Saturday, December 11

Namewee.



Namewee, Nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina Negara dengan mengubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.

Belum lagi habis isu itu dilupakan oleh masyarakat, beliau berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik "Melayu Balik hutan Jadi Sakai".

Selepas itu, beliau membuat satu lagi video klip yang menghina Guru Besar dengan dengan perkataan-perkataan lucah.

Semua ini tidak terbukti perbuatan beliau suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap beliau, dan terbaru, Menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.




Pada 9hb Disember 2010 beliau telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.

Budak ini telah dilayan ISTIMEWA sekali lagi apabila dapat melepasi Pengawal Parlimen tanpa mengikut protocol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt Bulat tanpa tali leher dan memakai tutup kepala serupa dengan wajah RAPs beliau.

Peribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan beliau melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggunjawab boleh membenarkan beliau memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan?

Yang menerima kunjungan pula, seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen yang mahir dengan selok belok tatacara dan etika parlimen. Kemungkinan selepas ini Menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa beliau tidak memasuki Dewan, tetapi umum tahu kalau hendak memasuki banggunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan perpakaian dan kene memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang, sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun dari memasuki Bangunan parlimen.

Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang  berasa pelik  apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang beliau.



Bagi pendapat Mat Kilau jika ini berterusan akan ada lagi ramai sepertinya akan timbul selepas ini.


Amat mengecewakan apabila kenyataan Menteri bahawa Namewee patut diberi peluang kedua,apa dia peluang kedua kurang dengar.


Rasa hormat akan luntur jika kita terlalu memberi muka kepada orang yang pernah menguris hati Melayu 1malaysia


Budaya "biar pi lah kat depa" tersemat dikalangan orang yang lupa akan sokongan melayu. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive