Saturday, December 11

WALK4GAZA



Assalamualaikum dan Salam 1Belia 1Malaysia
JAWATANKUASA KHIDMAT MASYARAKAT & RAKAN MUDA (JKMRM) MAJLIS BELIA MALAYSIA menyeru agar semua lapisan masyarakat di Malaysia untuk menghadirkan diri ke program jalan kaki amal WALK4GAZA pada SABTU, 11HB DISEMBER 2010, PADA JAM 4.00 PETANG, BERTEMPAT DI HADAPAN MASJID PUTRAJAYA 

Kita bersatu atas nama kemanusiaan. Kita bersatu menentang sekatan yang dikenakan ke atas Gaza. Justeru ayuh kita bersama berjalan beramai-ramai (Big Walk4Gaza) bagi membuka mata dunia bahawa kita sebagai rakyat Malaysia menentang keras sebarang tindakan yang melampaui norma kemanusiaan. Kita akan diiringi oleh 400 orang pemain kompang yang akan turut serta berjalan bersama!

Dengan izin Tuhan, kita mengharapkan agar sasaran seramai 10,000 orang akan bersama-sama dalam Program Amal Walk4Gaza ini.

Saksikan juga promo secara langsung dalam rancangan Apa Kata Wanita pada hari Sabtu, 4hb Disember 2010 jam 12.00 tengahari di TV1 bersama belia Palestin, Derek dan Jenny Graham (Kapten Kapal Rachel Corrie) dan Yasin dengan lagu terbaru khas untuk Palestin.

Terima kasih kepada NGO, agensi, syarikat dan para penyumbang yang sudi menghulurkan bantuan bagi menjayakan program ini. Penyertaan dan sumbangan anda amat kami harapkan bagi mengisi Tabung Gaza...

Aksesori dan cenderahati FREE GAZA seperti baju, bandana, mafla dan lain-lain turut disediakan di kaunter pendaftaran Walk4Gaza. Daftar awal bagi mengelakkan kesesakan kerana ianya terhad. Kaunter pendaftaran akan mula dibuka bermula jam 9 pagi, Sabtu, 11.12.2010 di hadapan Masjid Putrajaya.

Terima kasih.




No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive