Thursday, August 21

VIDEO #HariBerkabung #MH17 @ReezalMerican


Pada Jumaat 22 Ogos 2014,  adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17  yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk,  Timur Ukhraine.  Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air  (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.

Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Video yang dihasilkan oleh Datuk Seri Reezal Merican Ahli Parlimen Kepala Batas ini menunjukkan bahawa beliau dekat serta prihatin dengan bencana yang menimpa mangsa #MH17. Pemimpin Ulul- Amri ini senantiasa prihatian dengan permasalahan Rakyat.

Dipos oleh APT.

Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive