Sindiket Dadah Ditumpaskan, Dua Lelaki Ditahan di Johor Bahru
-
Johor Bahru – Tak kira bagaimana liciknya taktik mereka, akhirnya sindiket
pengedaran dadah yang membungkus serbuk ekstasi dalam sampul menyerupai
mata wan...
Thursday, October 16
13 MILITAN (IS) MALAYSA DITAHAN SEMALAM........?
Apa dah jadi dengan anak muda malaysia terjebak dengan kegiatan Militan IS yang berjaya memikat hati anak muda ini. Dari apa yang diperhatikan oleh MKP mereka ini agak terpelajar dan bukanlah calang-calang yang terjebak. MKP bukan nak memperlekehkan tindakan mereka tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan kegiatan ini.
Ulasan yang telah dibuat oleh rakan media MKP ini memang terbaik mengenai IS ini. MKP agak bimbang dengan keadaan semasa yang berlaku.
Berita AP itu melaporkan Amerika Syarikat akan mengetuai kempen tersebut selepas Obama dengan ketua angkatan tentera lebih 20 negara berkumpul bagi menunjukkan kesatuan dalam usaha menentang IS.
“Di peringkat ini, 60 negara bersetuju menyumbang kepada pakatan ini termasuk 20 wakil negara yang hadir pada hari ini.
“Antaranya, Iraq, negara-negara Arab, Turki, sekutu NATO dan rakan-rakan dari seluruh dunia. Jadi ini adalah operasi yang melibatkan dunia menentang IS,” kata Barack Obama.
22 Julai lalu saya menulis mengenai strategi kumpulan Negara Islam Iraq dan al-Sham (ISIS) menawan Iraq dan meramalkan ancaman besar kepada umat Islam.
Di dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi mengenai apa, siapa dan mengapa Negara Islam ini.
Ia merupakan persoalan asas supaya kita tahu dipihak mana kita hendak memposisikan diri dalam konflik besar akan datang tidak lama lagi.
Jika susul balik semuanya berakar dari 'Arab Spring' revolusi media baru yang menjatuhkan beberapa kerajaan authoritarian negara Arab-Afrika.
Tunisia, Mesir, Libya mangsa teknologi yang menggerakkan rakyat melawan kerajaan authoritarian dan berjaya tapi tanpa penyelesaian, selepas rejim jatuh, siapa yang berkuasa...?
Barat melihat peluang yang ada untuk menjatuhkan rejim Bashar al Assad yang menguasai Syria sejak zaman ayahnya Hafiz Al Assad.
Bashar adalah pemimpin yang tidak tunduk pada Amerika, beliau memimpin Syria sebagai negara anti blok Barat dan lebih cenderung pada Iran, Russia dan China.
Selain itu, Bashar bermazhab Syiah, yang minoriti tapi menguasai Syria, jadi dibuat satu gerakan rahsia menjatuhkan kerajaan beliau.
Media Barat mengapi-apikan rakyat Syria yang bermazhab Sunni untuk bangkit menentang Bashar tapi tidak berjaya kerana pemimpin Sunni Syria Dr. Said Ramadan Al Buti menyokong kerajaan Bashar.
Sehinggalah satu hari 21 March 2013 Said Ramadan terbunuh dalam satu letupan bom, dalam masjid, dilakukan oleh penyerang misteri.
Selepas gagal mempengaruhi Sunni melawan Bashar di Syria, Blok barat menggunakan CNN, BBC, Al Jazeera untuk memomokkan kekejaman Bashar kepada penentangnya dan 'memanggil' kaum jihadist seluruh dunia berjuang menentang diktator Bashar.
Amerika, NATO dan Turki menutup sebelah mata ketika jihadist salafi berbondong-bondong ke Syria melintasi sempadan Turki dan Lubnan.
Rancangan mereka adalah supaya Bashar jatuh seperti USSR jatuh di Afghanistan apabila mujahiddin seluruh dunia berkumpul dan melawan USSR.
Kumpulan jihadist salafi yang anti Syiah berkumpul dan berperang di Syria, mereka ini terpecah kepada banyak kumpulan.
Sehinggalah kumpulan serpihan Al Qeada di Iraq melihat 'aosis' di Syria dan campur tangan di sana berdasarkan pengalaman perang mereka di Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein.
Kumpulan ini diketuai Abu Bakar Al Baghdadi (Khalifah Ibrahim) yang dengan cepat merebut peluang dan menang banyak pertempuran.
Ini kerana mereka sudah masak dengan taktik perang gerila selepas kejatuhan Saddam dan kemudian menjadi kumpulan paling berpengaruh dan menyatukan kumpulan-kumpulan lain.
Kebodohan Amerika dan Nato adalah memandang rendah kebijaksanaan kumpulan Al Baghdadi yang ketika itu namanya Negara Islam Iraq dan Syam (ISIS).
Amerika mahu menunggang ISIS untuk jatuhkan Bashar, tapi ISIS ada agenda lain, dalam perjalanan menuju Syria mereka menawan mukim, daerah, negeri dan mengawalnya melalui pemimpin tempatan yang patuh kepada undang-undang mereka.
ISIS menguasai setiap laluan mereka dari Iraq ke Syria, membuat diplomasi, berunding dengan ketua kabilah dan puak, melaksanakan undang-undang sendiri seperti kerajaan kepada sebuah negara.
Pemimpin ISIS al-Baghdadi seumpama Alexander The Great meninggalkan 'benih' Rom di setiap laluannya dan 'benih' menjadi pokok dan kemudian hutan.
al-Baghdadi dan kumpulannya yang semakin menguat kemudiannya kembali ke Iraq dengan sumber baru hasil dari rampasan perang, berunding dengan kumpulan pro Saddam dan menawan Mosul, bandar kedua Iraq dalam masa enam hari tanpa perlawanan hebat Jun 2014.
Dunia terkejut selepas mengetahui ISIS menguasai kawasan seluas Jordan dari Iraq ke Syria dan mengisytihar kawasan ditadbir mereka sebagai Negara Islam.
Ia merupakan perubahan taktikal paling besar dari sebuah kumpulan militan menjadi kerajaan dan pemimpinnya al-Baghdadi menukar nama menjadi Khalifah Ibrahim dan berkhutbah menyeru 'saudara-saudara' Islam sedunia ke Negara Islam.
Negara Islam bukan lagi nama kumpulan sebaliknya adalah nama kepada satu NEGARA sebesar Jordan dan Perdana Menterinya dipanggil Khalifah Ibrahim.
Apabila ini berlaku empat bulan lalu, Amerika melihat ia hanya soal kecil dan IS tidak mampu mentadbir sebuah NEGARA. Kini terkejut dengan kecepatan IS memperluaskan jajahannya sehingga ke Kobani sempadan Turki.
IS berkembang dan ribuan 'saudara-saudara muslim' datang dari seluruh dunia untuk tinggal dalam Negara Islam yang khalifahnya orang AlQaeda.
Di Malaysia juga fenomena ini sampai, sebab itu kita lihat, puluhan (mungkin ratusan) rakyat negara ini ke IS atas berbagai tujuan.
Ada yang pergi untuk berperang, ada yang hendak jadi doktor, ada yang nak jadi arkitek, banyak kerja kosong dalam kerajaan yang muda.
Ada lelaki, ada perempuan, mereka 'menyahut' panggilan Khalifah untuk bernaung di bawah Negara Islam dan inilah punca kekuatan IS.
Amerika akhirnya sedar IS ancaman yang serius selepas melihat panggilan itu disambut, ia bimbang keadaan semakin tidak terkawal dan kini mahu membentuk pakatan memerangi IS.
Inilah masalah dengan Amerika, tahi dia buat, satu dunia kena cuci, dari Khomeini, Saddam, Al Qaeda dan sekarang Negara Islam.
Sebulan dua akan datang kita akan lihat kawasan dalam jajahan IS akan dibom, setiap hari, dan orang awam yang tidak berdosa, seperti selalu, menjadi mangsa.
PBB akan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai ini atas nama 'memerangi militan' tapi melupakan militan ini dicipta oleh blok Barat dan media antarabangsa yang dikuasai mereka.
Sekali lagi negara seperti Malaysia akan berada dalam dilema, apakah ia mahu menyokong Amerika atau berkecuali... dari segi dasar luar negaranya.
Menyokong Amerika akan menyebabkan kemarahan rakyat, berkecuali akan menyebabkan kemarahan Amerika (ingat balik Amerika sokong Pakatan Rakyat PRU13).
Kenapa Amerika mahu PR menang PRU13...? sebab kerajaan BN ini tidak dianggap sekutu Amerika seperti kerajaan PAP di Singapura.
Malaysia tidak menyertai pakatan Amerika menyerang Iraq ketika perang yang pertama dan kedua.
Sekian tulisan saya mengenai IS siri kedua, nanti akan ada lagi siri-siri lain, seperti dari mana asal muasal kumpulan jihadist yang menguasai Negara Islam ini.
Ini penting untuk kita berkongsi, supaya jelas siapa yang kita sokong dan kenapa kita sokong, siapa yang kita lawan dan kenapa?.
Pendirian saya mengenai IS, mesti dicegah ke akar umbi, dengan tindakan hinggalah kepada idealogi salafi yang memberikan 'roh' kepadanya.
Menyokong Khalifah Ibrahim tidak menjadikan kita lebih baik sebagai seorang Islam... ini fatamorgana dengan menjual nama Negara Islam.
Sesiapa saja boleh mendakwa mereka adalah 'Tentera Tuhan'... hakikatnya hanya Tuhan mengenal tenteranya.-
15/10/2014 OLEH HELME HANAFI AG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? - RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin h...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2014
(304)
-
▼
October
(36)
- SOKONG BOLA BAGUS TAPI JAGA DIRI.... @MyRapidKL
- PENAFIAN TELEFON PINTAR DIPANTAU @PDRMsia
- PULAU PINANG TENGGELAM......................?
- APA YANG MENARIK HARI INI.................?
- HIDUP ATAU MATI DIDALAM.....................?
- BUDAK PEREMPUAN 11 TAHUN DITELAN ULAR SAWA @bombaJ...
- 'LET GET WET" PENANG STYLE
- Sabah Bakal Mendapat Hangar @Udara_JBPM @mpkotabel...
- Guna Twitter Minta Bantuan Perdana Menteri @NajibR...
- DEMI RAKYAT SELANGOR @AZMINALI PERLU AKUR....... @...
- HARAP SONGOK AJE PUTIH TAPI HATI.....................
- DEMO PUTRAJAYA MENGGANTIKAN #LANGKAHKENGKANG
- BILA TUAN GURU NIK AZIZ BERSUARA..............?
- PLEASE COME AND TOUCH B**B
- AMARAN DARI NKP @AzwanBro "JANGAN BESAR KEPALA"
- BURUNG DIMANA...? BURUNG DIDALAM SELUAQ MAKBAPAK H...
- RAHSIA SEBENAR KENAPA PEMBANGKANG MAHU MANSUHKAN ...
- Nincompoop Chief Minister! @MPkotaBelud @GoTeamRD
- 13 MILITAN (IS) MALAYSA DITAHAN SEMALAM........?
- DATUK AHMAD MASLAN & IPHONE6...
- Jangan Halau Kami, Diusir Tanpa Pampasan
- JEJANTAS RUNTUH DI JOHOR. @PetrajayaMP @JKRjohor @...
- #Oppgangnam #GangnamMalaysia DEPA MINTA TAPI "Main...
- GAMBAR MESYUARAT KABINET #BOCOR #Budget2015
- TERKINI..... BOM KEDUA DI BUKIT BINTANG SATU MAUT ...
- MENGAMUK DI PARLIMEN...... @MPKOTABELUD @GOTEAMRD
- @AzwanBro #Budget2015 Perlu Impak Kepada Golongan ...
- BOT TEMPUR TLDM CB 204 HILANG...... @ChiefofNavy @...
- Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada #Te...
- DEDAHAN RAHSIA ANWAR IBRAHIM MENGENAI #BLACK29 TER...
- #PolitikOnani & #Pelacur GAMATKAN MEDIA SOSIAL HAR...
- DARD " You Are The Best" @MpKotaBelud @GoTeamRD
- KISAH SEDIH : PELAJAR MISKIN Anak Yatim JATUH DARI...
- MINYAK RON 95 NAIK LAGI....20SEN SELITER..
- VIDEO RAKAMAN KETUA Unit Amal PAS PUKUL Safwan An...
- PAS PULAU PINANG HANYA MACAI DIMATA @LimGuanEng
-
▼
October
(36)
5 comments:
Kan lagi bagus kalau sampah2 macam ni dibiarkan pergi "berjuang" lepas tu mati katak ( bukan syahid!!). Win-win untuk kita. Diorang happy dapat mampus dan kita happy sampah berkurangan!
Hanya satu tindakan yang kita perlu ambik dan berjaga2 adalah jika sampah2 ni TAK MAMPUS di luar negara.
Kalau diorang nak balik, baru kita humban dalam penjara.
cc: Kementerian Dalam Negeri
Kementerian Pertahanan
Jabatan Imigresen
eNGKAU ORANG TAK TAHU APA2 MENGENAI IS MAHUPUN MUJAHIDIN TAK PERLU ULAS KERANA ULASAN KAUORANG ITU CEDOK DARI MEDIA MANA YANG TAK ADA ASAS YANG TEPAT.PERGI KE SYRIA ATAU IRAQ TU DULU BARU KORANG TAHU KISAH SEBENAR MENGAPA BERLAKU PEPERANGAN MAHUPUN KEBANGKITAN AHLI SUNNAH DALAM MENENTANG KEZALIMAN PUAK KUFAR.
1:56PM...Kau tu lagi tak tahu apa2.
Orang macam kau yang ingat kau tu cerdik pandai tetapi hakikatnya pengetahuan terlalu cetik dan terpesong. Kau ingat hanya kau saja yang mengetahui dan kau saja yang betul? Baru pergi satu dua negara dah ingat bagus la tu. Bukak MATA sikit. Dunia ni lebih besar dari itu.
Ingat IS takde membunuh kanak2 yang tidak berdosa?
Ingat penyeselesaian segala masalah dalam dunia ni adalah untuk MEMBUNUH dan MATI SHAHID?
Ajaran SESAT!
masa israel serang palestin negara2 arab takde pun nak serang israel. ..mengapa time IS ni negara2 arab nak turut serta ? heran lak rasanya. lagi satu ada hadis nabi yg maksudnya nasrani dan yahudi takkan redo dengan islam . maknanya kalau nasrani dan yahudi nak serang IS , IS tu islam la ..kut ada pandangan lebih bernas
kenapa IS tak serang isreal kan ke senang
Post a Comment