Friday, March 9

#PRFITNAH RAFIZI NIE CELAKA TAK BOLEH AJAQ.




Setelah tewas dengan NFC maka Rafizi mula mengadu domba di PMO pula?!!! Kisah pertunangan anak PM dua tahun yang lepas mula dijadikan peluru memandangkan Rafizi dah pandai spin?!!!

Surat yang dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri dikatakan dibayar oleh PMO!?? Setakat hantar bil terus kena bayar ke?!!! Maklumlah Perdana Menteri orang yang sibuk dan kalau surat dihantar ke rumah beliau mungkin lambat sikit nak terima!!?? Kalau jadi Perdana Menteri, masih ada masa untuk baca surat ke?!!

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membuat dakwaan bahawa majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung pada 17 Jun tahun lalu dibuat menggunakan wang kerajaan.

Rafizi mendakwa majlis itu menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri memberitahu Mynewshub.my, jumlah perbelanjaan pertunangan anak Perdana Menteri (PM) yang didakwa Rafizi adalah satu rekaan memandangkan perbelanjaan sebenar adalah lebih rendah daripada itu.

“Rafizi banyak mengarut memandangkan PM tidak menggunakan wang kerajaan untuk membiayai majlis tersebut.

“Perbelanjaan sebenar yang terlibat ditanggung sepenuhnya oleh Datuk Seri Najib dan ahli keluarga (adik-beradik beliau) yang lain tanpa melibatkan wang kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber itu berkata, memang ada bil yang dihantar ke pejabat PM tetapi bukan untuk dibayar oleh kerajaan.

Katanya, bil itu dituju terus kepada Perdana Menteri sendiri kerana beliau sejak awal lagi telah membuat keputusan tidak mahu wang kerajaan dilibatkan dalam majlis peribadinya.

“Dengan hanya kerana bil dialamatkan ke Pejabat Perdana Menteri tidak bermakna wang kerajaan telah digunakan dalam hal pertunangan itu,” katanya.

Sehubungan itu, sumber berkenaan menuntut agar Rafizi tampil membuktikan bahawa kerajaan ada membayar jumlah wang yang didakwa dibelanjakan itu.

Bagi berlaku adil dan mempermudahkan kerja, sumber itu meminta Rafizi agar menghubungi syarikat yang terbabit mengendalikan majlis tersebut.

“Maklumat daripada syarikat tersebut boleh dijadikan rujukan oleh Rafizi untuk mengetahui siapa yang membayar dan berapa jumlah yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau menambah, Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR sepatutnya merasa malu kerana membuat tuduhan dan kenyataan secara melulu serta tanpa bukti yang sewajarnya.

Sementara itu, Mynewshub juga difahamkan bahawa Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut bagi menangkis tomahan lliar yang dibuat oleh Rafizi. –Mynewshub.my

Orang yang sibuk macam PM mesti ada pembantu yang membaca surat beliau atau dikenali sebagai PA mahupun setiausaha sulit!!?? Rafizi mana tahu sebab dia lower class jer dan mungkin tidak berpeluang untuk naik lebih tinggi?!! Setakat nak spin RM407 ribu tu sedikit sangat kenapa tidak RM700 ribu ke RM800 ribu atau RM999 ribu?!!! Orang macam Rafizi ni bukannya mudah untuk dipercayai?!!! Masuk telinga kiri keluar telinga kanan?!! Maklumlah tengah angan-angan nak jadi YB?!!! Kena pandai putar belit sebab parti dia tu Parti Kelentong Rakyat!!???

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive