Saturday, March 3

MAHFUZ POKOK SENA MACAM BUADAK KECIL MINTA NENEN?



Dengar cerita makin ramai nak tergelak tengok macam-macam ' idea kreatif' PAS untuk cuba 'mandikan' Datuk Dr Hasan Ali.Semua orang tahu PAS memang sudah geli sakan tidak tahan kena geletek bekas orang kuat parti itu dan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor  yang hari demi hari mendedahkan segala macam hal tentang parti itu.
Siapa yang tidak geram melihat ceramah Dr Hasan di sana sini terus mendapat sambutan.Malah yang datang bukan seratus dua tetapi ribuan termasuk di Kelantan.Jadi jangan terkejut kalau Jumaat,pak lawak PAS,Datuk Mahfuz Omar panggil sidang akhbar untuk mendakwa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja 2,000 siri ceramahnya untuk mempengaruhi belia menjelang pilihanraya umum ke 13.
Belanjanya bukan sedikit,dakwa Mahfuz RM30 juta.Dakwanya Barisan Nasional kini sedang galak mempergunakan Dr Hasan.Selain dakwa Mahfuz gertak sikit. Ahli Parlimen Pokok Sena itu enggan mendedahkan sumber atau bukti yang diperolehinya kerana beliau terlebih dahulu mahu penjelasan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan.
Katanya beliau akan dedahkannya masa sidang parlimen nanti.Hairan juga...kalau kata sudah ada bukti...dedahkan saja, apa yang mahu ditunggu lagi.PAS nampaknya sudah ' mati langkah' dengan Dr Hasan kerana tidak ada point nak tibai beliau.
Nampaknya sekarang mereka main serkap jarang untuk cuba cemarkan imej bekas Persuruhjaya PAS Selangor itu.Mereka mungkin rasa umpan yang baik ialah ayat beliau kini menjadi alat BN.
Itulah yang akan mereka ulangtayang dari masa ke semasa.PAS nampaknya macam buat-buat lupa Dr Hasan bertelingkah dengan parti itu kerana tindak tanduk tidak demokratik terhadapnya seperti memecatnya tanpa soal jawab.
Juga Dr Hasan sendiri dakwa parti itu kini sudah lari dari asas perjuangan dan penuh dengan parasit.Soalnya apa kena mengena pertelingkahan Dr Hasan vs PAS itu dengan BN.Juga kenapa nak cuba ubah tajuk dan guna taktik lama dakwa siapa saja yang lawan tauke mesti kena beli.
Rasanya ramai orang yang ada otak.Apakah Mahfuz ingat orang boleh terima bulat-bulat cakapnya setelah mendengar pelbagai tindak tanduk cakap tak serupa bikin PAS seperti yang didedahkan oleh Dr Hasan.
Memang tepat komen Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek yang menyifatkan dakwaan Mahfuz 'kebudak-budakan'Sambil menafikan dakwaan itu ,beliau berkata ," Saya rasa dia sakit dan perlukan rawatan kaunseling,"Shabery juga kata dakwaan itu dibuat kerana PAS takut dengan populariti Dr Hasan.
Malah katanya, beliau sedia berdepan dengan Mahfuz  yang melemparkan tuduhan itu dalam sidang Parlimen yang dijadualkan bermula 12 Mac ini, bagi membuktikan tuduhan itu adalah palsu.
Menteri itu berkata Mahfuz sepatutnya tidak bertindak melulu untuk melemparkan sebarang tuduhan terhadap KBS seperti mana yang pernah dilakukannya berkenaan isu peninju dari Israel yang kononnya dibawa masuk oleh kementerian sedangkan ia adalah jemputan dari kerajaan negeri Selangor.
"Saya tidak mahu Mahfuz malu sendiri kerana apa yang dituduh itu tidak benar. Namun, jika isu ini masih berterusan, kementerian akan mengambil tindakan yang wajar terhadapnya," kata Shabery.
Baru-baru ini Ahli Parlimen PAS Shah Alam,Khalid Samad juga cuba serkap jarang mendakwa Dr Hasan ditaja oleh sebuah syarikat koprat Selangor.Beliau juga tidak tunjuk apa bukti pada dakwaanya kecuali persoal mana Dr Hasan dapat duit belanja untuk pelancaran JATI pimpinannya.
Anihnya bab orang berlagak garang...tetapi bab kena batang hidung geng terus menikus. Mahfuz dan begitu juga Khalid tak beranipun bunyi sepatah ayat nak korek pasal dakwaan video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim yang 99.9 peratus tulin.
Cuba tanya ada berani mereka minta siasatan atau Suruhanjaya Diraja untuk mencari kebenaran dakwaan itu.Kalau betul anak jantan..bukankah segala kemungkaran wajib dipersoalkan.AD
MKP Ayat Sempoi : Rakyat Pokok Sena yang mengundi Mahfuz Bean nie pasti menyesal kerana MP tak buat keja yang sepatutnya membela nasib rakyat,BR1M yang Pengundi Pokok Sena dapat akan membuka mata siapa sebenarnya baguih,Rakyat harus menilai telatah lawok Pemimpin PAs nie suka menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri tak betul,Pepatah Melayu ada menyatakan Umpama Ayam Jantan berkokok sakan akan tetapi ekoq penuh taik.......................Heeee 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive