Wednesday, August 6

PANAS!!!! MENTERI GUNTING KAD KREDIT HSBC......



MKP agak terharu dengan tindakan drastik yang telah dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani. Menutup semua akaun bank HSBC. Tindakan berani ini telah membuka mata pihak Bank yang telah membekukan penglibatan aktivis kemanusian yang memberikan bantuan pada rakyat di Gaza. 

Malaysia mengambil pendekatan membantu rakyat Palestin yang ditindas serta diserang tanpa belas kesian oleh Rejim Zionis.

Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Malaysia tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel kerana tindakannya menzalimi dan menafikan hak rakyat Palestin. Sehingga hari ini pendirian berprinsip dan konsisten terus menjadi asas dasar luar Malaysia.

Israel ditubuhkan dalam tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan garis persempadanan yang ditetapkan. Palestin dijanjikan haknya oleh PBB untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dan sehingga sekarang hasrat mereka belum lagi terlaksana.

Hari ini Israel terus memperluaskan wilayah negaranya, sedangkan Palestin terus mengecil dan terkepung disebabkan kekalahan dalam peperangan. Penaklukan Israel walaupun tidak diiktiraf oleh PBB dan masyarakat antarabangsa, ia tidak diendahkan.

Pada Malaysia, Israel telah menzalimi dan menindas masyarakat Palestin hingga menjadi pelarian serta tanah mereka turut dirampas. Namun demikian daripada pengamatan Malaysia, Israel tidak mungkin dikalahkan dengan pendekatan persenjataan. Setiap tindakan rakyat Palestin dibalas dengan tindakan ketenteraan melampau.

Mereka membesarkan wilayah dan memperluaskan kawasan kependudukan baru walaupun dari segi undang-undang antarabangsa tindakan tersebut adalah tidak sah. Di setiap peperangan di antara Arab/Israel, berakhir dengan kekalahan negara-negara Arab. Ini adalah disebabkan Israel merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di Asia Barat dan disokong pula oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Yang jelas AS/UK tidak akan membenarkan Israel ditewaskan dalam peperangan dengan negara Arab. Justeru hakikat sebenar tidak mungkin negara Palestin dapat dibentuk dengan pendekatan persenjataan ataupun intifada.

Bila Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau sedar pendekatan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin adalah melalui rundingan diplomasi untuk mencapai kedamaian dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berkekalan.

Malaysia yakin melalui rundingan diplomasi dan rumusan politik yang disokong oleh masyarakat antarabangsa khususnya PBB dan kuasa-kuasa besar dunia, hasrat menubuhkan negara Palestin boleh tercapai (rujuk surat-surat beliau kepada tiga PM Israel yang menekankan perkara ini).

Pada era Dr. Mahathir, Malaysia terus berada di hadapan memainkan dan mempengaruhi agenda multilateral menerusi PBB, OIC, NAM dan ASEAN dan begitu juga di peringkat bilateral. Lantaran itu pendirian dan penyataan Malaysia menjadi lantang di seantero dunia.

Pendirian itu diketahui dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa termasuk Palestin, AS dan negara-negara Eropah serta negara-negara Islam dan Arab lain. Sikap dan pendirian Malaysia diketahui umum, melainkan mereka yang buta kebenaran.

Kini kewujudan Israel tidak lagi dipertikaikan oleh negara-negara Islam dan Arab di atas alasan mahu memberikan peluang kepada kedamaian. Mesir dan Jordan telah pun menandatangani perjanjian damai serta mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selain Turki yang sememangnya mengiktiraf Israel dari awal lagi.

Negara-negara Islam menerima asas perjanjian-perjanjian damai yang ditandatangani di antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu jalan munasabah bagi melahirkan negara Palestin, yang hidup sebelah menyebelah dengan Israel dalam keadaan aman dan selamat.

Namun begitu, lebih 60 tahun telah berlalu kemerdekaan Palestin masih lagi tidak dapat dicapai. Terdapat 224 usul Majlis Keselamatan PBB sama ada yang dibawa oleh negara membangun atau negara lain, Israel tetap berdegil kerana AS sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan itu melindungi dan tidak teragak-agak menggunakan kuasa 'veto' terhadap apa-apa usul yang dianggap bertentangan dengan kepentingan Israel.

Israel kononnya menerima jalan penyelesaian melalui rundingan damai tetapi mereka gagal melaksanakan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani ataupun semangatnya. Dalam isu Israel, jelas PBB dan masyarakat antarabangsa tidak berupaya dan dilihat lumpuh untuk bertindak memberi keadilan kepada rakyat Palestin.

Israel memberi pelbagai alasan dan syarat-syarat baru jika hendak memulakan rundingan. Pada masa sama pendirian Dr. Mahathir dan Malaysia terhadap isu-isu Palestin tetap tegas dan jelas. Sekiranya tiga surat rasmi Perdana Menteri Malaysia kepada Perdana Menteri Israel yang didedahkan baru-baru ini tidak dikeluarkan sekalipun, dunia memang sudah tahu pendirian Malaysia.

Mungkin ada seorang dua manusia yang tidak mahu menerima kebenaran tetapi sebenarnya orang-orang itu menyokong Israel. Walaupun begitu surat Dr. Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang dikeluarkan oleh kerajaan mendedahkan pembohongan sesetengah pihak. Ia memaparkan ketinggian diplomasi Malaysia dalam menyuarakan pandangan dan pendiriannya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive