Monday, December 20

Anwar Gagal Kemuka Bukti Dakwaannya Dalam Isu APCO

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang digantung daripada persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan telah diberi peluang untuk membela diri dan mengemukakan bukti mengenai kenyataannya mengaitkan konsep 1Malaysia dan firma perunding antarabangsa APCO Worldwide dengan kempen One Israel.
Anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Datuk Razali Ibrahimberkata, Anwar telah diberikan tempoh dua hari semasa sesi persidangan DewanRakyat minggu lepas untuk membela diri tetapi tidak mengambil peluang itudan bertindak seolah-olah mahu melengah-lengah keputusan mengenai kes itu.
"Kami (Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen) telah beri ruang yang luaskepada beliau (Anwar) tapi dia tidak mengambil peluang itu.
"Dia cakap dia ada bukti dokumen mengenai dakwaannya, dan kami minta diabuktikan, tapi dia tidak pernah kemukakan bukti," katanya kepada pemberita dipejabatnya di bangunan Parlimen di sini Isnin.
Pada 16 Disember lalu Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel.
Keputusan untuk menggantung Anwar seperti yang disyorkan oleh JawatankuasaHak dan Kebebasan Parlimen itu, diluluskan oleh Dewan Rakyat tanpa sebarangperbahasan, dan ini telah mnecetuskan kekecohan dalam Dean apabila kesemuaanggota Parlimen pembangkang bertindak keluar.
Razali berkata Anwar sepatutnya mengambil peluang itu dengan mengemukakanbukti untuk menyokong dakwaannya itu kerana beliau memang mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Katanya APCO Worldwide telah menghantar sepucuk surat kepada jawatankuas aitu bagi menafikan penglibatan syarikat itu dalam membantu kerajaan Malaysiamembuat dasar, sebaliknya ia bertindak membantu meningkatkan perkhidmatanberkaitan komunikasi.
Selain Razali, jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Yang DipertuaDewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin mulia, turut dianggotai Timbalan YangDipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor),R.Sivarasa (PKR-Subang), Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) yang dipertanggungjawab untuk membincangkan isu dakwaan Anwar itu. 
Mat Kilau kata apa nak jadi dengan Pak Sheik nie dok tembak saja tapi tak kena.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive