Friday, December 24

Jom Pi Tenang.



Tenang pasti akan meriah dan akan mendapat liputan meluas dari media massa atau pun media baru.ketenangan sekian lama akan bergolak dek pilihan raya kecil ini.


Baru sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa


22 Januari 2011 Hari Penamaan Calon.


30 Januari 2011 Hari Mengundi.




Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika mengumumkannya berkata SPR menerima makluman rasmi daripada Speaker DUN Johor mengenai kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dlm darah dan kencing manis, pada 17 Disember lalu.


"Pilihan raya kecil ini menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009, digabungkan dengan Daftaf Pemilih Tambahan Suku Tahun Ketiga 2010 yang dikemas kini sehingga Oktober lalu merangkumi seramai 14, 753 pemilih berdaftar termasuk 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR di sini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive