Monday, March 24

TERKINI #MH370 JURUTERBANG P3 ORION #SAR


"Kami komited dan yakin akan berjaya menemui sesuatu…satu penemuan…untuk keluarga penumpang di dalam pesawat MH370,” ulas juruterbang Peter Moore.

Pengakuan Moore itu diluahkan beliau walaupun tidak menemui apa-apa petunjuk dan menambah  bahawa angin kencang dan awan tebal turut menghalang operasi pencarian pesawat MH370 pada Ahad di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di luar pantai Perth, Australia.

“Situasi di luar sana agak mencabar. Awan yang rendah pada jarak kira-kira 500 kaki sahaja, kabus laut yang tebal serta hujan,” jelas Moore.


Jarak penglihatan di kawasan itu juga terhad akibat cuaca buruk, terutamanya apabila pasukan mencari bergantung kepada penglihatan, bagi mencari objek di permukaan laut pastinya terjejas. Awan menyekat pandangan mereka walaupun terbang pada jarak yang rendah.

“Jarak penglihatan pada permukaan air juga terhad. Ia berkemungkinan pada kira-kira 200 atau 300 kaki sahaja. Pada keadaan yang baik kita sebenarnya boleh melihat pada jarak yang jauh iaitu kira-kira sebatu,” katanya.  “Walaubagaimanapun permukaan air agak tenang walaupun dengan hanya sedikit berombak.”

Namun, Moore dan pasukannya kekal positif dan bermotivasi tinggi kerana mereka sangat berpengalaman dan telah dilatih untuk melaksanakan operasi mencari dan menyelamat dalam apa jua keadaan termasuk yang mencabar seperti hari ini.

Berbekalkan sedikit bahan api tambahan, beliau dan pasukannya berjaya meneliti semula bahagian-bahagian kawasan carian yang terlepas sebelum ini berikutan keadaan cuaca yang bertambah buruk. Secara keseluruhannya, mereka berjaya meliputi kira-kira 85% kawasan pencarian pada hari tersebut.

Lapan pesawat berlepas dari Perth semalam, empat daripadanya merupakan pesawat P3 Orion yang berlepas dari RAAF Base Pearce dan empat lagi merupakan pesawat awam bagi mencari di kawasan lebih 59,000 kilometer persegi.

Pesawat itu mengambil masa sekurang-kurangnya empat jam untuk sampai ke kawasan pencarian dari Perth. Mereka hanya mempunyai masa dua jam sahaja untuk mencari sebelum perlu terbang empat jam lagi untuk kembali ke Perth.

2 comments:

Anonymous said...

hebat...byk nagara luar bertungkus- lumus membantu msia mencari mh370...tapi sedihnya ada juga segelintir rakyat msia yg memandang negatif insiden ini..pelik...

Anonymous said...

masalahnya awk, if pertolongan dorg tu bg dorg keuntungan lg besar, why not?? dia jadikan ptolongan dorg tu sbg modal utk dpt keuntungan lbh bsr...lihat peristiwa 911 dlu... knp AS sdri sbnrnye yg juga dalang kpd musnh WTC tu? sbb dgn kmusnhn tu dorg lbh untung.. dgn menuduh islam terrorist, malahkn org lain ats ap yg dlakukannya sdri, dia dpt keuntungan yg sgt besar... myk n so on..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive