Pas Kedah wajar mempertimbangkan hasrat DAP untuk menambahkan bilangan calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 sekiranya ingin terus kekal memerintah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Muhammad Radzhi Salleh berkata, pada masa sekarang, hanya DAP yang dilihat mempunyai keupayaan untuk membantu Pas berbanding PKR yang dilihat sudah semakin hampir menuju kepada kehancuran.
Beliau yang keluar dari PKR sebelum ini berkata, keputusan PRU ke-12 membuktikan Pas banyak bergantung kepada pengundi India dan Cina untuk memenangi negeri Kedah.
“Parti itu juga perlu memberi peranan lebih besar kepada DAP untuk memenangi semula hati pengundi India dan Cina yang kini mula tidak mempercayai perjuangan PKR akibat konflik dalaman serius yang berlaku dalam parti itu.
“Pada pandangan saya, cadangan DAP itu dibuat secara terperinci dan saya yakin parti itu sudah mengetahui PKR tidak akan dapat bertahan sehingga PRU akan datang, sebab itu cadangan penambahan enam kerusi dibuat
Pengerusi DAP, Lee Guan Aik mengenai cadangan DAP meletak calon untuk bertanding sekurang-kurangnya di enam kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang iaitu Derga, Kota Darulaman, Bukit Selambau, Gurun, Bakar Arang dan Lunas.
Sementara itu, ADUN Gurun dari MCA, Dr Leong Yong Kong menyifatkan DAP sebagai sebuah ‘parti bongkak dan hipokrit’ kerana sanggup mengetepikan semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) semata-mata demi kepentingan politiknya.
Menurutnya, sebagai sebuah parti komponen PR, DAP tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada kemelut dalaman PKR untuk menuntut tambahan kerusi DUN, sebaliknya membantu parti itu menyelesaikan masalah mereka.
“Daripada keenam-enam kerusi itu, mengapa DAP hanya menuntut kerusi PKR dan tiada satu pun kerusi Pas yang diminta?
“Sampaikan kerusi DUN Bukit Selambau yang masih diduduki ADUN PKR dan Exco Kerajaan Negeri juga turut diminta, adakah tindakan itu menunjukkan ikatan PR kukuh sebagaimana dilaung-laungkan pemimpin mereka?” katanya.
Yong Kong juga menegaskan DAP kini dilihat mula memandang rendah keupayaan PKR dan menganggap parti itu tidak bermaya untuk menghadapi PRU akan datang.
“Bagi saya, tindakan DAP itu kurang bijak kerana parti itu masih belum cukup kuat untuk memenangi beberapa kawasan DUN yang diminta termasuklah DUN Gurun di mana kini semakin ramai ahli DAP mula menyertai MCA.
“MCA tidak pernah memandang rendah keupayaan DAP mahupun PKR dalam menghadapi PRU akan datang dan bersedia hadapi cabaran mana-mana parti yang bertanding.
Mat Kilau Parti komponen BN patut mengambil peluang dari apa yang berlaku jika mahu merampas balik Kedah.
Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
No comments:
Post a Comment