist seperti Guan Eng mementingkan survival bangsanya sendiri hingga menggunakan sepenuh kuasa yang ada hingga menindas kaum lain.


Umno punyai kuasa dan kemampuan untuk membantu orang melayu,bukannya seperti PKR dan PAS yang hanya lebih berminat memperbodohkan orang melayu walaupun berkuasa di negeri Pulau Pinang.Justeru pihak Umno gunalah peluang ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat.

Sumber pisau.net

Guan Eng Apa Dah Jadi?

CAT yang kononnya diamalkan oleh DAP dan pakatan haprak Pulau Pinang sebenarnya sampah dan retorik politik yang meremehkan minda rakyat.

Satu demi satu bukti didedahkan betapa mereka ini mengamalkan rasuah,kronisme,malah tidak transperance seperti mana yang dilaung laungkan.Amalan runding terus turut dilakukan oleh pemimpin pakatan terutamanya Lim Guan Eng.

Sebelum ini dakwaan oleh ahli DAP terhadap P.Ramasamy TKM2 mengenai pemberian projek kepada kroni kroninya hanya dibakul sampahkan oleh Guan Eng.Tidak ada apa apa tindakan yang dilakukan.





Tiada amalan telus dilakukan oleh pentadbiran Guan Eng,malah dakwaan oleh ahli DAP mengenai salah laku Ramasamy tidak di siasat langsung.

Kontrak yang diberikan kepada kroni kroni Ramasamy terdiri daripada pembangunan sekolah tamil,pembekalan komputer.Malah kontrak dari PBA dan Penang Hindu Endiwments Board turut diberikan kepada 16 orang kroni termasuklah Jayabalan dan M Satees rakan baik P Ramasamy.,


Inilah amalan yang dibanggakan oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang.Kerana dirinya dibuang oleh rakyat Melaka,maka beliau berasakan sudah menjadi raja,diktaktor dan Khalifah hingga mampu membuat apa saja asalkan menepati kehendak diri beliau.


Dikhabarkan khawarij PAS dan PKR turut mendapat laba hasil projek projek runding terus yang dikaitkan untuk mengisi tabung pilihanraya mereka.

Monday, December 27

Senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri 2011

Berikut senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini hari ini. 



Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu
 Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)
Kedah 
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru) 
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru) 

Pulau Pinang 
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru) 
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru) 

Perak 
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir 
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 

Selangor 
Pengerusi: Datuk Seri Najib Razak 
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar 

Wilayah Persekutuan 
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin 

Negeri Sembilan 
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan 
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor 

Melaka 
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop 

Johor 
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman 
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad 

Pahang 
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob 
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin 

Terengganu 
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru) 
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru) 

Kelantan 
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed 
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin 

Sabah 
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman 
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak


Chegubard Keluar PKR?



Panas...Kecoh..Gempar....Ahhhh semuanya lah.....

Apakah Benar yang Chegubard akan mengumumkan peletakkan jawatan nya di dalam PKR Hari Ini? Apakah benar beliau akan keluar dari PKR?

Banyak juga laporan sebelum ini yang kata itu ini terhadap Chegubard ini selepas campur tangan Anwar Ibrahim dalam pertandingan Jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan yang mana si Chegubard ini TEWAS kepada Sam Ketot atau nama sebenar Shamsul iskandar.

Namun mengikut Laporan terkini ianya seakan sahih.... Apa ceritanya??

KLIK DI SINI ARIKEL LANJUT

Saturday, December 25

Muhyiddin cabar Anwar


 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menaikkan gaji sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang.
Beliau berkata, langkah itu wajar demi membuktikan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang membela nasib kakitangan awam serta pegawai-pegawainya.
Persoalannya kata beliau, adakah Anwar sanggup berbuat demikian?
‘‘Saya cabar Anwar yang kebetulan mempunyai kedudukan dalam kerajaan pakatan pembangkang supaya menaikkan gaji kakitangan awam mereka seperti di Selangor atau Pulau Pinang.
‘‘Kita tengok dahulu sama ada Anwar sanggup menambah gaji pegawai-pegawai dan kakitangan awam mereka. Jika Anwar mahu naikkan gaji RM500 kepada guru mengapa beliau tidak tawarkan inisiatif yang sama kepada sektor awam mereka terlebih dahulu?’’ soalnya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan program ‘Mendidik Demi Malaysia’ di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar yang kesal dengan kenyataannya sebelum ini apabila menyebut bahawa tindakan pakatan pembangkang memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Mengulas isu itu Muhyiddin berkata, setiap rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dibuat secara holistik iaitu turut mengambil kira kesannya kepada semua pihak.
‘‘Bukan tidak boleh buat, boleh, tetapi kita perlu mengambil kira implikasinya kepada pihak lain. Sebagai contoh sekiranya kerajaan membuat tawaran kepada satu pihak dalam perkhidmatan awam, apa pula kata pegawai kerajaan yang lain.
‘‘Mereka akan kata kami tidak layakkah? Mengapa guru sahaja yang dilayan, kami mengapa tidak diberikan. Maksud saya tadi bukan kerajaan tidak menilai tetapi ia melibatkan konteks secara keseluruhan sektor awam yang kakitangannya berjumlah 1.2 juta orang,’’ katanya.
Muhyiddin secara sinis berkata, Anwar yang pakar dan bijaksana itu tahu kedudukan tersebut, tetapi disebabkan muslihat politik dan pilihan raya, beliau sanggup melakukan apa sahaja.
‘‘Tidak apalah kalau bankrap, tidak apalah kalau negara terpaksa tanggung lebih belanja asalkan menang dan Anwar akan jadi Perdana Menteri. Itu tujuan sebenar Anwar,’’ katanya lagi.
Menjawab soalan mengenai tuduhan Anwar bahawa kenyataannya itu seolah-olah tidak menghargai peranan guru, Muhyiddin berkata, dakwaan tersebut hanya menunjukkan betapa terdesak Ketua Pembangkang itu untuk meraih sokongan rakyat.
‘‘Hanya Menteri Pelajaran tidak berhati perut yang tidak menghargai guru. Begitulah terdesaknya Anwar meraih sokongan rakyat,’’ ujarnya.

Rumah Tumpangan 37 Unit Di Batu Feringgi Musnah

GEORGE TOWN: Sebuah rumah tumpangan 37 unit dan dua rumah kediaman di Kampung Belacan, Batu Feringghi di sini, musnah dalam satu kebakaran pada kira-kira 11.40 pagi Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Negeri Mohd Razam Taja Rahim berkata, enam jentera dengan kekuatan 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada orang awam.
"Ketika bomba sampai, api sedang marak dan struktur rumah yang berdekatan serta diperbuat daripada kayu, menyebabkan api mudah merebak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan api, dan sejam untuk mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian, kebanyakan pelancong yang menginap di rumah tumpangan itu berada di Pantai Batu Feringghi dan keluar bersiar-siar," katanya.
Bagaimanapun, Mohd Razam berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.
Sementara itu, pemilik rumah tumpangan Bayu Senja Maznil Pakir berkata kebakaran tersebut berlaku dengan sangat pantas menyebabkan beliau tidak sempat menyelamatkan apa-apa, termasuk barangan milik pelancong yang menginap di situ.
"Saya terkejut dan trauma dengan kejadian ini kerana hilang segala-gala yang saya bina sejak 10 tahun lepas dalam tempoh yang singkat," katanya yang mendakwa kerugian lebih RM500,000.
Sementara itu, ejen pelancongan G.Shanta berkata beliau kehilangan sejumlah pasport milik pelanggannya yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.
"Saya panik sebaik saja ternampak api dari rumah tumpangan yang kami sewa itu, kerana semua pasport perjalanan milik pelancong yang saya bawa, berada dalam bilik saya.
"Selain itu, semua barangan peribadi saya juga musnah dalam kebakaran itu," katanya yang sangat sedih dengan kejadian itu.
Kebakaran itu turut menyebabkan kesesakan teruk sepanjang kira-kira 10 kilometer di laluan berkenaan.-BERNAMA

Friday, December 24

Pulau Pinang Dalca Marba bila DAPig Berkuasa.


Pulau Pinang yang dahulunya terkenal dengan Nasi Kandarnya akan tetapi senario itu bakal berubah apabila DAPig berkuasa.Trend mereka meluluskan banyak pusat hiburan yang rata-rata terkenal dengan china doll.

Apa dah jadi dah 21 kali diserbu tapi masih lagi beroperasi pasti ada dalang disebaliknya.tempatnya yang popular dikalangan warga Georgetown,Persiaran Gurney. 

GEORGETOWN: Polis menahan 23 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang warga Vietnam dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Persiaran Gurney di sini malam tadi. 

Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pusat hiburan itu jelas tidak serik-serik menjalankan kegiatan tidak bermoral walaupun sudah 21 kali diserbu polis tahun ini.

Beliau berkata dalam serbuan Ops Noda pada kira-kira 11 malam itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga pusat hiburan berkenaan.
Katanya semua mereka yang dipercayai tidak mempunyai permit kerja yang sah di samping menyalahguna pas lawatan sosial untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral. 

Katanya, semua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. 

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini Gan berkata pemilik premis itu pula akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit. - BERNAMA
 

Apa nie jika benar hendak menangai masaalah ini pasti mudah jika tiada pengaruh politik.Masakan 21 kali diserbu dalam setahun masih lagi beroperasi?

Jom Pi Tenang.



Tenang pasti akan meriah dan akan mendapat liputan meluas dari media massa atau pun media baru.ketenangan sekian lama akan bergolak dek pilihan raya kecil ini.


Baru sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa


22 Januari 2011 Hari Penamaan Calon.


30 Januari 2011 Hari Mengundi.




Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dlm darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.


"Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14, 753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini.

Thursday, December 23

Guan Eng Bila Nak Haramkan Logo 1Malaysia.



Selangor telah melarang pengunaan Logo 1malaysia.Apa kata kalu Ketua Mentri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang pulak nak mengikut jejak,rasa-rasanya akan dibuat tak lama lagi,sebab pakatan haram nie memang takut kat logo 1malaysia.teringat  kata-kata PM DS Najib bahawa 1malaysia lebih popular dari  MAGGIE MEE.

Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujui pada mesyuarat Exco. 

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri berkenaan sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik. 

Katanya kerajaan PKR Selangor itu membuat keputusan itu kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu. 

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan berkenaan. 
Rais berkata lambang 1Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan. - BERNAMA 

Mat kilau nak tengok reaksi Pemuda Umno Pulau Pinang bila logo 1malaysia diharamkan di Pulau Pinang..


Bomba P.Pinang Nafi Dakwaan Kononnya Tiba Lewat Padam Kebakaran.

Inilah yang dinamakan hanya hendak mencari kesalahan orang lain,itulah dinamakan malang tidak berbau,hanya mencari publisiti murahan ADUN yang kalah dalam pemilihan DAPig baru-baru nie Phee Boon Poh.
Menyalahkan BOMBA adalah tidak masuk akal,inikah dinamakan orang yang terlebih pandai atau bodoh sombong. 
GEORGE TOWN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang menafikan dakwaan kononnya kelewatan pasukan itu tiba di tempat kejadian adalah antara sebab empat beranak maut dalam kebakaran rumah kedai dua tingkat di Jalan Perak di sini awal pagi Rabu.
Pengarahnya Ahmad Izram Osman berkata dakwaan oleh seorang daripada anggotakeluarga mangsa itu adalah tidak berasas kerana bomba tiba sejurus menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 2.50 pagi.
Katanya sebanyak lima jentera bomba dari Jalan Perak, dan empat pasukan sukarelawan bomba dengan kekuatan 35 anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan namun terdapat pelbagai kekangan yang meyebabkan mangsa kebakaran berkenaan gagal diselamatkan.
"Antara kesulitan itu ialah faktor struktur bangunan yang susah ditembusi dari pintu hadapan, struktur lantai beralaskan kayu, susun atur barangan dalam kedai tersebut yang dipenuhi colok dan minyak serta papan tanda kedai hadapan bangunan menyukarkan anggota penyelamat untuk memasuki premis itu," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Katanya, bagaimanapun kerja-kerja menyelamat tetap dilakukan ketika api sedang marak menerusi pintu belakang ekoran kedai tersebut menggunakan dua pintu bergerigi di hadapan yang sukar dipecah masuk.
Dalam kebakaran itu, pemilik kedai Neoh Hooi Poh, 57, terselamat manakala isterinya Goey Siew Keow, 56, anak perempuannya Neoh Li Hong, 18, dan anak lelakinya Neoh Soo Aik, 16, ditemui mati di tingkat atas bangunan manakala ibu Hooi Poh, Lim Chai Hwa, 73, meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.
Pengerusi Jawatakuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata, terdapat anggota keluarga mangsa yang melahirkan rasa kesal kerana kelewatan pasukan dari Balai Bomba Jalan Perak tiba di tempat kejadian sedangkan ia hanya terletak tidak sampai satu kilometer dari tempat kejadian. - BERNAMA

Wednesday, December 22

Penduduk Malaysia Kini 27,565,821 Orang

Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini, Rabu yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Beliau berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000.
Semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara. Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.
Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.
Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya. - BERNAMA

Al- Fatihah


Mat Kilau ini ingin merakamkan ucapan takziah kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato Zainal Abidin Osman di atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah. Semoga Allah SWT melimpahi rahmat ke atas roh beliau dan mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama-sama roh para solehah dengan izin Allah SWT.

Pakatan Rakyat Dan Janji Manismu.


PAKATAN pembangkang yang terdiri daripada PKR. DAP dan Pas tidak peduli terhadap janji-janji mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac 2008 - walaupun belum ditunaikan sepenuhnya, kini mahu mengemukakan janji baru untuk dijajanya kepada rakyat.
Program 100 hari reformasi pakatan pembangkang itu boleh diibarat sebagai propaganda atau manifesto menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang sedang sibuk diperkatakan.
Kelmarin, dengan megah pakatan pembangkang merancang melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara khususnya keselamatan dan ekonomi berdasarkan kepada prinsip yang digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
Melalui buku kecil Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia pada Konvensyen Pakatan Rakyat, mereka berikrar untuk melaksanakan pelan 10 program reformasi awal, dalam 100 hari mendapat mandat rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengulas perkara itu mengatakan ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambil alih kerajaan.
Kita ingin bertanya kepada semua pemimpin pakatan pembangkang, tidak malukah mereka membuat janji-janji palsu untuk akan datang.
Pada pilihan raya umum yang lalu pun, janji-janji manis sedemikian juga ditaburkan hingga ramai pengundi yang terjebak dalam perangkap mereka.
Apabila pengundi menuntut janji-janji tersebut, pelbagai alasan diberikan. Tidak kurang juga cubaan mengalihkan kesalahan tidak dapat menunaikan janji-janji itu kepada Barisan Nasional.
Sebelum berjanji, pakatan pembangkang tidak pernah melihat dan mengkaji sama ada janji-janji itu boleh dilaksanakan atau tidak.
Jadi, demikian juga dengan program 100 hari pakatan pembangkang ini tidak lebih daripada langkah populist dan tidak bertanggungjawab.
Jika program itu dilaksanakan, dari segi kewangan ia membazir dan tidak amanah.
Ia akan menyebabkan negara menanggung beban kos yang amat besar mencecah RM100 bilion.
Ingatlah, kerajaan sedia ada begitu kuat bekerja untuk menampung dan mengumpul wang untuk negara.
Apabila tiba pakatan pembangkang hendak memerintah, senang-senang ia hendak 'perhabiskan' kewangan negara.
Awaslah Malaysia bukan negara kebajikan atau negara kaya. Banyak lagi perlu dibuat untuk membangunkan rakyat berbilang kaum ke arah berpendapatan tinggi.
Jika hasrat pakatan pembangkang ini mudah diterima oleh rakyat tanpa memikir agenda di sebaliknya, kita bimbang bukan sahaja rakyat akhirnya akan terpedaya malah negara boleh jatuh muflis.
Kerajaan BN sejak merdeka lagi sudah dan diyakini akan terus mengamalkan perbelanjaan berhemat, bukan boros.
Nampaknya pakatan pembangkang begitu agresif untuk memancing undi rakyat. Tetapi kita berharap jika sayangkan masa depan anak dan cucu kita, janganlah termakan umpan jaminan pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13.
Ini kerana sudah lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Kerajaan Negeri Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta 20 tahun di Kelantan, apa janji-janji manis yang sudah ditunaikan selepas PRU 12?

Gempa kuat landa utara Indonesia

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Sumatera di utara negara 

ini, hari ini.


Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak 

berhampiran dengan lokasi gempa bumi yang berlaku pada Disember 2004 lalu.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi kuat itu menggegarkan pulau Simeulue pada kedalaman 27 kilometer, pukul 9.07 

malam waktu tempatan dengan pusat gempanya di kedudukan 312 kilometer dari barat Medan,

 di tanah besar Sumatera dan 315 kilometer dari tenggara Banda Acheh, kata USGS. - AFP



Skandal ADUN Selinsing.

Apa respon Pas?  Pemuda UMNO Kelantan hari ini mencabar Pas segera tampil membuat kenyataan berhubung pendedahan yang dibuat beberapa buah blog berhubung satu isu yang cukup mengemparkan, penangkapan ADUN Selising bersama seorang wanita di dalam sebuah koc VIP keretapi dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini.
Sambil melahirkan rasa terkejut berhubung pendedahan itu, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian meminta ADUN tersebut atau mana-mana pemimpin Pas segera membuat penjelasan.
Menurutnya pendedahan oleh  Ustaz Saidi Hussin  yang merupakan Ketua Keselamatan Pas Semerak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-pondok negeri Kelantan (Jawatan ketika di dalam Pas), saksi utama dalam kes tersebut,  kini menjadi berita hangat di blog, facebook dan youtube.


sumber umno-online
Mereka yang membuat serbuan ke Kabin itu ialah (1) Ketua Keselamatan PAS Kawasan Pasir Puteh - Saidi (anak murid Abdullah Samaah Pondok Genting. (2) Anggota Keselamatan Pas - Adik San, (3) Azha kerbau (4) Hj. Fauzi (Accord DAG 67 )(5) Suami wanita tersebut - Cikgu. Pengakuan daripada mulut Saidi dan Adik San sendiri. Wakil Rakyat tersebut hanya memakai seluar dalam 'boxer' manakala wanita berkenaan berkemban dengan tuala. Kedua2 kemudian dibawa mereka ke berjumpa Nik Aziz untuk pengaduan........ Sekarang ni, hal ini bising balik kerna anak lelaki kedua terakhir wanita itu yang masih isteri sah Cikgu berkenaan raut mukanya mempunyai seiras dengan muka wakil rakyat berkenaan. Wanita itu sering membawa anaknya itu di Kedai pakaiannya di tingkat bawah Bangunan Arked Mara, jalan Madrasah, Pasir Puteh. Bertambah hangat kerna bagi 'menutup' kejadian ini, Hj. Fauzi ( wakil PAS Sg.Petai) dianugerahkan beberapa bidang tanah dikawasan Tok Bali yang nilainnya hampir RM 1 juta.



KETUA KESELAMATAN PAS- EN. SAIDI dari Kg. Sg.Petai boleh ditemui dan ditemu ramah secara terbuka dan sanggup bersumpah untuk menyatakan penyaksiannya. 2 atau 3 kali seminggu beliau ada makan pagi di Restoran awanis P.Puteh.


1. Adun Selising tu juga ada meneroka tanah rezab Melayu Kerajaan dikawasan Kampong Sg. Durian Selising dengan mendirikan bebarapa 'Homestay' dikawasan lata (air terjun Sg. Durian, selising) dengan menidakkan hak penduduk setempat yang miskin.
2. Adun Semerak, Wan Hassan , juga pernah terlibat kes agak2 sama dengan Saipul tak lama dulu juga melibatkan isteri kawannya sendiri di Hotel Perdana kota Bharu (sebelum dijual kepada PNB) dimana beliau juga telah dipukul oleh suami perempuan itu. Perempuan itu kini telah diceraikan dan menjadi isterinya yang kedua.
3. Adun Semerak itu juga pada bulan Oktober yang lepas telah tersempak dengan beberapa orang lelaki Kulim ( Mat Piah, Zambi Bas) didalam sebuah pusat Karoke Eklusif di Sg. Golok bersama beberapa orang Ketua kampong Dun Semerak dengan menempah perempuan siam yang bukan muhrimnya yang sah.
4. Beberapa lot tanah rezab Kerajaan di kawasan semerak juga telah banyak bertukar tangan kepadanya atau melalui proxinya..dikatakan kini mencecah 25 ekar.
5. ADUN Limbungan, Drs Zainuddin juga mempunayi masalah kepimpinan dalam keluarganya sendiri bilamana anak lelakinya terlibat dalam penyalahgunaan najis dadah dan secara sembunyi dihantar ke sebuah pusat rawatan tradisional/Pondok di Wakaf Baharu Tumpat. Bukan setakat menyalahguna dadah, anaknya juga membuat 'tatoo' di badannya yang semestinya tidak sah wuduknya. Camna nak tadbir negeri? Atau camna nak urus masyarakat jika keluarga sendiri tak terurus ?
6. Drs. Zainuddin adalah juga ahli majlis Mesyuarat Majlis daerah Pasir Puteh. Bagaimanapun, beliau juga ada memasukkan anak lelakinya yang lain sebagai kakitangan bahagian Pentadbiran Majlis Daerah tersebut. Pada masa yang sama, anaknya itu mempunyai perusahaan bengkel 'Stainless Steel' dan banyaklah 'projek'2 majlis daerah dilulusakan bagi penukaran pagar2 kepada pagar 'Stainless Steel' yang mana sebahagian besar projek tersebut diperolehi oleh perniagaan anaknya itu.
7. Drs Zainuddin sebagai ahli majlis mesyurat Majlis daerah dan juga bertanggungjawab berkait status/hakmilik tanah di Dun Limbungan juga ada kaitan dengan satu Projek 'Joint Venture' antara majlis daerah dan Syarikat luar di kawasan Bukit Gedombak Pasir Puteh bagi mendiri dan menyiapkan hampir 200 buah rumah banglo dan juga Kedai. 2 kali bayaran deposit telah dipungut tetapi hingga ke hari ini (hampir 6 tahun sudah), projek itu terbengkalai dan deposit rakyat tidak dipulangkan. Ada desas-desus tindakan undang2 hendak diambil keatas YB berkenaan.
8. Ustaz Mahusin - MP bagi Pasir Puteh. Ada juga pernah terlibat dalam satu peristiwa kehilangan wang pungutan yang diberi oleh orang ramai semasa Ceramah Pas di jalankan di Sg. Petai semeraj dimana duit sumbangan itu ghaib entah kemana semasa didalam kawalannya. Ekoran daripada itu, beliau telah dipukul sehingga berdarah oleh penyokong PAS sendiri , Che Daud, yang kini menjawat Ketua Penghulu Bandar Pasir Puteh. lapuran polis, saya difahamkan, ada dibuat oleh YB Mahusian berkait serangan Che Daud tersebut.
9. Sehingga kehari ini, semenjak menang PRU 12, YB Mahusin juga tidak pernah kelihatan membahas apa2 kepentingan rakyat Pasir Puteh di parlimen dan hal ini hangat diperbualkan di Kedai2 Kopi tentang kemamapuannya untuk menjadi seorang ahli Parlimen menwakili Pasir Puteh.
10. seorang lagi Adun, YB Nik Mazian - Gaal. setakat ini dia yang paling bersih biarpun jarang balik kawasan kerana sibuk sebagai seorang Pakar Bedah diPusat rawatan al.Nisa, Kota Bharu.

Monday, December 20

Guan Eng Bacul Teloq Hilang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya.
Sambil menyifatkan kenyataan tersebut bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing, beliau menegaskan persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.
Beliau turut menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain.
Tegas beliau lagi golongan cauvinis ini tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.
“Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.
“Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.
Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan bahawa BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.
sumber klik disini

Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Datuk Razali Ibrahimberkata, Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan DewanRakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itudan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luaskepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta diabuktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita dipejabatnya di bangunan Parlimen di sini Isnin.
Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh JawatankuasaHak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarangperbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dean apabila kesemuaanggota Parlimen pembangkang bertindak keluar.
Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakanbukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuas aitu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysiamembuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatanberkaitan komunikasi.
Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang DipertuaDewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan YangDipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor),R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. 
Mat Kilau kata apa nak jadi dengan Pak Sheik nie dok tembak saja tapi tak kena.

Petition Against the Building of the Penang International Convention Centre.

We, the Undersigned, are raising our concerns and objections to the Penang State Government’s directive to Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) to build the Penang International Convention Centre (PICC) in front of the Penang International Sports Arena (PISA). The proposed centre, covering approximately 15,000 sq m, would be built on the only remaining open green space right inside the main entrance of PISA that faces Jalan Tun Dr Awang. The projected building cost is more than RM50mil to be borne by MPPP and fast tracked to complete by 2010.
Our main points of concern and objections are as below.

Feasibility and the need of an international convention centre in Penang:

• There was no feasibility study carried out to justify building the new PICC. It is questionable whether international exhibitors will be attracted to come to a RM50 mil convention centre with no hotel, auditorium and inadequate parking in congested Penang when there are much grander and better equipped convention centres in Kuala Lumpur, Singapore and Bangkok.
• The PISA and Pesta Expo ground is currently under utilised. A new PICC will not guarantee better utilisation which will ultimately be a waste of public funds.
• It is not possible for the PISA and PICC to cater for the larger crowd of tens of thousands of visitors during the major fairs like PC Fair and MATTA Fair with only 1800 available parking lots. Assuming an average car occupancy of 3 persons per car, the 1800 parking lots can only cater for 5400 visitors at any one time. There will be a spill-over of 2x to 3x in parking capacity.
• There is no convincing traffic dispersal plans for the Bayan Baru-Relau-Bukit Jambul-Sungai Ara area with the increased traffic volume from the new PICC and on-going residential/commercial development in these areas.

Financial prudence:

• The projected cost of the PICC was reported to be more than RM50mil. The MPPP has reported a projected budget deficit of RM40mil for fiscal year 2010. We would like to remind that the Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) was near bankrupt in 2008 after funding the RM80mil construction of its HQ in Bandar Perda.
• We are concerned with the further financial implications on MPPP to meet the necessary maintenance costs for PICC.
• What are the MPPP’s 2010 budget allocations by categories for transport and traffic improvement, street lighting, waste disposal, better public toilets, social upgrading, heritage conservation, infrastructure and services improvement? What percentage of the total 2010 budget will be used to fund the PICC RM50mil project?
• We believe that it is more appropriate for the private sector or the Penang Development Corporation to build, operate and manage the PICC, not MPPP which is already not doing a great job providing basic services to the rate payers.

Accountability and transparency:

• We are concerned that there was no competition for the design and that the same architect who designed the PISA has been retained to design the PICC.
• There is no justification to fast track the PICC project to be completed by 2010.
• We are concerned that there appears to be no plan to manage, promote and run the PISA and the PICC.

Dear Honorable Chief Minister. In line with your CAT (competency, accountability and transparency) policy, we the Undersigned trust that our concerns and objections will be taken seriously.  



click petitiononline.com

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive