Biaq betul apa yang Ketua Menteri nak buat nie,,,,13 march bubarkan DUN.Baguihla kalau macam tue lagi cepat tamatkan piliharaya negeri lagi best.....Senanglah sikit bolehlah rest panjang lepas nie.....akan tetapi nie semua cuma dalam perancangan akan tetapi keputusan yang depa akan buat pada selasa nie sasam ada jadi atau pun tidak?Depa nie cakap bukan boleh pakai sangat pun.Orang Penang kata gempaq aja lebih tapi haram satu kejadah benda tak jadi pun...
Tambah kalau Guan Eng yang dok habaq memang jenis lidah bercabang,Patutlah beru nie ada rakan dari belah sana dok habaq kata akan ada kejutan dalam masa terdekat dari Kerajaan DAP nie...tue dia dah pecah lubang awai nampak....
Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu ketetapan pada Selasa ini sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang diperintah mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ketetapan mengenainya akan dibuat pada mesyuarat yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Petanda pilihan raya umum akan datang "sudah dekat" berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pelarasan gaji bagi 1.3 juta penjawat awam hari ini, katanya kepada pemberita selepas menghadiri penutupan Forum Ketua Menteri dan Gabenor Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Thailand-Malaysia (IMT-GT) di sebuah hotel di sini, hari ini.
"Ini adalah satu petanda pilihan raya (umum ke-13) sudah dekat, kemungkinan selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 12 April depan atau mungkin pada bulan Mei depan," katanya.
Sambil mengesahkan bahawa beliau akan terus bertanding di Pulau Pinang, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, DAP akan terus bekerja keras mempertahan semua kerusi yang telah dimenangi.
Pada 17 November tahun lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, DUN Selangor tidak akan dibubarkan pada awal tahun ini meskipun Kerajaan
Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen dan hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.
PR yang dianggotai PKR-DAP-PAS memerintah di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 2008. Bernama
MKP Ayat Sempoi : sebelum nie kata tak mau dah CM nie pulak kata nak pertahankan mana satu betoi nie Lidah Bewak?
1 comment:
nice info
visit me:http://www.centplay.com/affiliate/id_569/
Post a Comment