Thursday, August 21

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA MENGHORMATI MAYAT MANGSA #MH17...


Seluruh masjid diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok sempena istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat jenazah ghaib akan diadakan serentak dengan solat jenazah hadir yang diadakan khusus untuk menerima jenazah bagi disolat sebelum dikebumikan.

"Setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.

"Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan," katanya.

Beliau berkata bagi tujuan penyelarasan, solat jenazah ghaib peringkat negara akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia akan tiba esok dari Amsterdam, Belanda dan diberi istiadat penghormatan tertinggi negara yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama islam.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive