Wednesday, October 1

PAS PULAU PINANG HANYA MACAI DIMATA @LimGuanEng


Dah elok kalau jadi macam nie, Dulu nak bertahlul Siyasi sangat kononnya DAP boleh membela PAS di Pulau Pinang tapi sekarang dah terbalik jadinya. Mungkin ini balasan dari Allah kepada PAS.

Punya bersungguh memaki UMNO yang zahirnya sesama Islam.PAS perlu ingat bahawa DAP adalah Cauvanis mereka bertindak ala Diktator didalam rangka politik mereka.

PAS Pulau Pinang semalam menggesa kerajaan negeri supaya menarik balik pemecatan Anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Iszuree Ibrahim daripada semua jawatankuasa tetap pihak berkuasa tempatan (PBT).

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Fadzil Kemi berkata sebagai pemimpin PAS yang komited, Iszuree lantang menyuarakan isu berkaitan nasib penduduk di negeri ini.

"Isu yang dibangkitkan Iszuree pada Muktamar PAS (bulan lepas) melibatkan rakyat dan bukan memburuk-burukkan kerajaan Pulau Pinang. Perkara ini harus ditangani dengan bijaksana, perlu adakan perbincangan," katanya.

Iszuree, yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan PAS Ke-60 di Batu Pahat, Johor Baharu, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata beliau hanya membangkitkan isu rakyat sama seperti yang dilakukan pemimpin DAP atau PKR ketika mereka menghadiri perhimpunan agung parti masing-masing.

Sementara itu, Pengerusi Lujnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman berkata pihaknya mahu mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng berhubung isu tanah dan penduduk negeri ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive