exponegaraku

Sunday, August 17

TERKINI : HANYA WAN AZIZAH BAKAL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR


Pakatan Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyat di Subang.


Azmin Ali yang dicalonkan Pas ke jawatan itu menerima keputusan tersebut.

Berikut kenyataan pakatan rakyat:


Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat:

17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive