Wednesday, January 19

Anuar,Kenapa Cakap Cam Tue.Takut?


Sebelum nie dok gempaq sakan nak ajak PM debat selepas reaksi ganas DS Najib awat dok tarik hand break pulak memang dah dasar munafik.Tue la pasal dok suka sangat lubang kunyit pasal tue jadi macam nie.

ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama



Calon BN N05 Tenang.Berjanji Memberi Yang Terbaik.




Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Mohd Azahar Ibrahim, meminta pengundi kawasan tersebut memberinya peluang untuk berkhidmat kepada mereka. 

Beliau yang diumumkan sebagai calon BN hari ini oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berjanji untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada pengundi DUN Tenang tanpa mengira latar belakang kaum dan agama mereka.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada penduduk. Saya akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan," katanya pada majlis pengumuman calon BN di pejabat UMNO Bahagian Labis di sini, hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau akan berusaha untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum di DUN Tenang. 

Azhar yang dilahirkan di Labis, berkahwin dengan Tuty Roshizana Tumin, seorang surirumah. 

Beliau memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1993 dan ijazah Sarjana Politik (Kepujian) daripada Porthmouth. 

Mohd Azahar berkata, jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Tenang beliau akan turun padang meninjau keperluan rakyat bagi memastikan pembangunan yang pesat bagi kawasan itu. 
Pengalamannya bertugas dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Johor memberikan pengetahuan meluas di dalam selok-belok mengenaisoal pembangunan masyarakat di sesuatu tempat. 

Sejak 2006, beliau bertugas sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dan sebelum itu sebagai Penolong Pentadbir Tanah Segamat dan Penolong Pentadbir Tanah Kluang. 

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai anggota kakitangan Perkhidmatan Awam Johor. 

"Pengalaman bertugas sebagai pegawai penolong pentadbir tanah di beberapa daerah memberikan saya pengetahuan luas tentang keperluan rakyat di dalam soal pembangunan," katanya. 

Pada 2004 hingga 2008, Azahar adalah Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Labis dan bagi tempoh sama juga menjawat jawatan ketua UMNO Cawangan Kampung Paya Merah, Labis. 

Selain itu, beliau turut bergerak aktif di dalam pertubuhan kebajikan di DUN Tenang dan Rengit. 

Pilihan raya kecil DUN Tenang itu akan diadakan pada 30 Januari berikutan kematian penyandang kerusinya, Datuk Sulaiman Taha, pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis. 

Proses penamaan calon akan diadakan Sabtu ini. 

Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,492 undi. 

Tenang mempunyai 14,753 pengundi berdaftar terdiri 7,014 Melayu, 5,766 Cina, 1,780 India dan selebihnya kaum lain. 

Mat kilau kata PAS pasti akan tercabar kerna mereka menjangka calon perempuan.

Tuesday, January 18

Al-kisah Pak Kob Di Lebuh Melaka.









Bertempat di 153 lebuh Melaka Georgetown Pulau Pinang pada jam 3 pagi ahad terjadi satu malapetaka melanda kepada warga emas yang dikenali sebagai Pak kob dan isteri serta dua cucunya atas insentif membantu masyarakat setempat serta kebajikan warga emas.Pemuda UMNO Bahagian Tanjong turun padang melawat tapak tempat kebakaran serta menyalurkan bantuan.

Rombongan kami di ketuai oleh saudara Nizam Hashim,Naib Ketua Pemuda Bahagian Tanjong,Rahman Makhtum,Pengerusi Kebajikan Pemuda Umno Bahagian Tanjong.
Oh Tong Teong,Pegawai Penyelaras Kadun Padang Kota(GERAKAN),Loh Chye Teik(MCA)Penyelaras Kadun Komtar.


Setibanya kami disana disambut oleh isteri Pak Kob yang lebih mesra dengan pangilan mami biasalah anak jati Pulau Pinang,kami berkongsi cerita sedih menghayat hati.keluarga Pak Kob tinggal sehelai sepinggang akibat kejadian tersebut kerana api marak terlalu cepat almaklum rumahnya kebanyakkanya didirikan dari kayu


Kami terkejut dari apa yang diceritakan oleh mami wakil dari DAPig telah bertemu beliau dan soalan yang pertama yang ditanya oleh wakil tersebut ialah makcik sebelum nie undi siapa?jawapan yang diberikan oleh mami ialah BARISAN NASIONAL atau TIMBANG.

Wakil tersebut mulalah memasang perangkap yang diajar oleh ketua menteri paling musibat dalam sejarah Pulau Pinang.`kalau makcik undi pakatan haram dimasa akan datang dan memberi biodata dan menjadi ahli,sekarang kami akan bagi bantuan apa yang diminta wakil tersebut hanya menanam tebu dibibir mulut akan tetapi hasilnya hampas itulah taktik licik yang memperdaya warga emas yang dihimpit kesusahan.


Mr Loh Chye Teik menyegerakan penyambungan elektrik serta air bagi memulihkan rumah sepupu pak kob yang terletak bersebelah yang kelihatan agak usang.

Agak menyedihkan kerana bantuan meminta lori untuk mengangkut sampah akibat kebakaran tersebut yang sepatutnya diberikan secara percuma dan serta kebajikan rakyat yang dilaungkan oleh DAPig akan tetapi seumpama meminta sedekah ditepi jalan.banyak birokrasi yang dilakukan oleh pegawai MPPP.Kena mendapat pengesahan dari tanya pihak kerajaan Negeri dulu.dengan rasa kecewa Mr loh mengambil insentif lain bagi membantu membersihkan sampah tersebut.


Pihak Pemuda UMNO menyerahkan bantuan berbentuk perbelanjaan bagi membiayai pakaian sekolah kedua cucu Pak Kob serta bantuan kewangan dari pihak ICU Jabatan Perdana Menteri bagi meringankan beban yang ditanggung.Kami berjaya menyelesaikan dalam masa dua jam.

Peralatan sekolah cucu yang sempat diselamatkan

Pak Kob bersyukur serta terharu dengan apa yang dilakukan oleh pihak BARISAN NASONAL baginya masih ada pihak yang prihatin nasib yang menimpanya serta keluarganya.

Mat Kilau akan mendedahkan lagi apa yang berlaku ditampalan akan datang.             

Monday, January 17

Ciri-Ciri Calon Pilihan Raya.

.

Pembangkang yang wujud dalam blok yang agak besar pada awalnya, diharap menjadi pembangkang yang mampu mengimbangi kuasa kerajaan dengan idea-idea bernas akhirnya gagal menggunakan kesempatan yang diberikan oleh rakyat dengan hanya berpolitik dan sibuk tuduh-menuduh sehingga Perlembagaan Negara dicabul.

Janji dan manifesto untuk membela rakyat pupus dibawa angin lalu. Modal air liur sahaja yang tinggal untuk menawan pengundi.

Inilah asas bagi pemilihan calon pilihan raya oleh BN jika mahu dipilih semula oleh rakyat yang sudah lali dan jelak dengan pemimpin yang hanya pandai menjanjikan bulan dan bintang, namun janji tergadai, ladang lembu menjadi kedai.

Itulah nasib penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang setelah terkena penangan janji manis pembangkang yang merampas tanah yang dijanjikan untuk 'dibebaskan' dari projek pembangunan.

Ciri pertama, pemimpin yang hendak dipilih biarlah yang pandai berjanji perkara yang logik dan diterima akal yang waras agar tidak dikatakan pemimpin lidah bercabang di kemudian hari.

Pemimpin yang waras adalah pemimpin yang tahu membezakan antara kepentingan diri dan kepentingan rakyat yang diwakili. Jika bercakap, jangan manis di mulut sehingga sanggup menyeleweng ajaran dan agama orang lain serta menggertak Perlembagaan Negara yang menjadi asas kewujudan Malaysia sebagai negara Islam paling membangun di dunia.

Ciri kedua, wakil rakyat yang sesuai dipilih bukan hanya pandai berbicara isu mikro (setempat), malah isu makro seperti ekonomi dan Perlembagaan Negara juga perlu cair di mulut.

Pemimpin yang dipilih sebaiknya biarlah pemimpin setempat yang tahu tali air mana ada ikan puyu dan di mana tempat napuh melintas. Pemimpin payung terjun yang tidak direstui UMNO Bahagian perlu dihindari daripada menjadi calon.

Jangan pula memilih pemimpin yang menjadi burung kakak tua dan pandai bersalam kemas tetapi selepas pilihan raya, bayangan songkok dan gincu merah tinggal jadi kenangan semata-mata.

Kelulusan tinggi sampai ke langit tidak perlu kerana ia hanya akan mewujudkan jurang antara wakil rakyat. Ini kerana rakyat hanya mahu tahu apa yang mereka boleh dapat dari Yang Berhormat dan bukan berapa Yang Berhormat hendak dari projek kelas F mereka.

Ciri ketiga pemimpin yang berhak dipilih oleh pucuk pimpinan, pilihlah calon yang tahu mengenang budi orang yang membantu parti selama ini terutama 'gurkha-gurkha' parti yang bersengkang mata dan sanggup bertegang urat mempertahankan pemimpin mereka setiap kali kempen pilihan raya.

Begitu juga dengan pengundi, mereka perlu diberi sumbangan dengan menunaikan janji pilihan raya yang dibuat, bukannya memberi pelbagai alasan untuk tidak mengotakan manifesto.

BN perlu bersifat realistik dalam menarik sokongan rakyat dan jangan berjanji kepada rakyat berlebih-lebihan, kelak ia akan menjadi obesiti manifesto yang menyebabkan penyakit munafik dalam diri sepanjang menjadi Yang Berhormat, apabila berjanji tidak ditepati dan menyembunyikan fakta demi meraih undi.

Ciri keempat dan paling penting, pilihlah pemimpin yang berintergriti dan bersih dari skandal mikro dan makro kerana pemimpin sebegini akan menjadi liabiliti kepada parti apabila beliau dicalonkan semula.

Masih ramai pemimpin muda yang boleh diberi peluang untuk menjadi calon dalam pilihan raya. Semangat Harimau Malaya perlu diterapkan dalam kerajaan kita.

Jangan takut memberi peluang kepada orang muda kerana karisma Perdana Menteri kita bukan dicipta sehari semalam. Beliau menjadi pemimpin besar dari usia muda sehingga kini.

Suara orang muda yang optimis perlu diberi ruang dan peluang kerana pihak parti pembangkang menggunakan formula ini dengan jayanya sehingga calon yang baru setahun jagung dalam politik mampu menewaskan pemimpin politik yang begitu berpengalaman.

Ciri terakhir dan paling penting, pilihlah calon yang mesra dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan. Pemimpin perlu menghormati raja mereka dengan ikhlas, kerana tanpa institusi raja maka perjuangan untuk agama dan bangsa hanyalah perjuangan sia-sia.


 Perjuangan untuk mendaulatkan institusi raja perlu ada agenda yang tersurat dan bukannya tersirat.

Mat Kilau:PAS-PIS_PUS memilih calon wanita Normala Sudirman anak kepada peneroka Felcra.Adakah UMNO akan pilih calon wanita juga? 

Sunday, January 16

Alahai!!! Nasi Lemak Tidak Halal?



BAYAN BARU – Kesal atas tindakan pengusaha nasi lemak bukan Islam yang memalsukan logo halal, lebih 100 ahli Pertubuhan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) Pulau Pinang mengadakan bantahan dan membuat laporan polis di Balai Polis Bayan Baru di sini, semalam. 

Pengerusinya, Sabaruddin Ahmad mendakwa, ada pengusaha bukan Islam menghantar nasi lemak berlogo halal palsu ke gerai – gerai Melayu untuk diijual di sekitar kawasan ini. 

“Logo halal yang dicop pada pembalut nasi lemak itu tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan ada peniaga yang membuat aduan kepada kami agar perkara ini diketengahkan. 

“Kami berasa dipermainkan kerana logo halal palsu digunakan bertujuan untuk mengaburi mata pelanggan beragama Islam,” katanya. 

Sabaruddin berkata, nasi lemak berharga RM1 sebungkus itu turut diedarkan di sekitar Jalan Tengah, Bukit Gedong,Bukit Jambul dan Kampung Jawa.



Sumber klik disini


Mat Kilau rasanya benda nie perlu perhatian serius pihak berkuasa jangan pandai gubal undang-undang tetapi perlaksanaannya macam musibat.

TINDAKAN ‘PILIH BULU’

 
PARA peniaga gerai di Jalan Chulia, Georgetown bebas meletakkan gerai mereka di tepi jalan walaupun ia adalah satu kesalahan dan mengganggu pengguna jalan raya.- UTUSAN/Zhafaran Nasib
Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) merampas perkakasan dari Restoran Nasi Kandar Aliyar kerana dikatakan bersalah meletakkan kerusi meja di kaki lima jalan, dianggap sebagai ‘pilih bulu’ kerana tiada tindakan diambil ke atas peniaga lain yang melakukan kesalahan serupa.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Georgetown mendapati masih banyak gerai meletakkan kerusi meja mereka di tepi jalan sehingga menganggu pengguna jalan raya.
Walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik yang bertanggungjawab mengetuai operasi MPPP ke atas Restoran Nasi Kandar Aliyar itu telah memohon maaf semalam, tetapi beliau seharusnya berfikir dahulu sebelum bertindak dan tidak mengamalkan ‘peraturan berpilih
Manakala blog Mim menganjurkan pertandingan foto terbaik.

Hero Tong Gas 'Balik India' iaitu Ng Wei Aik, ADUN Komtar pernah menyarankan pihak media memainkan peranan untuk 'meningkatkan kesedaran orang awam terhadap tindakan-tindakan yang menyalahi undang-undang dan juga bahayanya meja-meja dan kerusi-kerusi yang diletakkan di atas muka jalan atau kaki lima.' (untuk seterusnya...KLIK SINI)
Maka di sini, MIM menyahut saranan Ng Wei Aik dengan menyediakan satu peraduan yang sangat mudah ! Peraduannya ialah foto terbaik yang menunjukkan gerai-gerai di tepi jalan dan menyalahi undang-undang di Pulau Pinang sekarang ini! Senang sahaja !

Contohnya :-


Hadiahnya :

Pertama : RM 150
Kedua : RM 100
Ketiga : RM 50


Tarikh tutup : 17hb Januari 2011 Jam 2.00 petang.

Sila hantar ke : infoisumim@gmail.com

Sila sertakan tarikh, masa dan tempat foto itu diambil. :Selanjutnya klik sini


SO ! SESIAPA YANG BERCADANG NAK BERSANTAI DI PULAU PINANG 2 HARI INI, JANGAN LUPA KAMERA ANDA !!

Saturday, January 15

Suraini dilarang ke sekolah



Malang sungguh nasib Suraini Abdullah,10. 

Sudah tiga tahun dia belajar di sebuah sekolah rendah di sini namun tiba-tiba pada penghujung sesi persekolahan tahun lalu, kanak-kanak malang itu tiba-tiba dihalang ke sekolah. Malah Suraini diarah pulangkan semula semua buku teks. 

Alasannya, maklumat peribadi Suraini tidak lengkap dan dia juga tidak memiliki surat beranak. 

“Tindakan itu sangat mengejutkan kerana anak saya sudah tiga tahun bersekolah di sekolah itu, tiba-tiba saja dia ditegah bersekolah,” kata ibu angkat Suraini, Zaleha Sudin, 46. 

Menurutnya, pihak sekolah meminta dia mengemukakan dokumen hak penjagaan yang sah daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai syarat untuk Suraini dibenarkan bersekolah semula. 

“Saya pergi ke sekolah dan berasa amat terkejut apabila diberitahu, anak saya tidak dibenarkan ke sekolah sehinggalah saya dapat kemukakan dokumen penjagaan daripada JPN. 

“Masalahnya, arahan itu datang secara tiba-tiba dan anak saya terus dilarang ke sekolah. Sedangkan untuk mendapatkan dokumen penjagaan daripada JPN, prosesnya memakan masa antara sebulan hingga enam bulan,” katanya. 

Zaleha berkata, dia dapat merasai bagaimana kejadian itu benar-benar memberi tekanan kepada anaknya. “Saya sendiri dapat rasa tekanan yang dihadapi, dan bagi seorang kanak-kanak, dia tentu lebih terasa lagi. Saya sangat bimbang jika insiden ini menjejaskan keyakinan dirinya terutama untuk berhadapan dengan rakan-rakan,” katanya. 

Menurut Zaleha, selama ini iaitu selepas mendapat hak penjagaan terhadap Suraini sehingga kanak-kanak itu berumur 18 tahun yang diberikan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada 14 November 2002, dia dan suaminya, Md Saad Kasim, 52, tidak tahu bahawa mereka masih perlu mendapatkan dokumen daripada JPN. 

“Kami ingatkan keputusan mahkamah sudah cukup untuk kami disahkan sebagai penjaga Suraini, tak tahu kena minta dokumen daripada JPN pula,” katanya. 

Malangnya kata Zaleha, anaknya terus tidak dibenarkan ke sekolah sedangkan proses untuk mendapatkan dokumen itu agak lama. 

Pada 23 November 2010, Zaleha ke JPN Bandar Perda dekat sini untuk memohon dokumen hak penjagaan ke atas Suraini. 

“Apabila diberitahu tempohnya agak lama, saya bimbang pelajaran anak saya terjejas dan buat rayuan tetapi gagal,” katanya. 

Usaha Zaleha bagaimanapun tidak sia-sia apabila campur tangan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Tengah akhirnya membolehkan Suraini bersekolah semula. 

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Mohamad Fauzi Sharif berharap JPN dapat menyegerakan dokumen penjagaan sah Suraini kepada keluarganya bagi mengelak masalah itu berulang. 

“Kita tidak mahu disebabkan masalah ini, murid tersebut tidak dapat meneruskan persekolahan pada masa akan datang seterusnya tercicir dalam pelajaran,” katanya yang turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk keperluan persekolahan kepada Suraini. 

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri, Ibrahim Mohamad ketika dihubungi memberitahu, Suraini sudah memulakan persekolahannya sejak semalam dan menerima skim pinjaman buku teks semula. 

“Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat sekiranya pihak pengurusan sekolah dan keluarga angkat murid itu menemui Pegawai Pelajaran Daerah,” katanya.

Friday, January 14

Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO.







Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang menubuhkan dua biro baru iaitu Biro Pemikir dan Golongan Profesional dan Biro Pengundi Muda dan NGO sebagai pendekatan baru parti itu untuk mendekati “golongan atas pagar” menyokong semula BN.


UMNO negeri yakin dapat menjanakan idea-idea baru yang bersesuaian dengan kehendak golongan muda dan golongan profesional.



Biro Pemikir dan Golongan Profesional dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin manakala Biro Pengundi Muda dan NGO dipengerusikan oleh Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Dua biro baru ini ditubuhkan dengan menyasarkan golongan muda kerana terdapat golongan muda dan profesional yang tidak menganggotai mana-mana parti dan mereka ini haruslah diberi perhatian.
Pengumumkan pelantikan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya sebagai Ketua Penerangan yang baru menggantikan Datuk Musa Sheikh Fadzir yang kini dilantik sebagai timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Adun Penaga,  Datuk Azhar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop masing-masing dikekalkan sebagai Setiausaha dan Bendahari UMNO negeri. 


Mat kilau kata UMNO Pulau Pinang benar-benar berani berubah. 

Ng Minta Maaf Tunduk Malu Tak Terhingga,Bila Nak lepas Jawatan?



Akhirnya Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang dikecam kerana bertindak kasar dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap seorang pemilik kedai nasi kandar di sini Ahad lalu, memohon maaf secara terbuka dan mengaku telah keterlanjuran. 

"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.





Beliau juga hari ini menemui dan memohon maaf kepada Syed Kassali Mohamad Aliyar, pemilik Restoran Mohamed Aliyar selain kepada pekerja dan seluruh komuniti India Muslim kerana perlakuannya itu.
Semalam, dalam satu kenyataan, Ng berkata beliau sedia meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang jika terdapat bukti beliau telah meluahkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Ng juga telah memberi keterangan lebih satu jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut semalam berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu. 

Isnin lalu, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi tempoh seminggu kepada Ng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Komtar dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, supaya memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman terhadap pekerja restoran itu. 

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed, berkata kenyataan Ng itu begitu biadab dan mengguris hati masyarakat India Muslim di negara ini. 
Ng didakwa mengeluarkan ungkapan "Tutup kedai, balik India" terhadap pekerja restoran itu. 

Syed Kassali yang dikunjungi Ng di kedainya tengah hari tadi berkata, beliau akan berbincang dengan KIMMA dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) untuk tindakan selanjutnya kerana laporan polis sudah dibuat terhadap Ng. 

"Insiden ini telah mengakibatkan perniagaan saya merosot sehingga 50 peratus dan terpaksa menanggung kerugian RM30,000 sejak kejadian Ahad lalu," katanya kepada pemberita. 

Dalam kejadian pada malam Ahad itu, Ng dilaporkan bertindak kasar terhadap Syed Kassali dan didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu semasa beliau menyertai anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menyerbu restoran itu. - BERNAMA 

Thursday, January 13

Majlis Perkebumian Allahyarham "Aku Yang Gambi"

Penulis Blog "Aku Yang Gambi", allahyarham Aziz Bin Baharom, jenazahnya telah selamat di semadikan di Perkuburan Islam Keratong 2, selepas solat zohor pada pukul 1.45 petang tadi.




UMA telah sempat menziarahi jenazah dan sampai kerumah allahyarham pada pukul 11.30 pagi. Jarak rumah UMA ke Keratong 2 sejauh 60 KM. Semua anak dan kaum keluarga telah berkumpul.  Ramai juga pemimpin UMNO yang datang. UMA tidak kenal dengan pemimpin di sana.


Menurut Balu allahyarham, allahyarham berumur 57 tahun. Agak sebaya dengan UMA. Pada hari Isnin, allahyarham mengajak beliau pergi keklinik kerana sakit dada. Allahyarham sendiri yang memandu kereta. Agak pelik, sampai sahaja di klinik, allahyarham kelihatan begitu tenat. Doktor mengarahkan supaya allahyarham di hantar ke hospital Muadzam. Oleh kerana komplikasi pernafasan pembedahan untuk memasukan tiup bagi membantu pernafasan di buat.


Selang 2 hari beliau di pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Menurut balu beliau lagi, allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.50 malam tadi
.




UMA sempat menyedekahkan bacaan yasin, tahlil dan membantu apa yang perlu ketika jenazah dimandi dan di kapankan. Jenazah di bawah ke Mesjid Jamek Keratong 2 untuk solat jenazah selepas solat zohor dan di abadikan di Perkuburan Islam kerantong 2.


S
emoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Al Fatihah.






Kain Rentang di gantung di pagar Masjid Keratong 2;  "Majlis Tahlil Memperingati Kembalinya Ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato Hussein, Pengasas FELDA".  Terdapat juga logo FELDA HANYA 1 DI DUNIA.  Moto ini juga di ambil oleh "Aku yang gambi" sebagai moto blog beliau.


Sumber http://agbr47.blogspot.com/


Sumbangan Buat Keluarga Arwah Blogger Yang Gambi
Sumbangan Boleh Di Hantar Melalui Akaun Isteri Beliau:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Ab Aziz
Bantu Semana Yang Kita Mampu!!!
Arwah Yang Gambi Berjuang Sehingga Ke Akhir Hayat Beliau.


Umi Hafilda Pula Cabar Anwar, Azmin Debat Kes Liwat


Selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat, muncul pula Umi Hafilda Ali membuat cabaran sama kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Umi Hafilda yang merupakan saksi utama kes perbicaraan liwat melibatkan Anwar pada tahun 1998 itu turut mencabar abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali untuk turut serta dalam debat itu.
Beliau mendakwa, debat berkenaan bagi menjelaskan kebenaran semua fakta yang dibongkarkan 13 tahun lalu yang dikatakan fitnah.
"Selama 13 tahun saya mendiamkan diri dan pelbagai perkara buruk terpaksa saya telan dan sudah tiba masanya saya menegakkan kebenaran dan membersihkan nama saya.
"Kalau benar saya menfitnah mereka, saya cabar mereka untuk berdebat dengan saya. Buktikan kepada semua rakyat negara ini bahawa semua kata saya adalah fitnah," ujarnya.
Beliau membuat cabaran itu pada satu sidang media yang diadakan di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai mengapa beliau mengambil masa selama tiga belas tahun untuk bertindak, Umi berkata, selama ini dirinya bersabar kerana mendengar nasihat ibunya yang tidak mahu melihat mereka adik beradik mengeruhkan hubungan yang sedia buruk.
Namun katanya, kemunculan semula dirinya bukan untuk mencari publisiti tetapi adalah untuk membersihkan namanya dan tidak mahu masyarakat Melayu dan negara ini terus tertipu dengan propaganda pihak tertentu.
Umi turut mencabar Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk melakukan sumpah di dalam masjid bagi menafikan semua dakwaan terhadap suaminya itu.
Umi mendakwa Wan Azizah tahu mengenai suaminya dan hanya mendiamkan diri bagi kepentingan politik.
"Dia tahu siapa 'anugerah' itu yang sebenarnya dan segala aktiviti yang dilakukan. Jika semua dakwaan itu tidak benar saya cabar dia (Wan Azizah) bersama-sama Anwar dan Azmin untuk bersumpah di dalam masjid sambil menjunjung Al-Quran jika mereka berada di pihak yang benar," katanya.
Pada sidang media yang sama, Umi yang ditemani peguam peribadinya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mengesahkan akan meneruskan saman RM700 juta terhadap lima individu yang dinamakan sebelum ini.
Mereka adalah Anwar dan Azmin (RM300 juta), Karpal Singh (RM200 juta) serta Wan Azizah dan parti Pas masing-masing RM100 juta.
Menurut Umi, pihaknya sedang menguruskan dokumentasi perundangan kes itu dan akan menfailkannya dalam masa terdekat.
"Kita akan maklumkan pada media mengenai saman itu dan yang pasti dalam masa terdekat ini," katanya.
Umi turut memberitahu, semua bukti dan saksi-saksi penting akan dibawa ke mahkamah pada perbicaraan itu nanti.
Malah katanya, akan ada kemungkinan beliau akan memanggil ahli keluarganya sendiri sebagai saksi pada perbicaraan itu nanti.
"Saya ada bukti dan saksi yang tidak mereka jangkakan. Kita tunggu dan lihat," ujarnya.

UMNO Pulau Pinang perlu yakinkan rakyat untuk kembalikan kuasa




DALAM tempoh kira-kira tiga dekad lalu, UMNO Pulau Pinang diterajui pemimpin kanan parti iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan juga Naib Presiden. Jadi, sudah semestinya mereka memegang juga jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri kanan dalam kerajaan. 

Kini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Zainal Abidin Osman, hanya ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan tiada sebarang jawatan dalam Kabinet. Jika dibandingkan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang pernah menerajui UMNO Pulau Pinang, mungkin beliau terlalu kecil.



Ketika Abdullah dan Anwar menerajui UMNO Pulau Pinang, pentadbiran negeri berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak menghadapi tekanan daripada kerajaan negeri berbanding sekarang, negeri yang diperintah pakatan pembangkang pimpinan DAP.
Bagaimanapun, tiada jawatan penting dalam parti dan Kabinet bukan bermakna seseorang itu tidak boleh berkhidmat dengan cemerlang. Sebab itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, menaruh kepercayaan kepada Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal itu untuk memimpin barisan kepemimpinan UMNO Pulau Pinang bagi mengembalikan keyakinan rakyat bagi membolehkan BN memegang semula tampuk pemerintahan negeri. 

Zainal Abidin sedar beliau tidak memiliki jawatan dalam Kabinet tetapi yakin mampu meletakkan semula saf kepemimpinan UMNO Pulau Pinang dalam kedudukan betul. Lebih penting lagi untuk berhadapan dengan propaganda dan dasar pembangkang penuh dengan agenda tersirat di negeri ini. 

“Walaupun tidak memiliki jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan, saya tidak merasakan itu sebagai kecacatan kerana saya boleh gantikannya dengan masa. Saya yakin ada lebih banyak masa bersama rakan meneruskan perjuangan parti. 

“Saya juga ada barisan kukuh di Pulau Pinang. Saya ada ketua bahagian, jawatankuasa UMNO bahagian, ketua cawangan, ahli jawatankuasa cawangan, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri pada semua peringkat. Struktur parti sedia ada memberi kelebihan,” kata Zainal Abidin yang turut yakin timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir, dapat membantu. 
Apapun hakikat yang perlu diterima UMNO Pulau Pinang dan parti komponen BN ialah mendapatkan kembali keyakinan rakyat supaya parti kembali berkuasa. Tanggungjawab itu amat berat kerana pukulan ketika pilihan raya umum 2008 amat parah. Daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya 11 kerusi dimenangi, itupun oleh wakil UMNO manakala kerusi GERAKAN, MCA dan MIC hilang semuanya. Kerusi Parlimen pula hanya dua dimenangi daripada 13 kerusi, juga oleh wakil UMNO. 

Tugas UMNO Pulau Pinang bukan saja mengekalkan kerusi dimiliki tetapi mendapatkan kembali yang terlepas ke tangan pakatan pembangkang. Begitu juga dengan parti komponen lain perlu memastikan sekurang-kurangnya BN mendapat majoriti mudah untuk kembali memerintah. 

Bagi UMNO Pulau Pinang, tugas berat yang menanti bukan saja meraih sokongan orang Melayu malah bukan Melayu. Ini kerana di Pulau Pinang, jika UMNO mampu meraih keseluruhan sokongan Melayu sekalipun, BN belum dapat kembali berkuasa. Pengundi Melayu hanya mewakili 35 peratus daripada jumlah pengundi di Pulau Pinang. 

Oleh itu, jika UMNO hendak tunjukkan kehebatan berkhidmat kepada rakyat, ia bukan terhad kepada pengundi Melayu tetapi kaum lain yang mewakili 65 peratus pengundi. UMNO kena yakinkan bahawa BN boleh jadi lebih baik berbanding Kerajaan DAP Pulau Pinang. UMNO harus buktikan kepada orang Cina dan India untuk memberi semula mandat kepada BN bagi memastikan ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. 

Untuk mengembalikan keyakinan rakyat, perjuangan UMNO Pulau Pinang perlu berubah kerana orang tidak lagi melihat jasa UMNO dalam pelajaran, kebajikan dan pembangunan. Orang tidak lagi berpegang kepada jasa kerana rakyat sudah berpandangan ‘kalau parti mana pun memerintah, mereka akan berjasa.’ 

rapid

rapid

Followers

PALING SEMPOI MINGGU INI

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive