RAPID

Tuesday, October 7

@AzwanBro #Budget2015 Perlu Impak Kepada Golongan Muda @KhairyKJ


Pemuda UMNO melalui Naib Ketua Pemudanya Saudara Khairul Azwan Harun mahu #bajet2015 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan pada Jumaat ini mampu menjelaskan tujuan dan objektif penjimatan subsidi petrol. Saudara AzwanBro juga menyarankan kesesuaian perincian mendalam ke mana akan disalur kelak..?

Pemuda percaya penjimatan subsidi petrol boleh bantu generasi muda miliki rumah sendiri di pinggiran bandar dan peluang modal mula niaga.

Pemuda mahu banyak program baru diperkenal dlm #bajet2015 utk bantu generasi muda tangani isu kos sara hidup dan perumahan serta modal niaga.




Saudara Azwan tidaklah bersendirian dialam isu ini. Idea bernas ini telah dicadangkan oleh Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaluddin merangkap Menteri Belia dan Sukan pada sidang media 26 Ogos 2014 lalu. 
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan bandar belia di kawasan pinggir bandar bagi mengatasi masalah perumahan membabitkan golongan tersebut. 
Beliau berkata, projek berkenaan mampu direalisasikan melalui kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan pemaju swasta, selain projek perumahan awam sedia ada yang dibangunkan kerajaan. 
"Masalah utama golongan ini adalah (selama ini) mereka tidak mahu tinggal dipinggir bandar kerana kurangnya kemudahan seperti pusat beli-belah, sukan, hiburan". 
"Jika bandar belia dapat diwujudkan dengan harga rumah yang lebih murah di bawah RM150,000, ia mampu menarik minat golongan belia untuk tinggal di kawasan tersebut, sekali gus dapat memajukan kawasan pinggir bandar," katanya. 
Beliau berkata satu memorandum akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan cadangan tersebut diharap dapat dimasukkan dalam Bajet 2015.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive