Friday, March 21

CHEF WAN JUMPA BANGKAI KAPAL TERBANG #MH370 #PrayForMH370


Chef selebriti, Datuk Chef Wan hari ini mempersenda insiden kehilangan pesawat MH370 menerusi akaun Instagramnya di @chefwan58.

Dalam entri terbarunya, Che Wan bergambar bersama sekeping objek yang dikatakannya sebahagian daripada pintu pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Dalam nada berjenaka yang tidak kena tempat, Chef Wan menyatakan objek tersebut merupakan sebahagian daripada pintu tandas di sebuah rumah di pantai Morib.

Perth merupakan lokasi di mana dua objek yang dikatakan petunjuk terbaik dalam menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370.

Chef Wan

Entri tersebut telah pun dipadamkan olehnya setelah menerima 701 likes dan dikecam oleh pengikut akaun Instagramnya itu.

Tanpa memikirkan sensitiviti 239 penumpang dan anak kapal pesawat itu, tindakan Chef Wan dianggap keterlaluan lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan oleh personaliti yang dipandang tinggi dalam bidang masakan tempatan dan dunia.

Che Wan merupakan Duta Ikon Pelancongan dan Duta Masakan Malaysia.

Februari lalu, Chef Wan telah mengkritik hidangan nasi lemak yang disediakan oleh Malaysia Airlines sebagai 'nasi lemak telanjang'.

Operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 kini masuk hari ke-14 dan misi SAR diteruskan di selatan Lautan Hindi di barat daya Perth.

2 comments:

Anonymous said...

ini la melayu mudah lupa...bila dah kaya berjaya ..merapu la pulak..tak patut la c wan.

Anonymous said...

Salam. .apabila ade segelintir org kte brjaya diluar ngara. .mreke anggap mreka sdah advance,open n think outside of the box..tpi mreka tidak sdar bkn smua dri western ideologi tu sesuai diamal kn. .contoh sikap ske mncbar,kritik mngkritik,mncari ksalahn individu lain wlaupn mreka tidak brsalah dn hnya mahu menang wlaupn salah adalah ideologi ahli falsafah barat sperti aristotle,charles darwin. .brbeza dgn sifat mulia ahli bijak pndai asia sperti confusius..dn sdah tntu nabi muhammad saw. .chef ade mngatakn yg beliau hndk mnguji mntalliti org kte. .bkn mcm tu cara nye nk mngukur mntalliti org lain. .klau mntalliti chef lebih baik dn advance dri org kte yg konon nye dianggap 1st class malay mntalliti. .knape cra dia brkomunikasi mcm mkcik kmpung dn tidak cara sperti org profesional brtutur. .fikir2 lah. .real smart n profesional people dont do stupid things

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive