Thursday, December 23

Guan Eng Bila Nak Haramkan Logo 1Malaysia.



Selangor telah melarang pengunaan Logo 1malaysia.Apa kata kalu Ketua Mentri paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang pulak nak mengikut jejak,rasa-rasanya akan dibuat tak lama lagi,sebab pakatan haram nie memang takut kat logo 1malaysia.teringat  kata-kata PM DS Najib bahawa 1malaysia lebih popular dari  MAGGIE MEE.

Larangan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata kebebasan mengumpul orang dan memberi lambang menerusi pertubuhan adalah dibenarkan mengikut Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Larangan itu adalah tidak sah dan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) mungkin tidak memahami dan menyedari peruntukan yang terdapat di bawah Perlembagaan Persekutuan

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menguatkuasakan larangan penggunaan logo 1Malaysia di papan iklan dan kain rentang yang dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Selangor dan dipersetujui pada mesyuarat Exco. 

Rais berkata beliau mempertikaikan keputusan larangan itu kerana penggunaan lambang parti politik masih dibenarkan di negeri berkenaan sedangkan lambang 1Malaysia bukan lambang parti politik. 

Katanya kerajaan PKR Selangor itu membuat keputusan itu kerana terasa terhimpit dan tidak mahu konsep 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diterima rakyat secara berleluasa di seluruh negara termasuk di negeri itu. 

Beliau percaya rakyat khususnya di Selangor boleh membuat penilaian kepada keputusan itu dan Menteri Besar Selangor itu dan akan kecewa jika meneruskan larangan berkenaan. 
Rais berkata lambang 1Malaysia tidak perlu dikhuatirkan oleh parti pembangkang kerana ia membawa kepada prinsip kenegaraan, penerimaan dan keadilan sosial kepada rakyat di negara ini serta mewujudkan perpaduan. - BERNAMA 

Mat kilau nak tengok reaksi Pemuda Umno Pulau Pinang bila logo 1malaysia diharamkan di Pulau Pinang..


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive