Saturday, December 11

Namewee minta 1 juta.


Nazri Pandang Enteng Sindiran Perkasa
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memandang enteng sindiran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa kononnya beliau sanggup merendahkan maruahnya dengan bertemu Wee Meng Chee atau Namewee di Parlimen, Khamis.
Malah beliau tidak peduli dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Mohd. Zahid Md. Arip itu kerana menganggap sesiapa sahaja bebas bersuara tetapi berada dalam batas undang-undang.
"Saya muka tebal. Saya tidak peduli masalah itu kerana kita menghormati kebebasan bersuara. Tapi apa yang saya buat semua itu adalah betul. Tidak ada yang salah.
"Asalkan saya tidak lakukan perkara yang melanggar undang-undang, ia adalah okey," katanya kepada mStar Online, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan Mohd. Zahid sebelum itu yang menyelar tindakan Mohamed Nazri yang meluangkan masa menemui Namewee di Parlimen pada hari yang sama.
Namewee mengunjungi Mohamed Nazri bagi meminta kerajaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya.
Pemuda kontroversi itu meminta bantuan peruntukan RM1 juta daripada kerajaan.
Sumber mstar.com
Apa sudah jadi sungguh senang minta 1 juta atas alasan berkonsepkan 1malaysia.dah lah masuk Parlimen dengan berpakaian tidak mengikut etika.
DS Nazri Aziz MUKA TEBAL dan sanggup merendahkan MARUAH MELAYUnya atas alasan KEBEBASAN BERSUARA.
Rasanya selepas ini akan rasa hormat kepada MENTERI akan luntue begitu saja. 


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive