Friday, March 9

PAKATAN SUDAH TIDAK RELEVEN PRU13.



Pendapat Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan parti-parti politik dan ekonomi tanah air menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menarik untuk berkongsi pandangan.Pada tahun 2008, kita melihat kejayaan pakatan pembangkang PKR, DAP dan Pas dalam pilihan raya adalah kerana dorongan persepsi yang dibuat oleh mereka. Rakyat terdorong kepada sifat populariti sesuatu isu yang disensasikan oleh pakatan pembangkang dan membuatkan ada rakyat percaya dan ada yang tidak - tetapi mengambil sikap berdiam diri atau "non-partisan".


Ini ditambahi pula pengurusan persepsi yang tidak dilakukan dengan segera secara berkesan oleh pihak Barisan Nasional (BN) membuatkan ia menular kepada minda rakyat. Namun demikian, Apabila pakatan pembangkang berjaya memerintah negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak (buat seketika waktu), isu-isu lama di Kelantan masih belum diselesaikan setelah diperintah begitu lama oleh Pas.



Masalah air dan pembinaan masjid masih menjadi tanda tanya rakyat. Isu pembalakan yang masih tidak berjawab oleh pihak pakatan pembangkang menjadi tanda nota dalam pemikiran rakyat.

Di Kedah, krisis dalaman Pas dan juga pemerintah negeri telah melihatkan bahawa "Kedah bukan di bawah kawalan" tetapi dalam keadaan tenat dari aspek pentadbiran dan pengurusannya. Rakyat menjadi gelisah akibat ketidakcekapan pentadbiran Pas.

Di Pulau Pinang, janji manis DAP masih banyak tidak dikotakan seperti mana beberapa soalan yang diajukan oleh para hadirin dalam sesi Debat Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek tempoh hari membuatkan rakyat berbangsa Tionghua merasa resah dan meluat dengan janji-janji DAP.

Di Selangor, pelbagai masalah timbul daripada persoalan pasir, kegagalan sistem pembuangan sampah sehinggalah mengenai pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai exco negeri menjadi tanda tanya.

Di Perak walaupun pakatan pembangkang memerintah untuk seketika tetapi isu tanah yang cuba dilaksanakan dan diberikan kepada penduduk Kampung Baru Cina menjadi igauan rakyat jelata. Keresahan dan kegusaran ini membuatkan paradigma persepsi rakyat beranjak.

Pada pendapat mereka, jika kurang daripada empat tahun memerintah negeri sudah banyak kesilapan dan banyaknya berlaku permasalahan, apatah lagi jika diberi peluang memerintah negara selama satu penggal yang bukan hanya akan merosakkan negara tetapi menyebabkan rakyat menderita secara keseluruhannya. Tetapi masih ada rakyat yang berada dalam keadaanblur mengenai banyak isu dan banyak juga yang tidak ambil peduli langsung tentang landskap politik yang wujud kini.


Memandangkan sokongan rakyat kian meningkat kepada Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan idea-idea baru dan daya kreatifnya telah berjaya memujuk semula rakyat. Keikhlasan dan kejujuran beliau sebagai pemimpin, terutama menangani kemelut keresahan rakyat dapat dirasai oleh rakyat. Jika Najib ingin menghidupkan 'rasa', maka beliau sudah hampir ke tahap kejayaan tersebut. Namun demikian, penjenamaan Najib yang sedang popular ini hendaklah disambut oleh pemimpin tempatan dan pemimpin parti komponen.


Jika pemimpin berjaya mewujudkan dan mencipta 'rasa' untuk Rakyat, saya pasti, rakyat akan kembali kepada kerajaan kecuali hardcore penyokong pakatan pembangkang. Kredibiliti kepimpinan bukan boleh dilihat dari sudut pandai berucap semata-mata tetapi ia hendaklah dilihat dan dinilai dari sudut KTPnya iaitu Key Tangible Performances atau Prestasi Tindaklaku Kerja yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dan bukti ini ada dalam hasilan kepimpinan Najib. Ke mana tempat yang Presiden UMNO itu tidak pernah turun? Persoalan apa yang tidak Perdana Menteri jawab dan selesaikan? Ini adalah bukti. Bukti yang besar jika dibandingkan dengan kepimpinan pembangkang lakukan.


Najib berpegang kepada satu kepercayaan iaitu negara Malaysia tidak boleh dibangunkan oleh satu kaum sahaja. Ia hendaklah dibangunkan melalui satu gabungan rakyat dengan satu kepercayaan yang mantap dan mapan. Sebab itu 1Malaysia dilahirkan untuk membina Malaysia yang berwajah baru. Malaysia baru mesti menjadi agenda utama rakyat melalui kekuatan nilai hidup rakyat yang baru. Inilah penjenamaan Najib. Nilai yang dipupuk adalahjujur, ikhlas, amanah, adil, sopan dan santun, cepat, tepat, dan mesra.


Di samping itu, jika BN mahu menang, kepimpinan parti-parti komponen harus menerima perubahan. Kepimpinan atasan parti di bahagian hendaklah menelan perubahan ini dengan berani iaitu menerima hakikat kelahiran pemimpin baru, yang mungkin bukan berada pada saf kepimpinan parti, tetapi memberikan harapan baru kepada rakyat.UM


MKP AYAT SEMPOI :MATKILAUPENANG akan kembali ketempat kelahiran blog ini,Langkawi ,Kedah Darul Aman , Malaysia.nantikan kejutan yang bakal dilakukan..........

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive