Thursday, December 2

Tangguh Pemilihan

Keputusan Mesyuarat Tertinggi (MT) UMNO semalam untuk menangguhkan pemilihan parti itu di semua peringkat selama 18 bulan disifatkan sebagai peluang kepada seluruh bahagian untuk memantapkan lagi parti bagi berdepan pilihanraya umum akan datang.
Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Tuan Haji Shabudin Haji Yahaya berkata  keputusan MT itu amat bertepatan kerana ia membolehkan semua ahli memberi sepenuh tumpuan untuk mengukuhkan jentera parti.
Sambil menganggap keputusan itu bukan sesuatu yang luar biasa beliau berkata jentera parti perlu bersiap sedia mulai sekarang bagi berdepan sebarang kemungkinan.
“Tidak kira esok, lusa, tahun depan atau bila-bila kita sudah bersedia tetapi penangguhan pemilihan ini akan lebih memberi kita ruang dan fokus terhadap memperkukuhkan lagi jentera.
“Kita mahu pastikan parti kita Barisan Nasional (BN) bukan saja berjaya tetapi yang lebih penting mengambil semula kawasan-kawasan yang terlepas ke tangan pihak pembangkang”, katanya
Jelas beliau lagi keputusan MT ini juga membolehkan semua ahli dan pemimpin lebih menghayati dan memahami serta membuat persediaan parti berasaskan Model Baru Politik.
“Apabila semua ahli dan pemimpin lebih bersedia, sudah tentulah pilihanraya umum akan dapat dihadapi dengan lebih baik dan menjurus ke arah lebih positif.
“Masih banyak yang ruang yang mesti diperbaiki biarpun pembangkang sekarang dalam keadan terumbang-ambing”, ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan seterusnya berkata tumpuan jenteranya kini sudah pasti itu mengekalkan kemenangan bersih di kawasan tersebut.
“Selain Parlimen Tasek Gelugor, kita mempunyai tiga Dun iaitu Permatang Berangan, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Kesemua ini kita menang dan sudah tentulah kita akan berusaha untuk mengekalkan kemenangan ini,”  katanya.
Mengenai kedudukan BN ketika ini beliau berkata hasil daripada usaha keras semua pihak peluang BN untuk mengekalkan kemenangan cukup positif.
“Sokongan terhadap BN semakin baik. Sokongan masyarakat sama ada dari kaum India dan Cina juga semakin positif.
“Namun kita tidak boleh berasa puas hati kerana suasana boleh berubah bila-bila masa sekiranya kita terleka”, ujarnya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive