Monday, October 6

BOT TEMPUR TLDM CB 204 HILANG...... @ChiefofNavy @MyKamarul @Tldm_Rasmi


Bot tempur TLDM CB 204 dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau.

Posisi terakhir CB 204 adalah pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum kira-kira pukul 1.05 petang tadi.

KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan telah berlepas dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.

Pada jam 10.30 pagi Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) telah menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur  itu akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk.

Namun pada jam 1.05 petang, kapal itu telah gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.

KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.

KD Serang dan KD Lekiu ditugaskan menyertai operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive