Thursday, March 1

BILA KEDAH NAK AMAN NIE WOIII? KEDAHDARULAMAN.


Perkembangan terbaru dalam krisis PAS Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub tentu orang yang paling risau dan pening kepala sekarang.
Ini kerana beliau yang dihantar oleh PAS Pusat untuk 'misi damai' antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak dengan puak Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan geng dengan bergaya telah membuat kenyataan bahawa hasil pertemuannya dengan kedua pihak 'POSITIF'.
Apa agaknya beliau nak jelaskan kepada mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS malam ini , yang akan diadakan khusus untuk bincang krisis di Kedah.
Krisis itu bergegar macam nak rak petang Rabu bila Phahrolrazi, Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah buat kenyataan yang menunjukkan macam krisisnya dengan Azizan sudah kira simpul mati.
Apa tidaknya bila beliau mengarahkan, Datuk Amiruddin Hamzah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah agar meletak jawatan exco sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Dakwa Phahrolrazi  arahan berkenaan selaras dengan usul yang diluluskan PAS kawasan itu pada 17 Februari lalu.
Arahan berkenaan menetapkan  bahawa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Kuala Kedah iaitu Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Jerangau) tidak perlu menerima jawatan exco sebagai sokongan untuk beliau.
Kes itu nampak cukup berat bila beliau menegaskan,“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama PAS Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada PAS Kuala Kedah.”
Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan PAS kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.Juga Phahrolrazi secara terbuka mengakui hubungannya dengan Azizan kini 'kritikal'.
Peliknya Amiruddin yang angkat sumpah bersama tujuh Exco lain di Istana Anak Bukit pagi Selasa dilaporkan buat macam beliau tidak tahu menahu pasal arahan berkenaan.Katanya beliau tidak mahu komen sehingga lihat surat arahan itu.
"Saya belum dengar apa-apa mengenai kata dua itu. Mungkin baru lagi kot," beliau dipetik sebagai berkata demikian.Makanya mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat Khamis malam tentu menjadi perhatian.
Apakah mereka mampu mencari penyelesaian kepada krisis yang paling serius melanda PAS Kedah sejak berjaya menawan negeri itu pada pilihanraya Mac 2008?
MKP ayat sempoi : Umno kedah kata krisis PAS Di Kedah tidak membantu.. UMNO kedah kuat kerana ada kekuatan tersendiri.. mstar...Pasal tue menang PRU 12...Jangan berlagak sombong Allah murka?Ostad Zizan bagi Tander kat Ahmad Basha pun belum dedah!!!!!!!!!!. Tunggu....

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive