Saturday, October 25

Sabah Bakal Mendapat Hangar @Udara_JBPM @mpkotabelud @bombaJBPM @KP_bombaJBPM #SabahFM @kpkt_gov


Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dijangka mempunyai hangar helikopter sendiri tahun depan, kata Menteri Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
Beliau berkata dengan memiliki hangar sendiri, jabatan itu akan dapat menubuhkan satu skuadron helikopter bagi melakukan operasi di lokasi yang tidak dapat dihubungi melalui jalan raya.

 
"Beberapa tempat (di Sabah) dicadangkan sebagai lokasi pembinaan hangar ini. Kota Kinabalu paling sesuai kerana ia terletak lebih hampir dengan kawasan terpencil seperti Gunung Kinabalu dan Banjaran Crocker.
 
"Bagaimanapun, kami bersikap amat liberal dari segi lokasi hangar ini kerana ia tidak memerlukan landasan," katanya kepada pemberita selepas program temu bual bersama saluran radio RTM, Ekspresi Sabah FM, di sini hari ini.
 
Abdul Rahman berkata ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mempunyai sebuah helikopter MI-17 buatan Rusia, yang ditempatkan di hangar Sabah Air Aviation Sdn Bhd di sini, yang telah memberi perkhidmatan di Sabah dan Sarawak sejak lebih 10 tahun lepas.
 
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya sebuah lagi helikopter tugas berat sebagai sokongan kepada helikopter sedia ada," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive