Tuesday, March 6

DEBAT : ADAKAH INI PERLU???



Kaji Selidik yang dijalankan di kalangan pengundi di negara ini oleh Merdeka Center baru-baru ini mendapati 54 peratus responden mahukan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan dari semasa ke semasa. 

Pengarah Program Mrdeka Center, Ibrahim Suffian, dalam satu kenyataan medianya, hari ini, berkata sokongan untuk debat itu terutamanya di kalangan pengundi muda berumur antara 21 hingga 30 tahun adalah tinggi, iaitu 67 peratus setuju debat itu diadakan bagi membentangkan idea dan dasar masing-masing kepada rakyat di negara ini.

Menurutnya, generasi muda kaum Melayu membentuk kumpulan terkuat iaitu 76 peratus manakala pengundi berumur 60 tahun keatas adalah yang terendah dalam kumpulan responden iaitu sebanyak 39 peratus.

"Walaupun ada sesetengah pihak yang menyifatkan debat itu tidak perlu dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita' hasil kaji selidik berkenaan membayangkan bahawa ia akan membantu pengundi membuat keputusan memandangkan 62 peratus daripada pengundi yang masih belum menetapkan parti mana yang bakal diundi menyokong debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang diadakan," sebutnya  lagi kenyataan media yang dikeluarkan 

Beliau menambah, antara topik yang mahu dilihat pengundi termasuk isu-isu ekonomi sejumlah 17 peratus, isu semasa, 9 peratus dan kebajikan rakyat serta pembangunan negara, masing-masing berjumlah 7 peratus.

Menurutnya lagi, pengundi juga mahu melihat isu memerangi rasuah menyusuli isu-isu lain yang perlu dibahaskankan. Kenyataan itu menyebut kaji selidik berkenaan dijalankan oleh Merdeka Center for Opinion Research antara 10 hingga  23 Februari untuk mengkaji persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

"Sejumlah 1,022 pengundi merangkumi 59 peratus kaum Melayu, 32 peratus kaum Cina dan 9 peratus kaum India ditemuramah melalui telefon bagi kaji selidik terbabit," kata kenyataan media itu lagi.Responden dalam kajiselidik itu dipilih berdasarkan kajian rambang mengikut garisan kauman, jantina dan pemastautin negeri.

MKP Ayat Sempoi : Guan Eng dah debat ngan CSL baru nie,Guan Eng kalah teruk.... 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive