Sunday, August 31

VIDEO MILITAN DAP PENANG SERBU BALAI POLIS...........?


Polis nampaknya tidak berkompromi dengan sikap degil Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Undang-undang tetap undang-undang.



Ewah...bukan saja tidak mahu mematuhi arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar PPS menghentikan aktiviti mereka kerana bukan pertubuhan berdaftar,pagi Ahad seramai hampir 200 ahli PPS lengkap dengan uniform mereka menyertai perbarisan kemerdekaan peringkat negeri itu di Georgetown.


Namun kemudian polis bertindak menahan mereka.

Semua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu .Katanya mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Sementara itu di twitternya sekitar jam 11 pagi ini,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar keluarkan amaran minta mereka yang bertanggongjawab keatas pasukan peronda ini segera serah diri.
Katanya jika tidak polis akan serbu kediaman mereka.


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive