Sunday, December 5

Harga naik

Ramai yang mula tersentap dengan kenaikan petrol dan gula yang berlaku baru-baru ini. Melalui laman-laman sosial yang ada – kenaikan harga ini turut diselar oleh mereka dalam sirkulasi UMNO sendiri. Ada yang mula mengkritik secara terbuka – Ismail Sabri, Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna mengenai kenaikan tersebut. Laman-laman sosial tersebut memaparkan kenyataan media yang dibuat oleh menteri berkenaan mengenai tidak ada kenaikan sehingga akhir tahun ini di Utusan Malaysia –
Apa yang kita perhatikan kenaikan kali ini juga menjemput mereka dari UMNO untuk menolak kenaikan yang berlaku hari ini. Ini menunjukkan bahawa dalam isu-isu melibatkan kehidupan seharian maka semua agak bersatu – mengatakan bahawa kenaikan ini akan melibatkan ukuran kesejahteraan rakyat mengurang. Ada satu dua komen yang saya lihat dalam laman sosial yang menyokong kenaikan harga semata-mata melihat isu ini di manipulasi oleh pembangkang terhadap kerajaan BN. Namun agak jelas justifikasi yang digunakan tidak menarik mereka yang menolak kenaikan harga.
Apa pun kita tidak mahu lagi mendengar konon-konon kenaikan ini tidak akan menaikkan lain-lain harga yang mempunyai asosiasi dengan kenaikan petrol dan gula. Kita juga tidak mahu mendengar bahawa pemantau kementerian dan penguat kuasa akan melakukan pemantauan dan hadir ke kedai-kedai untuk membuat pemantau kerana itu adalah alasan usang yang sering digunakan. Kita tidak larat lagi melihat berita-berita TV setiap kali kenaikan harga menunjukkan pegawai penguat kuasa mengenakan kompaun kepada peniaga menaikkan harga. Ini suda adalah propaganda usang namun seperti biasa – pembangkang akan terus memanipulasi isu kenaikan ini dan kita dalam UMNO akan menyaksikan loncatan pembangang sebagai politik rakyat.
Apa pun harga naik – suka tidak suka kita harus terima dan tetapi itu tidak bermakna kita bersetuju. 
sumber  UMNO REFORM.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive