Thursday, October 23

HARAP SONGOK AJE PUTIH TAPI HATI........................?


Kenyataan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila mengumpamakan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti “anjing menjelirkan lidah” dibidas sekeras-kerasnya Pemuda Umno Wilayah Persekutuan.



Ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii (gambar) berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan sahaja memalukan malah ‎secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Lebih daripada itu katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekehkan orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanist (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan kepada The Malaysian Insider.

Beliau merujuk kepada ‎entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis: 
"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"
Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan “tidak haram menyentuh anjing” selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Semalam, beliau menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan “fatwa mengampu” demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," tambahnya.

Razlan hari ini memberi amaran kepada Nga berhenti daripada mempergunakan kenyataan Asri itu untuk memburukkan agama Islam.

"Pemimpin DAP itu perlu berhenti daripada terus memperlekehkan umat Islam lain," katanya.

Beliau juga berkata, Asri sepatutnya memberi nasihat yang jelas tanpa perlu mengelirukan lagi umat Islam.

"Sebagai tokoh agamawan, Asri sepatutnya memberi penjelasan dengan lebih terbuka, tanpa adanya percanggahan menyebabkan kekeliruan," katanya.

Razlan juga mendakwa kenyataan bekas mufti itu hanya semata-mata ingin meraih perhatian tanpa mempedulikan kepentingan umat Islam.

"Sebagai umat Islam, kita semua tahu anjing itu boleh dipegang dalam keadaan kering, namun tidak boleh dalam keadaan lembab. Hukum tetap hokum, mana boleh dipermainkan.

"Sebab itu saya mempersoalkan kenapa beliau perlu mengkritik dengan perkataan menyakitkan hati? Sebagai ikon agama, bila beliau menyatakan demikian, orang chauvinist mula mengambil kesempatan.

"Dan bagaimana pula kaum lain hendak tertarik dengan Islam kalau ulama kita pun berbeza-beza pandangan?" katanya.

Oleh sebab wujudnya pandangan yang berbeza antara ulama inilah katanya, Pemuda Umno dalam Perhimpunan Agung Tahunan tahun lepas meminta Putrajaya mewartakan mazhab Shafie.

"Kita minta kerajaan wartakan mazhab Shafie tahun lepas sebab kita tidak mahu ada kekeliruan," kata Razlan.

10 comments:

Anonymous said...

songkok hitam.... hati belum tentu hitam.....

Anonymous said...

Kisah ilmuan yg dimisalkan sbg anjing dlm ayat ayat 175-177 Surah Al A'raaf ni adalah merujuk kpd golongan berilmu yg mengetahui kebenaran tp mendustakannya kerana lbh mengutamakan dunianya, pangkat, harta dan kedudukan. Ditujukan kpd ilmuan, pendeta, rahib Yahudi Nasara yg mengetahui kebenaran dakwah Nabi saw tp ttp mendustakannya demi mempertahankan kedudukan, kemuliaan dan pndgn tinggi terhdp mrk diklgn pengikut pengikutnya.
Dikalangan ulama' Islam, mana ada yg mendustakan kebenaran dakwah Nabi kita saw, jika ada tu dah jadi kufur, bukan ulama' lg dah. Jika sekedar berbeza pendapat dan ijtihad ttg isu anjing ni, takkanlah sampai nak dianjingkan pulak, mmg lah melampau, emo berlebih. Kan ke ciri org yg bertaqwa tu alkazimin alghaiz wal'afina'aninnas (menahan marah dan pemaaf). MAZA ni tak nak jadi org bertaqwa ke ?

Anonymous said...

nga kor meng lu belajar lah pasal islam dulu, lu dengar dengar cakap olang mana boleh, islam tak terima itu,,itu asri pun jangan ingat lu ada ilmu ugama tinggi, kalu lu tak tahu apa itu najis berat sama najis ringan, lu samakan taik dengan najis berat anjing lu patut semak balik lu punya nota ugama..lu pun paham kalau ada keprluan boleh guna anjing, tapi anjing yang di didik untuk memburu untuk menjaga keselamatan..tapi bukan pet..ulang bukan pet lah..itu kalau pet anjing punya air liur, anjing pinya hingus, anjing punya tapak kaki, itu semua ada gelenti kering ke..lu asri jual ugama sebab lu ingat lu hebat tapi, lu belum cukup hebat..jangan kasi kacau aqidah umat islam lah...

Anonymous said...

perumpamaan anjing itu adalah dalam AlQuran.

nak marah Dr MAZA buat apa?

kenapalah buta hati sungguh songkok hitam ni?

jawab said...

1. ulamak yahudi/nasrani je yg jahat? ulamak islam tak de? imam malik kene siksa tu ulamak mane yang cucuk khalifah? imam shafie kene siksa tu ulamak mane yang cucuk khalifah? tu baru 2 contoh.
2. yang percaya kor ming tu buat ape? sape2 pun boleh copy paste ayat yang sokong diri sendiri. baru dap evangelist provoke dah melayu islam bergaduh.

Anonymous said...

...alahai dr maza, saya cuba berlapang dada tetapi dr maza yg arif pun pilih2 buat komen.

berdasarkan pemahaman saya, komen beliau pasal anjing ni - dia duduk atas pagar! betul lah perbezaan pendapat tu, tapi tak dinyatakan selalu absolute mazhab Shafi'e yg khusus di ikuti di sini. Full stop la..

Tak perlu berdolak dalik, kita bukan duduk kat afrika ke nak ikut mazhab Hanafi ke, Hambali ke...
Mungkin kerana dirinya; cenderung nak letak kacamata akademik, nampak le canggih sikit ye..,

Quran 'supercede' kitab2 terdahulu dan hadith sbg panduan, utk memudahkan dan jelas.

Yang dr maza yg arif go left right north south macam nak bagi perspektif utk seluruh masyarakat dunia buat apa? Oh..saya terpaksa buat telahan..dia nak 'playsafe' tak nak kacau geng sendiri?

Lepas tu buat statement mengumpamakan seolah2 ulama lain membelakangkan kebenaran? Apa yg dr maza katakan mengenai kebenaran 'kawan' seperjuangan.

Kalau ahli agama 'act like one la, but not a politician lah...'

Anonymous said...

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adakah-pemuda-umno-wilayah-persekutuan-benci-al-quran-soal-asri

Anonymous said...

Lu cita bergegar ini dunia la.. lu ada dengar ka ini MAZA ckp apa? Jgn bikin kecoh kalo xdengar la kawan.. ini MAZA cita manyak complete ma... cukup dgn hadis... lu sendiri mau tunjuk pandai sama ulama ka? Blk semak lu punya nota agama... adess, penat taip ikot bahasa bodoh ko ni... lainkali nk tunjuk panfai, kaji bg habis apa org ckp... jgn dgr sebelah pihak... ko tu yg jgn nk rosakkan aqidah org lain dgn buruk2 kan ulama... bodo xleh ajar ko nie. ..

Anonymous said...

Kalau xnk blaja atau ambil tau pasal mazhab lain, ko xlayak utk jejak ke tanah suci kawan... sana mcm2 mazhab ko jumpe kawan... kalo ko pegi tanpa amik tau, silap2 abih ko sound org kt sana kononnye salah bagai... MAZA bgtau bkn nk pihak pada mane2, tp nk bgtau khilaf tu... tu sbb de byk mazhab... perbezaan mazhab... bezanya, kite ikot mazhab yg lebih tegas... de mazhab xtegas...

Anonymous said...

Dah terlampau byk free time ke yg nak berpelok dgn hanjeng? Animals are unpredictable mayb it shud munch few of them at the event it will b interesting to watch. See what excuse they gonna give. Kmdn kena rabies ke ,,d gigit d leher terkehel ke mmppphh really it wud be interesting to watch...

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive