RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
Thursday, October 30
SOKONG BOLA BAGUS TAPI JAGA DIRI.... @MyRapidKL
Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium Sabtu ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Nak sokong waima Pahang atau Johor itu hak masing-masing. Bagi mengelakkan kesesakan MKP nasihatkan pada semua supaya gunakkan Monorel atau pun LRT.
Orang ramai dinasihati menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang.
Ini ekoran pertembungan dua acara lain yang turut akan diadakan di lokasi sama pada hari tersebut.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S.Markandan berkata orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), bas atau teksi untuk ke stadium Sabtu ini untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Dua acara lain yang akan berlangsung di perkarangan stadium berkenaan ialah Perhimpunan Anak-Anak Sarawak Seluruh Malaysia yang dijadual dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem serta acara perayaan keagamaan Buddha, katanya.
Markandan berkata buat masa ini polis tidak akan menutup jalan atau membuat lencongan aliran trafik di sekitar stadium pada hari tersebut, namun pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media sekiranya berlaku sebarang perubahan lalu lintas kelak.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Lim Jin Aun berkata Prasarana menyediakan koc LRT tambahan sekiranya perlu tetapi ia bergantung kepada jumlah penumpang pada hari berkenaan.
"Penggunaan perkhidmatan LRT sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesesakan trafik pada hari tersebut dengan waktu operasi LRT di stesen Sri Petaling dan Bukit Jalil dilanjutkan pada waktu malam sekiranya perlawanan Piala Malaysia antara JDT dan Pahang berakhir lewat," katanya.
Pegawai Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Hassan Azhari Abu Bakar berkata DBKL akan turut membantu polis pada hari tersebut dengan menempatkan anggota penguat kuasanya untuk memastikan aliran lalu lintas berjalan lancar.
DBKL tidak akan melakukan sebarang perubahan aliran trafik di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling namun pengumuman akan dibuat kepada orang ramai sekiranya ada perubahan.
Wednesday, October 29
PENAFIAN TELEFON PINTAR DIPANTAU @PDRMsia
Maklumat yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp yang mendakwa bahawa pihak berkuasa sedang memantau nombor IMEI telefon bimbit pintar adalah TIDAK BENAR sama sekali.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah percaya atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana ia berupaya menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan masyarakat.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman.
PULAU PINANG TENGGELAM......................?
Hujan lebat yang melanda Lintang Sungai Ara 15, Georgetown, Pulau Pinang tengah hari tadi telah menyebabkan kawasan sekitar dilanda banjir kilat.
Air naik sehingga paras lutut dan menenggelamkan jalan raya lantas mengakibatkan kesesakan trafik yang teruk.
Walau bagaimanapun, banjir mulai surut sekitar jam 2 petang tadi dan suasana kembali normal.
Tuesday, October 28
APA YANG MENARIK HARI INI.................?
Perhatian hari ini bertumpu ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya bila perbicaraan dua hari rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun bermula.
Polis telah mengenakan kawalan keselamatan yang ketat sekitar kompleks Istana Keadilan yang antaranya menempatkan mahkamah berkenaan.Cuma lebih 200 penyokong Anwar berkumpul sekitar komplek berkenaan.
Ramai wartawan termasuk dari luar negara tidak dapat masuk ke kamar perbicaraan kerana tempat yang terhad.Hanya 18 orang wartawan media arus perdana dan dua portal sahaja dapat pas masuk.
Setakat ini suasana sekitar mahkamah terkawal walaupun sebahagian dari penyokong Anwar seperti biasa dari masa ke semasa memekak dan buat bising untuk tarik perhatian.
Mereka datang dengan pelbagai gelagat termasuk memakai t-shirt 'Rakyat Hakim Negara' dan membawa spanduk kecil bertulis ' Bebaskan Kehakiman'
Anwar tiba di mahkamah jam 9 pagi dengan ditemani Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Menteri Besar Selangor Azmin Ali.
Ketua Hakim Negara,Tun Ariffin Zakaria mengenai penal lima hakim yang akan mendengar rayuan kes berkenaan.
Empat yang lain ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Barisan peguam Anwar ialah seramai 14 orang.Ia diketuai oleh bekas hakim Datuk Seri Gopal Seri Ram.
Gopal mengantikan Suleiman Abdullah yang tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.
Manakala pihak peguam pendakwa diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah.Bersama beliau ialah Timbalan Pendakwaraya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.- 28/10/2014-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL...GAMBAR OLEH MOHAMED HIEKAL
Monday, October 27
HIDUP ATAU MATI DIDALAM.....................?
Adakah mahkamah tertinggi di negara ini akan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, menambah atau mengurangkan hukuman penjara, atau meminda sabitan kesalahannya?
Persoalan ini sentiasa berlegar dalam pemikiran masyarakat umum sambil mereka menunggu pendengaran rayuan terakhir Anwar di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Okt ini terhadap sabitan kesalahan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun ini selepas mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.
Anwar, 67, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sekiranya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuan ini, kelayakannya sebagai anggota parlimen boleh dilucutkan berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa kelayakan seseorang anggota parlimen boleh dibatalkan sekiranya beliau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada setahun atau denda lebih daripada RM2,000.
Ini kes liwat kedua terhadap Anwar. Dalam kes pertama, beliau didapati bersalah meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar, di Tivoli Villa di sini pada 1994 dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.
Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan rasuah. Mahkamah Tinggi mensabitkan Anwar terhadap empat pertuduhan rasuah pada 4 April, 1999.
Bagaimanapun, selepas berada di penjara hampir enam tahun kerana kesalahan rasuah, Anwar dibebaskan pada 2 Sept, 2004, apabila Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Tun Abdul Hamid Mohamad, yang kemudiannya menjadi ketua hakim negara, meminda sabitan kesalahan itu dan mengetepikan hukuman penjara terhadap dakwaan meliwat Azizan, dalam keputusan majoriti 2-1.
Perbicaraan liwat kedua Anwar di Mahkamah Tinggi menarik perhatian di seluruh negara memandangkan kes itu ditangguhkan hampir 70 kali.
Sebahagian besar daripada penangguhan itu dibenarkan atas permohonan pasukan pembelaan Anwar atas pelbagai sebab, antaranya, supaya hakim perbicaraan menarik diri daripada mendengar kes itu.
Begitu juga apabila rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan beliau dibawa ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditangguhkan lebih daripada lima kali disebabkan beberapa permohonan yang difailkan Anwar.
Mahkamah Rayuan, dalam penghakiman bertulis bertarikh 11 April, menyatakan"perlu diambil maklum bahawa sebahagian besar daripada permohonan penangguhan dibuat berikutan responden (Anwar) memfailkan satu demi satu permohonan".
Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah satu konspirasi politik. Bagaimanapun, peguam kanan Datuk N. Sivananthan memberitahu Bernama apabila seseorang itu didakwa, ini berdasarkan hakikat bahawa pendakwaan berpendapat ada bukti yang cukup untuk mendakwanya.
"Jadi, saya percaya pihak pendakwaan bertindak tanpa dipengaruhi tekanan politik. Jika perkara sebaliknya yang berlaku, ia sesuatu yang mendukacitakan bagi sistem kehakiman jenayah kita," kata Sivananthan, yang juga peguam Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Beliau berpendapat apabila pihak pendakwaan mendakwa seseorang, ia dibuat berdasarkan keyakinan bahawa dakwaan itu boleh membawa kepada sabitan. Beliau sesungguhnya berharap rayuan itu diputuskan semata-mata berdasarkan undang-undang dan bukannya atas sebab lain.
Ramkarpal Singh, seorang daripada peguam Anwar, mengesahkan pendengaran kes itu akan diteruskan pada 28 dan 29.
SUMBER AGENDA DAILY
BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA @bombaJBPM @GoteamRD
ADMIN mendapat berita dan gambar yang mengejutkan menerusi aplikasi WhatsApp yang di post oleh rakan-rakan media sosial.
Dikhabarkan bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun telah dipercayai dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak .
Sehingga berita ini ditulis, masih belum dapat disahkan kesahihan berita ini..... Berita ini juga dikatakan telah menjadi viral di facebook. BENARKAH...???
@matK_P @KP_bombaJBPM ini adalah berita palsu. Harap maklum
— BOMBA (@bombaJBPM) October 26, 2014
Selepas tersebarnya berita ini MKP terus mendapatkan pengesahan dari pihak Bomba. Berikut adalah laman mikro rasmi bagi pihak Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Sunday, October 26
'LET GET WET" PENANG STYLE
Apa dah jadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang paling malang di Pulau Pinang. Lepas satu, satu lagi pulak skandal yang timbul.Apa nak jadi dengan Pakatan Harami nie....
Kalau sebelum nie ustad yang bermulut celupar depa dedahkan. Tapi kali nie Apek style pulak. Kalau dilihat cara awek nie nampak cun jugak......
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta kerajaan negeri supaya berterus terang dalam isu penutupan Taman Tema Air Wet World Wild (WWW) di Batu Ferringhi.
Pengerusinya, Teng Chang Yeow, berkata kerajaan negeri mesti memberi penjelasan kepada masyarakat berkaitan isu sebenar di sebalik penutupan taman itu awal bulan ini.
“Masyarakat ingin sekali mengetahui punca projek usaha sama dengan sebuah agensi kerajaan negeri hilang begitu sahaja dalam tempoh lapan bulan.
“Sama ada terdapat sebarang kekurangan; apa yang ditawarkan ketika itu dan apa yang berlaku sekarang,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali parti Gerakan malam tadi.
WWW adalah projek kerjasama antara Theme Park Concepts and Services Sdn Bhd (TPCS) dan Penang Global Tourism (PGT), iaitu biro pelancongan negeri.
Taman itu dibuka pada Disember tahun lepas namun dilaporkan ditutup awal bulan ini selepas ombak kuat merosakkan peralatan di taman itu.
Chang Yeow berkata, jika peralatan itu boleh rosak dan dileraikan dengan mudah, ini bermakna taman berkenaan memang tidak selamat.
“Bagaimanapun, dari mula lagi, mereka memberitahu orang ramai yang taman itu selamat dan kerajaan negeri tidak pernah mempertikaikannya, ini bermakna mereka memperakukannya,” katanya.
Chang Yeow berkata, Gerakan Pulau Pinang tidak dapat menerima alasan yang diberi kerajaan negeri berhubung penutupan taman tema air itu.
Awal minggu ini, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri tidak mahu campur tangan dan membenarkan pengusaha taman untuk membuat keputusan sendiri.
Beliau juga berkata, kerajaan negeri tidak terlibat dengan taman tema itu, sebaliknya hanya mengutip sewa daripada pengusahanya.
Saturday, October 25
Sabah Bakal Mendapat Hangar @Udara_JBPM @mpkotabelud @bombaJBPM @KP_bombaJBPM #SabahFM @kpkt_gov
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dijangka mempunyai hangar helikopter sendiri tahun depan, kata Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata dengan memiliki hangar sendiri, jabatan itu akan dapat menubuhkan satu skuadron helikopter bagi melakukan operasi di lokasi yang tidak dapat dihubungi melalui jalan raya.
@mpkotabelud: Utk Bajet 2015 @kpkt_gov di Sabah, akn ada pangkalan udara baru @bombaJBPM di Sabah utk bantu misi #SabahFM #interview
— #TeamRD (@GoTeamRD) October 25, 2014
"Beberapa tempat (di Sabah) dicadangkan sebagai lokasi pembinaan hangar ini. Kota Kinabalu paling sesuai kerana ia terletak lebih hampir dengan kawasan terpencil seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker.
"Bagaimanapun, kami bersikap amat liberal dari segi lokasi hangar ini kerana ia tidak memerlukan landasan," katanya kepada pemberita selepas program temu bual bersama saluran radio RTM, Ekspresi Sabah FM, di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mempunyai sebuah helikopter MI-17 buatan Rusia, yang ditempatkan di hangar Sabah Air Aviation Sdn Bhd di sini, yang telah memberi perkhidmatan di Sabah dan Sarawak sejak lebih 10 tahun lepas.
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya sebuah lagi helikopter tugas berat sebagai sokongan kepada helikopter sedia ada," katanya.
Guna Twitter Minta Bantuan Perdana Menteri @NajibRazak @NelsonPung
Siapa cakap Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar keluhan serta kesusahan Rakyat Malaysia....? Mungkin selama ini rakyat termakan tomahan serta fitnah yang ditaburkan oleh Puak Pembangkang dengan mengadakan cerita dongeng demi memburukkan pemimpin yang mengemudi Kerajaan yang sedia ada. Tapi itulah kerja serta tugas hakiki yang harus dibuat sebagai pembangkang.
Tapi semangat Jati Diri yang tidak mudah goyah oleh Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Razak memang MKP tabik spring. Beliau adalah orang yang "cool" sepanjang masa. Tapi nampak aje "cool" sebaliknya amat prihatian serta mendengar denyut nadi rakyat yang dilanda kesusahan.
Seorang mahasiswa dikatakan mengalami kesempitan wang bagi membeli buku dan kelengkapan pembelajaran sehinggakan dia mengambil keputusan untuk mengadukan masalah itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial Twitter.
Keluhannya itu nampaknya berjaya membuka mata Perdana Menteri yang kemudiannya mengambil keputusan untuk merealisasikan skim bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).
Bermula pada 2012 sehingga tahun ini, bantuan diteruskan dan diberikan kepada pelajar khususnya mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS).
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia membuktikan bahawa tidak sukar bagi golongan belia dan anak muda negara untuk berinteraksi dengan pimpinan tertinggi asalkan mereka menggunakan saluran yang betul.
"Kita kena faham, hierarki perjuangan. Setiap idealisme anak muda yang dibangkitkan perlu selari, beri impak kepada kesejahteraan negara.
"Sebagai contoh, idealisme Baucar Buku dibangkitkan melalui tweet seorang pelajar kepada Perdana Menteri. Itu membuktikan Perdana Menteri kita dengar luahan rakyat, tak ada masalah untuk mengadu masalah atau mewujudkan interaksi antara pemimpin, asalkan tahu adab," ujarnya.
Beliau berkata demikian menerusi forum 'Idealisme Generasi Muda Dalam Perjuangan Politik: Ilusi atau Realiti?' yang diadakan di sini, semalam.
Tambahnya lagi, negara masa kini amat memerlukan idealisme golongan generasi muda demi membangunkan negara.
"Mahasiswa perlu bersifat idealisme, tidak trikat dengan mana-mana parti.
"Mereka yang boleh berhujah dengan fakta dan apa yang dihujahkan adalah demi kebenaran," katanya lagi.
Thursday, October 23
DEMI RAKYAT SELANGOR @AZMINALI PERLU AKUR....... @MPKOTABELUD
Tahniah diucapkan pada Menteri Besar Selangor yang baru dilantik kerana mendengar penjelasan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai resolusi penubuhan Tribunal Pengurusan Strata.
Penubuhan ini perlu diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Rakyat Selangor kebanyakkanya tinggal di rumah pangsa dan kondo. Kadar wabak sering meningkat dah dengan penubuhan Tribunal ini penduduk dapat mengawal serta membuat aduan secara terus kepada Kementerian.
Petang tadi saya dan pegawai-pegawai atasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membuat kunjungan hormat kepada YAB Azmin Ali, Menteri Besar Selangor.
Saya menjelaskan kepada MB bahawa mengikut perlembagaan Malaysia Fasal 80, DUN Selangor perlu meluluskan resolusi penubuhan Tribunal Pengurusan Strata di bawah Akta Pengurusan Strata 2013 yang baru digazetkan.
Selangor mempunyai banyak bangunan Strata seperti kondo, apartmen dan flat dan 45% dari rakyat Selangor tinggal dalam bangunan Strata. Ramai daripada mereka berdepan dengan masalah yang semakin kompleks dan mencabar.
Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) mampu untuk memberikan mekanisma yang lebih berkesan kepada penduduk bangunan Strata untuk mengurus bangunan mereka dan membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Semoga dengan tertubuhnya tribunal ini akan dapt memberikan kesejahteraan kepada penduduk Strata terutamanya di bandar -bandar.
HARAP SONGOK AJE PUTIH TAPI HATI........................?
Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.
Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.
Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.
"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.
"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.
Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis:
"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"
Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.
Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.
Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.
"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.
Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.
"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.
Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.
"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.
"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.
"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.
Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.
"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan.
Wednesday, October 22
DEMO PUTRAJAYA MENGGANTIKAN #LANGKAHKENGKANG
Rafizi selaku Setiausaha Agung PKR telah mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
“Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong,” katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.
Di negeri bukan di bawah Pakatan Rakyat, cabang dalam kawasan pilihan raya yang dipegang oleh PKR masing-masing perlu menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang penuh dengan penyokong.
“Bagi cabang yang tidak mempunyai wakil PKR, mereka disarankan masing-masing menghantar sekurang-kurangnya sebuah bas yang penuh penyokong,” katanya.
Rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan liwatnya akan didengar pada 28 dan 29 Oktober ini.
Pada 7 Mac, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari yang membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.
Rafizi juga menggesa cabang-cabang untuk berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing untuk membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.
“Saya merayu kepada semua pemimpin cabang untuk menggerakkan ahli dan penyokong beramai-ramai ke Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan kepada ketua kita,” katanya.
Sumber FB WakeUP Malaya.
Tuesday, October 21
BILA TUAN GURU NIK AZIZ BERSUARA..............?
Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]
Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.
Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan tersebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.
Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.
"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)
Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkn dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:
1. Membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. Membela anjing untuk memburu
Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.
Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorang doktor pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.
Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.
Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ?
PLEASE COME AND TOUCH B**B
KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGANJURAN KEMPEN “I WANT TO TOUCH A DOG”.
Pertama sekali Jakim ingin membuat teguran kepada pihak penganjur yang telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dikalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia.
Menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam.
Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja.
Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.
Justeru, tindakan pihak penganjur adalah dikhuatiri mempunyai agenda terselindung dan secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam.
Suka Jakim tegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berpegang kepada mazhab Syafie sebagai mazhab rasmi.
Justeru, peranan Jakim adalah untuk memastikan umat Islam di negara ini mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie.
Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah.
Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam.
Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya.
Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan.
Jakim telah mengulas lanjut isu berhubung kedudukan anjing dalam Islam serta hukum berkaitannya melalui portal fatwa Jakim di www. e-fatwa.gov.my
Kedua, Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.
Dalam perkara ini, Jakim bercadang untuk memanggil pihak penganjur bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya Yang Menurut Perintah
DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA
20 Oktober 2014
Monday, October 20
AMARAN DARI NKP @AzwanBro "JANGAN BESAR KEPALA"
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia hadir pada Persidangan Perwakilan Parti GERAKAN Malaysia diatas jemputan Presiden Parti Gerakan. Namun ada jugak sesetengah pihak cuba mengeruhkan keaadan dengan mengeluarkan kenyataan berbaur menghina serta mencerca Melayu sebagai Pendatang. Berikut adalah amanat dari Azwan Bro yang MKP dari Facebooknya.
Sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional, adalah penting untuk kita meletakkan kesepaduan dan mempunyai jalur persefahaman yang sama dalam mengekalkan keharmonian sedia ada.
Sebelum memperkecilkan peranan rakan komponen, wajar untuk kita sukat sejauh mana sumbangan yang kita telah berikan dalam kesepaduan ini.
Jangan merasa hebat dan besar kepala jika sumbangan yang diberikan hanya kurang sekangkang kera. Jika tiada apa yang bijak untuk diperkatakan adalah baik untuk mereka fokus dalam merencana penambahbaikan institusi mereka sendiri.
Keharmonian & toleransi ini adalah hasil kesepakatan yang telah dipupuk sekian lama, dan janganlah kita memandang enteng serta memandang kecil kesepakatan ini.
Tiba masa Presiden Parti Gerakan Malaysia mengotakan janji beliau untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli parti seperti Tan Lai Soon, perwakilan PGRM Johor kerana memainkan isu perkauman.
Kearah Kesepaduan yang progressif & harmoni.
MKP bukanlah seperti kawan blogger hebat yang lain mampu berhubung terus dengan Ketua Pemuda atau Naib Ketua Pemuda. Siapalah MKP hendak dipandang sebegitu rupa darjatnya.......?
Tapi apa yang telah diamanatkan oleh Saudara Azwan Bro pada pemimpin Gerakan amat jelas dan nyata bahawa Perpaduan didalam Barisan Nasional amat kukuh. Memang akan ada yang bersikap nakal namun nakal biarlah bertempat. Janganlah mengusik Orang Melayu atau melabelkanya sebagai pendatang ianya tidak baik untuk perpaduan dimasa akan datang.
Parti Gerakan kena ingat bahawa kemenangan di Teluk Intan adalah sumbangan terbesar jentera dari UMNO pada Parti Itu. Jika tiada perpaduan sudah tentu Barisan Nasional tidak berjaya menakluki Teluk Intan.Jentera dari UMNO berkerja bersungguh-sungguh supaya Presiden Gerakan menang.
Sunday, October 19
BURUNG DIMANA...? BURUNG DIDALAM SELUAQ MAKBAPAK HANG.............?
Ini adalah realiti kehidupan yang terpaksa MKP luahkan. Memang gambar diatas nampak sangat kejam terhadap orang tua. Bukan nak menghina akan tetapi bijak seketika bila berkata-kata. Jangan tambah garam pada luka yang berdarah, kelak merana diri. Kalau ada yang terasa!!!!! memang artikel ini meyakitkan hati korang kerana bertindak seperti kanak-kanak sekolah tadika.
"Ini apa ayah,,,,, Ini burung" burung dimana dalam seluaq kepala bapak hang.... Rakyat kini bijak menilai serta memerhatikan tindak tanduk Menteri yang menjaga kementeriannya. Tapi kalau dah nampak macam budak-budak memang tak boleh diterima dengan akal yang waras kecuali mendapat habuan..................?
Belum pun genap sebulan selepas pengumuman pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter dan rakyat belum selesai pun meneliti pembentangan Bajet 2015, macam-macam kenaikan sudah berlaku.
Kenaikan harga makanan di restoran mahupun di gerai sudah pun terasa.
Kalau sebelum pengumuman pengurangan subsidi bahan api, makan nasi sepinggan bersama sayur, ikan bakar dan pencicah serta sedikit sambal ubi kentang dan ikan bilis dan segelas ais kosong, harga yang perlu dibayar hanya RM8.
Tetapi pada minggu lalu dengan menu yang sama, di restoran sama di Sungai Besi, harga yang perlu dibayar hampir RM10.
Kenaikan bahan api sebanyak 20 sen seliter tetapi kesan kenaikan yang perlu ditanggung oleh pengguna berganda-ganda.
Bagi ibu bapa pula, belum pun lagi menerima bantuan kewangan RM100 yang bakal diagihkan oleh kerajaan sebagai bantuan awal persekolahan, tetapi dalam dua bulan lagi mereka terpaksa berhadapan dengan kenaikan tambang bas sekolah, kenaikan harga buku, baju sekolah dan segala peralatan persekolahan.
Mereka yang tidak layak untuk menghantar anak ke prasekolah milik kerajaan pula terpaksa berhadapan dengan kenaikan yuran prasekolah.
Bagi golongan yang berpendapatan sederhana - memang kurang bernasib baik kerana terpaksa berhadapan dengan semua kenaikan tanpa sebarang bantuan berbanding golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Kalau golongan miskin atau berpendapatan kecil dengan pendapatan isi rumah sehingga RM4,000, mereka boleh menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia, mendapat kemudahan persekolahan anak prasekolah di sekolah kerajaan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat dengan jumlah sangat minimum dan tidak perlu bayar cukai pendapatan.
Seperti luahan kebanyakan golongan yang terperangkap ini - kumpulan berpendapatan sederhana sebenarnya lebih miskin terutama yang menetap di bandar-bandar besar di Lembah Klang kerana terpaksa menghadapi kos kenaikan hidup tanpa bantuan kecuali pengurangan cukai pendapatan.
Pengurangan subsidi bahan bakar atau apa pun bentuk subsidi bukan salah kerajaan. Ia penting untuk jangka panjang dan survival sesebuah negara memandangkan kos perbelanjaan meningkat berikutan pertambahan populasi, infrastruktur dan kemudahan awam.
Bagaimanapun, yang menjadi masalah apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak menjalankan peranan memantau kenaikan harga barang seperti yang diharapkan.
Juga di mana peranan kesatuan atau persatuan pengguna yang terlalu banyak bilangannya di Malaysia?
Mana bayang para penguatkuasa KPDNKK ketika masih ramai rakyat Malaysia dibayangi dengan masalah kenaikan harga barang? Di mana surat saman KPDNKK semasa peniaga di pasar menaikkan harga ikan dan sayur sesuka hati?
Apa jawapan KPDNKK ketika ada pasar malam yang menjual harga barangan terlalu tinggi sedangkan pasar tani di kawasan tertentu menawarkan harga rendah. Persoalannya mengapa harga barangan di satu lokasi, satu daerah atau satu negeri tidak seragam?
Adalah sesuatu yang menjelekkan apabila KPDNKK mendakwa pemantauan yang dijalankan mendapati kenaikan harga barang tidak serius.
Di mana pemantauan dijalankan atau berapa kali aktiviti penguatkuasa dijalankan? Tahukah KPDNKK kemunculan kedai-kedai yang diuruskan oleh warga asing yang begitu banyak di sekitar Keramat, Ampang, Kampung Pandan, Setapak dan Sungai Besi mampu menawarkan harga barangan keperluan yang lebih rendah berbanding kedai milik warga Malaysia?
Ini menunjukkan harga barangan tidak setinggi mana pun tetapi pengambilan untung berlebihan disebabkan kegagalan KPDNKK melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kepada Menterinya, Datuk Hasan Malek - berhentikan membuat kenyataan yang boleh meningkatkan kemarahan rakyat, sekaligus mencerminkan tahap berfikir dalam kalangan Kabinet kerajaan.
Berhentilah membuat kenyataan tentang harga cendol di Kuala Selangor diturunkan ketika harga minyak dinaikkan - tidak nampak signifikan pun kenyataan itu.
Sebaliknya, timbul pertanyaan adakah beliau turun padang untuk pantau semua harga cendol di seluruh negara. Harga cendol popular di Kuala Pilah, di dalam konstitusi Parlimen Hasan juga menaikkan harga.
Malah, penjual pisang di hadapan Bank Simpanan Nasional di pekan Kuala Pilah turut mengurangkan bilangan pisang goreng yang dibeli pada harga RM1.
Bukan itu sahaja, harga ikan salai, daging salai dan telur asin yang popular di sepanjang laluan di Kuala Pilah juga dinaikkan peniaga. Penjual kuih bahulu di Tanjung Ipoh turut menaikkan harga kuih tradisional itu.
Terimalah hakikat kenaikan harga barang memang tidak dapat dikawal dan gerakan penguatkuasaan perlu dilakukan secara agresif, lebih agresif.
Ramai percaya dan yakin jika penguatkuasa KPDNKK aktif seperti penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merampas barangan peniaga kecil Melayu di Kuala Lumpur yang terpaksa mencari sesuap rezeki untuk menampung kehidupan yang semakin terdesak, kenaikan harga barang pasti boleh di kawal.
Bukan tidak boleh membawa bekal seperti yang dicadangkan oleh Menteri KPDNKK - tetapi bahan-bahan bekalan itu juga perlu dibeli di pasar atau di kedai sebelum di masak.
Saturday, October 18
RAHSIA SEBENAR KENAPA PEMBANGKANG MAHU MANSUHKAN #AKTAHASUTAN
Jika anda tidak diperhatikan serta dipahami dengan leibih mendalam sudah pasti ramai yang akan terpikat dengan apa yang cuba diperjuangkan oleh DAP ini. DAP seperti biasa bermain sentimen kebencian untuk memburukkan kerajaan yang sedia ada. Setiap perancangan mereka sudah pasti ada tujuan serta maksud tersirat.
Anak muda khususnya Melayu tertarik dengan ikon yang dilahirkan oleh pemimpin DAP ini. Untuk makluman semua DAP melalui Zairil Khir Johari telah menubuhkan satu insitusi yang agak gah di Pulau Pinang dengan biayaan yang amat besar dari DAP.
Dedahan yang bakal memburai niat sebenar DAP. Apakah sebab sebenar Majlis Peguam beriya-riya mengepalai gerakan mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan sebab sebenar ini tidak pernah dibincangkan secara terbuka oleh BAR COUNCIL dan AMBIGA dalam mana-mana majlis atau penulisan mereka.
Apakah sebab utama mereka nak mansuh Akta Hasutan 1948?
Sebab menurut Perkara 63(4) Perlembagaan Persekutuan, Ahli- ahli Parlimen adalah kebal dari sebarang pendakwaan mahkamah jika mrk mengucapkan atau mengundi sesuatu di dalam perbahasan majlis Parlimen KECUALI HAL-HAL YANG MERUPAKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948.
Lihat bagaimana hebat dan pentingnya Akta Hasutan ini berbanding dengan akta-akta yang lain. Ahli Parlimen Kebal dari pendakwaan KECUALI DI BAWAH AKTA HASUTAN.
AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SEMAKIN RAMAI DI PARLIMEN DAN SATU HARI NANTI MEREKA AKAN MENJADI KERAJAAN. TETAPI SELAGI AKTA HASUTAN TIDAK DI MANSUHKAN MEREKA TIDAK AKAN MAMPU MENGHAPUSKAN RAJA2 MELAYU, HAK ISTIMEWA MELAYU DAN BAHASA MELAYU MELALUI PARLIMEN KERANA TINDAKAN ITU AKAN MERISIKOKAN MEREKA DI KENAKAN TINDAKAN DI BAWAH AKTA HASUTAN.
Nampak tak permainan mereka. Sekarang mereka menghujahkan Akta Hasutan menyekat kebebasan bersuara lah, menganiaya, padahal itu bukan sebab sebenar.
Itu modus operandi mereka utk divert isu saja.
Sebab itulah kita kena sama-sama mempertahankan Akta Hasutan 1948.
Thursday, October 16
Nincompoop Chief Minister! @MPkotaBelud @GoTeamRD
MKP terkejut dan kecewa membaca tuduhan sangat serius oleh Ketua Menteri (CM ) Lim Guan Eng Ketua Menteri paling malang di Pulau Pinang bahawa kerajaan Persekutuan adalah mensabotaj pelaburan langsung asing ( FDI) yang masuk ke Pulau Pinang.
Lim mendakwa terdapat penurunan besar dalam cadangan dan pengenalan oleh Pihak Berkuasa Malaysia Pelaburan Pembangunan (MIDA ) dari 14 pada tahun 2013 kepada hanya 2 pada tahun 2014 .
Oleh itu MKP memuji respon pantas oleh DS Mustapa Mohamed di tegas menyangkal pertuduhan itu dengan menyediakan statistik dan penjelasan terperinci . MKP ingin memberikan pemerhatian lanjut mengenai tuduhan ini khususnya dan juga kenyataan mengelirukan lain yang dibuat oleh Lim.
High FDI, gloat. Low FDI, blame federal govt. #howtobepenangcm
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 15, 2014
Beliau harus sedar kenyataan beliau yang dibaca oleh ramai pemimpin perniagaan terkemuka dan pegawai kerajaan di peringkat serantau dan seluruh dunia.
If you like to blame the federal govt for any issue you can't handle, then stop pretending like a slicked hair superhero!
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 15, 2014
Pada tahun 2012 , Pulau Pinang mengalami penurunan 72% mengejutkan dalam pelaburan - jatuh ke No. 6 daripada tempat paling tertinggi di antara negeri-negeri Malaysia yang lain .Lim mendakwa kemudian bahawa ini adalah penyimpangan disebabkan oleh kelembapan dalam FDI global dan pertumbuhan ekonomi.
Pulau Pinang mencatatkan penurunan paling teruk pada tahun 2013 walaupun Malaysia secara keseluruhannya menerima rekod pelaburan yang tinggi.
Keputusan pelaburan mengambil masa - sehingga empat tahun.menang banyak pelaburan besar tersebut oleh bekas kerajaan BN hanya sedar pada tahun 2010 dan 2011. Pada masa itu, Lim cepat untuk menuntut kredit untuk pencapaian indeks tersebut walaupun belum lagi memegang jawatan pada 4 tahun sebelum itu.
If you like to blame the federal govt for any issue you can't handle, then stop pretending like a slicked hair superhero!
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 15, 2014
Namun apabila pelaburan mula terjun , kerajaan negeri membuat penafian dan kemudian beralih kepada permainan menyalahkan .Ia tidak sukar untuk memahami mengapa Pulau Pinang telah kehilangan pelabur .
Pertama , terdapat peningkatan pemberhentian pekerja , skala bawah operasi dan bahkan penutupan fabrik .Walaupun kenyataan CM yang Pulau Pinang sedang mengalami kekurangan pekerja , dalam realiti pekerjaan ini kebanyakan posisi bernilai rendah yang bergaji rendah dan menambah bahawa tidak menarik minat rakyat Malaysia.
Kedua, Pulau Pinang tidak berupaya lagi yang menarik pelaburan syarikat teknologi tinggi.
Hakikat bahawa lima pelaburan puncaknya pada tahun 2013 menampilkan janji manis serta kata-kata bermadu walaupun pihak kilang menggambarkan hal ini agak menyakitkan .
Ketiga, faktor pekerjaan bergaji tinggi teknikal dan pengurusan yang kurang cekap menyebabkan banyak pekerja berkaliber tinggi profesional kanan dan graduan baru bergerak ke destinasi lain seperti Kedah , KL , Johor dan juga Singapura.
Pertama sekali, kepimpinan negara harus datang dengan satu pelan induk industri strategik.Pelan ini harus menjadi dokumen yang komprehensif, termasuk sektor kerajaan mahu memberi tumpuan kepada dan butir-butir tentang bagaimana hal ini akan tercapai.
Apa yang MKP perkatakan ini berdasarkan realistik , pelan induk yang teliti yang mengambil kira kekuatan dan kelemahan di negeri ini dan juga faktor-faktor makro luaran.
Kedua, kerajaan perlu lebih komited tentang menarik pelaburan. Perjalanan pelaburan banyak CM di luar negara telah menjadi sia-sia kerana mereka lebih lanjut mengenai politik dan perhubungan awam daripada pelaburan.
Hampir semua kunjungan CM Lim kira-kira menyampaikan ucapan politik kepada rakyat Malaysia di luar negara, memberikan wawancara kepada media asing atau ceramah kepada penonton asing pada bagaimana " berjaya" CM dan DAP berada dalam menguruskan negara.
Dalam usaha untuk mendapatkan tawaran pelaburan , Pulau Pinang harus berhenti mengutamakan politik lebih pelaburan dan datang dengan lebih bijak, perancangan pelaburan lebih disasarkan dan misi.
Ketiga, negara harus mengisi jawatan penting dalam agensi-agensi kerajaan berinteraksi dengan pelabur dengan profesional yang berkelayakan dan berpengalaman.
Walaupun negara telah berbicara atas dasar meritokrasi dan kepercayaan , pada hakikatnya keadaan sebenar adalah janji politik kosong semata-mata .
Sejak tahun 2008 banyak jawatan penting diisi oleh ahli-ahli politik atau orang-orang yang mempunyai hubungan politik yang kuat. Ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan negara untuk menarik pelaburan tetapi juga menciptakan banyak birokrasi , kecurigaan dan salah jajaran dengan agensi-agensi persekutuan seperti MIDA.
Ketiga, faktor pekerjaan bergaji tinggi teknikal dan pengurusan yang kurang cekap menyebabkan banyak pekerja berkaliber tinggi profesional kanan dan graduan baru bergerak ke destinasi lain seperti Kedah , KL , Johor dan juga Singapura.
Lim Guan Eng has shown he is a lame Chief Minister. By passing the buck on squatters issue to federal govt, he proved how incompetent he is.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) October 15, 2014
Apa yang MKP perkatakan ini berdasarkan realistik , pelan induk yang teliti yang mengambil kira kekuatan dan kelemahan di negeri ini dan juga faktor-faktor makro luaran.
Kedua, kerajaan perlu lebih komited tentang menarik pelaburan. Perjalanan pelaburan banyak CM di luar negara telah menjadi sia-sia kerana mereka lebih lanjut mengenai politik dan perhubungan awam daripada pelaburan.
Hampir semua kunjungan CM Lim kira-kira menyampaikan ucapan politik kepada rakyat Malaysia di luar negara, memberikan wawancara kepada media asing atau ceramah kepada penonton asing pada bagaimana " berjaya" CM dan DAP berada dalam menguruskan negara.
Dalam usaha untuk mendapatkan tawaran pelaburan , Pulau Pinang harus berhenti mengutamakan politik lebih pelaburan dan datang dengan lebih bijak, perancangan pelaburan lebih disasarkan dan misi.
Ketiga, negara harus mengisi jawatan penting dalam agensi-agensi kerajaan berinteraksi dengan pelabur dengan profesional yang berkelayakan dan berpengalaman.
Walaupun negara telah berbicara atas dasar meritokrasi dan kepercayaan , pada hakikatnya keadaan sebenar adalah janji politik kosong semata-mata .
Sejak tahun 2008 banyak jawatan penting diisi oleh ahli-ahli politik atau orang-orang yang mempunyai hubungan politik yang kuat. Ini bukan sahaja menjejaskan keupayaan negara untuk menarik pelaburan tetapi juga menciptakan banyak birokrasi , kecurigaan dan salah jajaran dengan agensi-agensi persekutuan seperti MIDA.
Semua pegawai kerajaan negeri , dari CM ke bawah, juga harus belajar untuk bekerjasama dan bukannya menghadapi agen-agen persekutuan untuk membawa masuk FDI ke Pulau Pinang.
Akhirnya , negara amat memerlukan untuk mengatasi " kualiti hidup " isu-isu . Berleluasa lebih -pembangunan, langit tinggi harga hartanah, pencemaran alam sekitar , kesesakan lalu lintas , pengangkutan awam dan infrastruktur yang runtuh membuat Pulau Pinang melihat tidak menarik di mata pelabur sedia ada dan berpotensi.
Pulau Pinang tidak harus cuba untuk mengubah dirinya menjadi satu lagi Singapura atau Hong Kong walaupun ia dapat mempelajari pelajaran yang berguna dari mereka. Walau bagaimanapun, ia seolah-olah bahawa kerajaan telah mengimport buruk bukan amalan terbaik daripada kedua-dua.
Menggunakan cadangan-cadangan ini memerlukan kepimpinan yang kuat dan dos besar politik. Ia sudah pasti dalam kemampuan CM Lim dan pasukannya untuk menangkap penurunan ini dalam daya saing Pulau Pinang.
Persoalannya, apakah kerajaan negeri bersedia untuk mengakui kesalahan-kesalahannya , sebaliknya dasar-dasar yang gagal dan strategi dan bertindak dengan cepat dan tegas.
13 MILITAN (IS) MALAYSA DITAHAN SEMALAM........?
Apa dah jadi dengan anak muda malaysia terjebak dengan kegiatan Militan IS yang berjaya memikat hati anak muda ini. Dari apa yang diperhatikan oleh MKP mereka ini agak terpelajar dan bukanlah calang-calang yang terjebak. MKP bukan nak memperlekehkan tindakan mereka tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kegiatan ini.
Ulasan yang telah dibuat oleh rakan media MKP ini memang terbaik mengenai IS ini. MKP agak bimbang dengan keadaan semasa yang berlaku.
Berita AP itu melaporkan Amerika Syarikat akan mengetuai kempen tersebut selepas Obama dengan ketua angkatan tentera lebih 20 negara berkumpul bagi menunjukkan kesatuan dalam usaha menentang IS.
“Di peringkat ini, 60 negara bersetuju menyumbang kepada pakatan ini termasuk 20 wakil negara yang hadir pada hari ini.
“Antaranya, Iraq, negara-negara Arab, Turki, sekutu NATO dan rakan-rakan dari seluruh dunia. Jadi ini adalah operasi yang melibatkan dunia menentang IS,” kata Barack Obama.
22 Julai lalu saya menulis mengenai strategi kumpulan Negara Islam Iraq dan al-Sham (ISIS) menawan Iraq dan meramalkan ancaman besar kepada umat Islam.
Di dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai apa, siapa dan mengapa Negara Islam ini.
Ia merupakan persoalan asas supaya kita tahu dipihak mana kita hendak memposisikan diri dalam konflik besar akan datang tidak lama lagi.
Jika susul balik semuanya berakar dari 'Arab Spring' revolusi media baru yang menjatuhkan beberapa kerajaan authoritarian negara Arab-Afrika.
Tunisia, Mesir, Libya mangsa teknologi yang menggerakkan rakyat melawan kerajaan authoritarian dan berjaya tapi tanpa penyelesaian, selepas rejim jatuh, siapa yang berkuasa...?
Barat melihat peluang yang ada untuk menjatuhkan rejim Bashar al Assad yang menguasai Syria sejak zaman ayahnya Hafiz Al Assad.
Bashar adalah pemimpin yang tidak tunduk pada Amerika, beliau memimpin Syria sebagai negara anti blok Barat dan lebih cenderung pada Iran, Russia dan China.
Selain itu, Bashar bermazhab Syiah, yang minoriti tapi menguasai Syria, jadi dibuat satu gerakan rahsia menjatuhkan kerajaan beliau.
Media Barat mengapi-apikan rakyat Syria yang bermazhab Sunni untuk bangkit menentang Bashar tapi tidak berjaya kerana pemimpin Sunni Syria Dr. Said Ramadan Al Buti menyokong kerajaan Bashar.
Sehinggalah satu hari 21 March 2013 Said Ramadan terbunuh dalam satu letupan bom, dalam masjid, dilakukan oleh penyerang misteri.
Selepas gagal mempengaruhi Sunni melawan Bashar di Syria, Blok barat menggunakan CNN, BBC, Al Jazeera untuk memomokkan kekejaman Bashar kepada penentangnya dan 'memanggil' kaum jihadist seluruh dunia berjuang menentang diktator Bashar.
Amerika, NATO dan Turki menutup sebelah mata ketika jihadist salafi berbondong-bondong ke Syria melintasi sempadan Turki dan Lubnan.
Rancangan mereka adalah supaya Bashar jatuh seperti USSR jatuh di Afghanistan apabila mujahiddin seluruh dunia berkumpul dan melawan USSR.
Kumpulan jihadist salafi yang anti Syiah berkumpul dan berperang di Syria, mereka ini terpecah kepada banyak kumpulan.
Sehinggalah kumpulan serpihan Al Qeada di Iraq melihat 'aosis' di Syria dan campur tangan di sana berdasarkan pengalaman perang mereka di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein.
Kumpulan ini diketuai Abu Bakar Al Baghdadi (Khalifah Ibrahim) yang dengan cepat merebut peluang dan menang banyak pertempuran.
Ini kerana mereka sudah masak dengan taktik perang gerila selepas kejatuhan Saddam dan kemudian menjadi kumpulan paling berpengaruh dan menyatukan kumpulan-kumpulan lain.
Kebodohan Amerika dan Nato adalah memandang rendah kebijaksanaan kumpulan Al Baghdadi yang ketika itu namanya Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS).
Amerika mahu menunggang ISIS untuk jatuhkan Bashar, tapi ISIS ada agenda lain, dalam perjalanan menuju Syria mereka menawan mukim, daerah, negeri dan mengawalnya melalui pemimpin tempatan yang patuh kepada undang-undang mereka.
ISIS menguasai setiap laluan mereka dari Iraq ke Syria, membuat diplomasi, berunding dengan ketua kabilah dan puak, melaksanakan undang-undang sendiri seperti kerajaan kepada sebuah negara.
Pemimpin ISIS al-Baghdadi seumpama Alexander The Great meninggalkan 'benih' Rom di setiap laluannya dan 'benih' menjadi pokok dan kemudian hutan.
al-Baghdadi dan kumpulannya yang semakin menguat kemudiannya kembali ke Iraq dengan sumber baru hasil dari rampasan perang, berunding dengan kumpulan pro Saddam dan menawan Mosul, bandar kedua Iraq dalam masa enam hari tanpa perlawanan hebat Jun 2014.
Dunia terkejut selepas mengetahui ISIS menguasai kawasan seluas Jordan dari Iraq ke Syria dan mengisytihar kawasan ditadbir mereka sebagai Negara Islam.
Ia merupakan perubahan taktikal paling besar dari sebuah kumpulan militan menjadi kerajaan dan pemimpinnya al-Baghdadi menukar nama menjadi Khalifah Ibrahim dan berkhutbah menyeru 'saudara-saudara' Islam sedunia ke Negara Islam.
Negara Islam bukan lagi nama kumpulan sebaliknya adalah nama kepada satu NEGARA sebesar Jordan dan Perdana Menterinya dipanggil Khalifah Ibrahim.
Apabila ini berlaku empat bulan lalu, Amerika melihat ia hanya soal kecil dan IS tidak mampu mentadbir sebuah NEGARA. Kini terkejut dengan kecepatan IS memperluaskan jajahannya sehingga ke Kobani sempadan Turki.
IS berkembang dan ribuan 'saudara-saudara muslim' datang dari seluruh dunia untuk tinggal dalam Negara Islam yang khalifahnya orang AlQaeda.
Di Malaysia juga fenomena ini sampai, sebab itu kita lihat, puluhan (mungkin ratusan) rakyat negara ini ke IS atas berbagai tujuan.
Ada yang pergi untuk berperang, ada yang hendak jadi doktor, ada yang nak jadi arkitek, banyak kerja kosong dalam kerajaan yang muda.
Ada lelaki, ada perempuan, mereka 'menyahut' panggilan Khalifah untuk bernaung di bawah Negara Islam dan inilah punca kekuatan IS.
Amerika akhirnya sedar IS ancaman yang serius selepas melihat panggilan itu disambut, ia bimbang keadaan semakin tidak terkawal dan kini mahu membentuk pakatan memerangi IS.
Inilah masalah dengan Amerika, tahi dia buat, satu dunia kena cuci, dari Khomeini, Saddam, Al Qaeda dan sekarang Negara Islam.
Sebulan dua akan datang kita akan lihat kawasan dalam jajahan IS akan dibom, setiap hari, dan orang awam yang tidak berdosa, seperti selalu, menjadi mangsa.
PBB akan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai ini atas nama 'memerangi militan' tapi melupakan militan ini dicipta oleh blok Barat dan media antarabangsa yang dikuasai mereka.
Sekali lagi negara seperti Malaysia akan berada dalam dilema, apakah ia mahu menyokong Amerika atau berkecuali... dari segi dasar luar negaranya.
Menyokong Amerika akan menyebabkan kemarahan rakyat, berkecuali akan menyebabkan kemarahan Amerika (ingat balik Amerika sokong Pakatan Rakyat PRU13).
Kenapa Amerika mahu PR menang PRU13...? sebab kerajaan BN ini tidak dianggap sekutu Amerika seperti kerajaan PAP di Singapura.
Malaysia tidak menyertai pakatan Amerika menyerang Iraq ketika perang yang pertama dan kedua.
Sekian tulisan saya mengenai IS siri kedua, nanti akan ada lagi siri-siri lain, seperti dari mana asal muasal kumpulan jihadist yang menguasai Negara Islam ini.
Ini penting untuk kita berkongsi, supaya jelas siapa yang kita sokong dan kenapa kita sokong, siapa yang kita lawan dan kenapa?.
Pendirian saya mengenai IS, mesti dicegah ke akar umbi, dengan tindakan hinggalah kepada idealogi salafi yang memberikan 'roh' kepadanya.
Menyokong Khalifah Ibrahim tidak menjadikan kita lebih baik sebagai seorang Islam... ini fatamorgana dengan menjual nama Negara Islam.
Sesiapa saja boleh mendakwa mereka adalah 'Tentera Tuhan'... hakikatnya hanya Tuhan mengenal tenteranya.-
15/10/2014 OLEH HELME HANAFI AG
Tuesday, October 14
DATUK AHMAD MASLAN & IPHONE6...
Apa masalahnya jika Timbalan Menteri memakai telefon terbaru yang dibeli oleh anaknya di luar negara. Jika benda sebegini pun menjadi isu nampak sangat wartawan dari Malaysia Insider LEE SHI-IAN sengaja mahu bermain taktik yang kurang sihat.
Bukan isu yang penting seperti pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tapi banyak kepada Iphone6. Bagi MKP harga sebuah telefon bukanlah melebihi Jutaan Ringit malahan hanya sedikit berbanding kereta yang dimiliki oleh Ketua Menteri Paling Celaka didalam Sejarah Pulau Pinang. Guan Eng dengan jelas menggunakan WANG RAKYAT bukanlah seperti Datuk Ahmad Maslan membeli telefon hanya bernilai Ribuan ringgit...
Datuk Ahmad Maslan menerangkan pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibayar secara ansuran supaya ia tidak disalahgunakan untuk membeli barangan mewah seperti itu.
BR1M dinaikkan dari RM450 ke RM750 dan dari RM650 ke RM950 bagi isi rumah berpendapatan rendah dalam kategori berbeza mulai tahun depan, dan akan diberi secara ansuran, dan bukan sekaligus seperti sebelum ini.
"Kalau diberi sekaligus RM950, dan bukannya tiga kali ansuran pada Januari, Mei dan September, mungkin kita boleh lihat rakyat mula membeli telefon bimbit baru seperti iPhone 6," katanya.
MKP nak bagi nasihat sikit pada Datuk Ahmad Maslan kalau nak tayang pun berpada-pada. Kalau ada lebih bagi kat MKP satu...Nak jugak telefon tue...? Mungkin ada yang cemburu apabila Timbalan Menteri pakai iphone6......?
Jangan Halau Kami, Diusir Tanpa Pampasan
Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini bakal hilang dari peta apabila lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman mereka masing - masing.
Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak tahun 1950-an lagi dan menempatkan lebih 200 penduduk membabitkan 48 keluarga.
Sebahagian besar penduduk kampung mengadakan demonstrasi dalam keadaan penuh emosi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) , Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada tahun 2007 apabila tuan tanah yang berpengkalan di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.
Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada tahun 2012 apabila mereka diarah berpindah dan notis terakhir yang diserahkan ialah tiga bulan lalu.
" Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya.
Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka.
Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis ' Jangan Halau Kami', Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.
Katanya, kawasan itu bukanlah perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini dan mempersoalkan kenapa tidak digazetkan sebagai kampung warisan.
" Arahan ini membabitkan 48 rumah penduduk yang terletak di lot A dan B dan kami tidak dimaklumkan, pembangunan apa yang mahu dilaksanakan di sini," katanya.
Seorang penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.
" Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.
" Majoritinya kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati dan hidup mati di sini," katanya.
Saudara kembarnya, Che Bunga Othman berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat itu dari nenek moyang.
" Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami bangkit mempertahankan hak masing- masing," katanya.
Aminah Said, 51, pula berkata, keluarganya terpaksa menanggung kerugian yang besar kerana rumah bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk menyewa atau membeli rumah baru di negeri ini yang sangat mahal.
" Saya hanya suri rumah yang mempunyai tiga orang anak.Mana hendak cari duit untuk berpindah. Ini tempat kami," katanya.
Sunday, October 12
JEJANTAS RUNTUH DI JOHOR. @PetrajayaMP @JKRjohor @bombaJBPM @KP_bombaJBPM
Runtuhan Bumbung Jejantas di Lebuhraya Perling-Pasir Gudang pada pukul 4.39 petang tadi. Runtuhan mengakibatkan kerosakan pada 2 buah kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal. Mangsa seorang pemandu lori yang tersepit akibat runtuha berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba. Mangsa telah diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Johor Bahru.
Sekalung tahniah kepada Anggota BOMBA dari BBP Johor Bahru kerana cepat memberikan bantuan pada mangsa yang terlibat. Ini adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan pada pihak BOMBA.
Berikut adalah keadaan terkini mengenai insiden yang berlaku dari JKR Johor. Maklumat lanjut bakal menyusul untuk kemudahan semua yang terlibat,
@matK_P @PetraJayaMP @ZulAzharCha @NelsonPung Laporan awal bahawa, bumbung jejantas runtuh akibat diterbangkan angin hujan lebat.
— JKR Johor (@JKRJohor) October 12, 2014
MKP telah mendapatkan penjelasan dari JKR Johor mengenai kejadian petang tadi, MKP berterima kasih pada JKR Johor kerana pantas menjawab di laman mikro Twitter. Faktor Cuaca tidak dapat dielakkan oleh sesiapa kerana ianya bukan dibawah bidang kuasa kita.
@matK_P @PetraJayaMP @ZulAzharCha @NelsonPung Kami akan dptkan laporan dari MBJB dan Laporan Penyelenggaraan.
— JKR Johor (@JKRJohor) October 12, 2014
Kami tlh mendapatkan kerjasama @seliaselenggara untuk kerja pengalihan dan kerja pemotongan besi bumbung. @PetraJayaMP @khalednordin
— JKR Johor (@JKRJohor) October 12, 2014
Pihak kami telah mendapatkan laporan awal, bahawa bumbung jejantas dan billboard runtuh bukan struktur jejantas. @PetraJayaMP
— JKR Johor (@JKRJohor) October 12, 2014
#Oppgangnam #GangnamMalaysia DEPA MINTA TAPI "Main Wayang' DIBELAKANG...?
Wayang tongkol telah lama dimainkan oleh Cauvanis ini, Namun masih ramai yang belum sedar atau meniliti sedalam dalamnya.Ini kerana ramai PunaiSihat yang kurang bijak menasihati bagi pihak Kerajaan.
Ianya terserlah di Pulau Pinang. Walaupun telah diberikan keistimewaan membawa Raja K-Pop PSY ke sini sebelum PRU-13 namun Barisan Nasional masih lagi gagal menawan Pulau Pinang.
Bagi pendapat MKP ianya berpunca dari kelemahan mengurus dari pihak Barisan Nasional Pulau Pinang itu sendiri. Nak kata apa kalau dah Ketua yang dok ada pun kurang cerdik berpolitik.
Persepsi orang Cina di negara ini lebih banyak 'main wayang' sudah menjadi duri dalam daging yang menghantui Barisan Nasional.
Mereka dikatakan menuntut macam-macam dari BN tetapi bila pilihanraya sokong Pakatan Rakyat.
Ini yang membuatkan kalangan ahli UMNO merasa resah bila contohnya masa kempen pilihanraya kecil BN umum pelbagai bantuan dan penuhi tuntutan dari kaum Cina.
Sebabnya bila keluar keputusan pilihanraya didapati sokongan saluran pengundi kaum Cina tetap kurang termasuk tempat dimana bantuan dicurahkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secara tidak langsung menyentuh sepintas lalu gejala ini dalam ucapan beliau ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur semalam.
Beliau menegaskan BN memerlukan sokongan lebih dari kaum Cina dan mereka tidak seharusnya menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan pula.
"Saya menyokong pelan transformasi MCA. Walaupun cuma ada dua pemimpin MCA dalam kabinet - yang itu bukan salah saya - mereka memainkan peranan dalam komuniti Cina.
"Oleh sebab itu apabila Datuk Seri Liow Tiong Lai (Presiden MCA) dan Datuk Wee Ka Siong (Timbalan Presiden MCA) minta, saya bagi. Saya cuba berlaku adil. Tetapi mungkin satu hari nanti saya boleh beri lebih. Tetapi saya perlukan orang Cina berikan lebih juga.
"Anda kenalah sokong BN. Anda tidak boleh menuntut dari BN tetapi menyokong Pakatan Pembangkang," katanya.
Najib dalam ucapannya juga berpesan kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu supaya menghentikan sebarang persengketaan yang kebelakangan ini menyelubungi parti itu.
"MCA janganlah bergaduh sesama sendiri. Cukuplah. Kalau asyik gaduh orang fed-up macam Pakatan di Selangor. Cukuplah. Saya pun susah. Nak pilih calon pun susah. Mereka kata orang ini ini adalah calom terbaik sebab dia menyokong saya.
"Sebagai pengerusi BN saya tal kenal setiap pemimpin. Calon DUN pun saya tak kenal setiap orang. Kemukakanlah calon terbaik.
"Kalau ada Team A, B dan C saya jadi keliru. Saya susah dan timbalan pengerusi BN pun susah.
"Masa depan MCA bergantung kepada perpaduan. Betul tak? Kalau kita dok bergaduh sesama kita orang akan fed-up macam Pakatan bergaduh di Selangor. Orang dah bosan.
"Jadi kita bersatulah. MCA kena bersatu dan kita bersama-sama jadi kuat. MCA kena ada halatuju. Ini penting sebab selama ini apabila bergaduh, parti hilang arah," katanya.
Najib berkata daripada maklum balas diterimanya dari kaum Cina bahawa MCA telah hilang arah.
Walau bagaimanapun Najib berkata beliau yakin di bawah kepimpinan baharu, MCA telah menemui arah itu dan sehubungan itu beliau akan menyokong pimpinan MCA yang sedia ada.
Mengenai isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Perdana Menteri berkata MCA tidak perlu risau sebab ia termaktub dalam Perlembagaan Negara.
Najib cuma berpesan supaya SJKC belajar Bahasa Kebangsaan dengan baik.
"Jangan guna Lu Gua lagi. Ikut macam Presiden MCA yang bertutur dengan fasih dalam Bahasa Kebangsaan," katanya.
Pada majlis itu Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM50juta untuk Koperasi Jayadiri MCA (KOJADI). Katanya KOJADI akan menjadi ejen bagi pihak kerajaan untuk membantu Industri Kecil dan Sederhana (PKS).
KOJADI adalah koperasi Cina yang pertama dipilih oleh Kerajaan untuk melaksanakan program Transformasi Kerajaan termasuk TUKAR dan ATOM.
KOJADI mempunyai track record cemerlang dan di antara hampir 11,000 koperasi di seluruh negara, KOJADI tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik. sumber dari AD
Subscribe to:
Posts (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat - SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim keempat Fami...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2014
(304)
-
▼
October
(36)
- SOKONG BOLA BAGUS TAPI JAGA DIRI.... @MyRapidKL
- PENAFIAN TELEFON PINTAR DIPANTAU @PDRMsia
- PULAU PINANG TENGGELAM......................?
- APA YANG MENARIK HARI INI.................?
- HIDUP ATAU MATI DIDALAM.....................?
- BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA @bombaJ...
- 'LET GET WET" PENANG STYLE
- Sabah Bakal Mendapat Hangar @Udara_JBPM @mpkotabel...
- Guna Twitter Minta Bantuan Perdana Menteri @NajibR...
- DEMI RAKYAT SELANGOR @AZMINALI PERLU AKUR....... @...
- HARAP SONGOK AJE PUTIH TAPI HATI.....................
- DEMO PUTRAJAYA MENGGANTIKAN #LANGKAHKENGKANG
- BILA TUAN GURU NIK AZIZ BERSUARA..............?
- PLEASE COME AND TOUCH B**B
- AMARAN DARI NKP @AzwanBro "JANGAN BESAR KEPALA"
- BURUNG DIMANA...? BURUNG DIDALAM SELUAQ MAKBAPAK H...
- RAHSIA SEBENAR KENAPA PEMBANGKANG MAHU MANSUHKAN ...
- Nincompoop Chief Minister! @MPkotaBelud @GoTeamRD
- 13 MILITAN (IS) MALAYSA DITAHAN SEMALAM........?
- DATUK AHMAD MASLAN & IPHONE6...
- Jangan Halau Kami, Diusir Tanpa Pampasan
- JEJANTAS RUNTUH DI JOHOR. @PetrajayaMP @JKRjohor @...
- #Oppgangnam #GangnamMalaysia DEPA MINTA TAPI "Main...
- GAMBAR MESYUARAT KABINET #BOCOR #Budget2015
- TERKINI..... BOM KEDUA DI BUKIT BINTANG SATU MAUT ...
- MENGAMUK DI PARLIMEN...... @MPKOTABELUD @GOTEAMRD
- @AzwanBro #Budget2015 Perlu Impak Kepada Golongan ...
- BOT TEMPUR TLDM CB 204 HILANG...... @ChiefofNavy @...
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada #Te...
- DEDAHAN RAHSIA ANWAR IBRAHIM MENGENAI #BLACK29 TER...
- #PolitikOnani & #Pelacur GAMATKAN MEDIA SOSIAL HAR...
- DARD " You Are The Best" @MpKotaBelud @GoTeamRD
- KISAH SEDIH : PELAJAR MISKIN Anak Yatim JATUH DARI...
- MINYAK RON 95 NAIK LAGI....20SEN SELITER..
- VIDEO RAKAMAN KETUA Unit Amal PAS PUKUL Safwan An...
- PAS PULAU PINANG HANYA MACAI DIMATA @LimGuanEng
-
▼
October
(36)