Wednesday, December 22

Gempa kuat landa utara Indonesia

Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan pulau Sumatera di utara negara 

ini, hari ini.


Badan Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa itu terletak 

berhampiran dengan lokasi gempa bumi yang berlaku pada Disember 2004 lalu.

Bagaimanapun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi kuat itu menggegarkan pulau Simeulue pada kedalaman 27 kilometer, pukul 9.07 

malam waktu tempatan dengan pusat gempanya di kedudukan 312 kilometer dari barat Medan,

 di tanah besar Sumatera dan 315 kilometer dari tenggara Banda Acheh, kata USGS. - AFP



No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive