Wednesday, October 1

MINYAK RON 95 NAIK LAGI....20SEN SELITER..


Nasib baik MKP hanya ada motor kapcai. Kalau pakai motor besar agak susah jugak nak kawal pembelanjaan yang kian meningkat. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kali terakhir harga RON95 disemak adalah pada September 2013.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

2 comments:

Unknown said...

Rakyat di dahulukan....kan.....kan.

Anonymous said...

Tahun ni je dah 2x minyak naik oleh kerajaan Ameno.Macai macam Mat Kilau Penang apa nak kisah kan.Janji ada masuk.... :)

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive