Friday, March 2

"JANGAN CONSULT DENGAN ISTERI ORANG TENGAH-TENGAH MALAM!!" - USTAZ FATHUL BARI



Betul ke tidak betul dakwaan beliau khalwat itu satu bab lain.Itu kena serah pada Jabatan Agama Islam Pahang selesaikan siasatan.Namun Dr Barulamin Bahron akan jatuh jadi 'kaki kelentong' jika beliau terus cakap lebih-lebih untuk cuba bersihkan dirinya menerusi ceramah umum dan kenyataan hentam keromo.
Lagipun kes ini nampak lebih pada isu antara Pengarah Penerangan Khas pejabat Menteri Besar Selangor dengan suami wanita yang beliau didakwa berkhalwat.
Tiba-tiba kini macam satu dunia khususnya UMNO sudah jatuh berkonspirasi untuk perangkapnya - ayat biasa bagi mana-mana pemimpin pembangkang bila saja berdepan masalah.
Kata orang kalau Dr Badrulamin ada rasa malu,beliau tentu akan merasa amat malu dengan kenyataannya di ceramah di Seremban Isnin malam yang mengaitkan nama Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Gambaran yang cuba diberi nyata jauh dari kebenaran.
Pada ceramah itu Dr Badrulamin yang cuba nak cuci diri di situ dengan mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.
"Dan rupanya kes saya ini juga diberikan perhatian oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah yang memang mengenali saya secara peribadi, yang dua kali saya dijemput berceramah dalam majlis beliau.
"Dan beliau tadi mengarahkan orang kanannya bertemu saya, mendengar sendiri versi saya dan berbincang sendiri dengan lawyer saya.
"Dan gambaran yang diberikan ialah kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang," begitulah beliau dipetik sebagai berkata.
Dimana agaknya Dr Badrulamin nak sorok muka bila Bernama melaporkan petang Selasa sebenarnya Tengku Mahkota Pahang yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditangkap kerana berkhalwat.
Lebih teruk beliau guna ayat "kemungkinan besar Tengku Mahkota akan campur tangan untuk menghentikan perbuatan fitnah, perbuatan jijik UMNO yang tidak sudah-sudah menggunakan alat fitnah untuk menyerang, menyerang dan menyerang."
Ini seolah memberi gambaran sudah sah itu konspirasi UMNO hingga mendorong Tengku Mahkota Pahang kena campurtangan untuk selamatkannya.
Menurut sumber yang sah, Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.
Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.
"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (sms) kepada saya: "Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq"," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.
Beliau juga sibuk menjaja cerita mendakwa pemandunya diugut.
Dalam pada itu beliau juga menjaja bahawa seorang ahli parlimen Pahang yang sekarang bertugas di luar negara ada meminta nombor telefon suami wanita berkenaan melalui ketua kampung di situ.
Ini nak tunjuk 'ada sesuatulah'.
Kalau Ahli Parlimen yang bertugas di luar negara dan mewakili kawasan Rompin...siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.
Soalnya kalau betul pun Ahli Parlimen berkenaan telefon ,bukankah satu perkara biasa wakil rakyat menelefon rakyat di kawasannya untuk bertanya tentang masalah dihadapi.
Apakah itu pun nak diputar macam ada konspirasi - tanpa tahu kedudukan sebenar.
Siapa tahu ini adalah masalah terpencil antara seorang suami yang tengah bengang dan bertindak cekup mereka di bilik hotel itu.
Rasanya elok Dr Badrulamin jangan main sedap mulut.
Kalau nak dapat pedoman bolehlah beliau mendapat 'kaunseling' dari orang yang beliau gambarkan macam Imam Mahadi baru-baru ini.
Sambil-sambil itu boleh tanya-tanya orang yang beliau sanjung itu bagaimana agaknya dia boleh termasuk dalam apartmen dan dirakam 'beraksi' dengan seorang China Doll.
Mungkin kot orang itu akan jawab padanya dia mengigau dalam tidor dan merangkak dari rumahnya masuk ke apartmen itu.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive