Sunday, March 4

KAK IJAT,APA YANG SEMPOI?



Isu NFC masih lagi bermain dibenak minda dan fikiran rakyat ketika ini,MKP dah lali dengan Lembu masuk kondo nie.."...Pi lah mana pun dalam Pulau Pinang nie mesti cita nie keluaq dulu.Apa kejadah semuanya nie.......Dok elok nak pi pekena Nasi Kandaq pun boleh potong stim bila tetiba terdengaq lembu masuk kondo yang di perkatakan oleh manusia yang sebelum nie zero pasal isu politik seantero malaya.Kalau disembang dengan sesama warna tak pa lagi nie dah jadi dalca marba.

Terbaru nie pulak keluaq didalam surat khabar yang berbahas Mandarin.Dari logik akal dan perkembangan terbaru tiada kenyataan ynag mengesahkan pekara ini,mana mungkin depa nie boleh tau awal benda nie,Apakah persepsi yang cuba ditafsirkan"?""?????????

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mungkin tidak akan dilantik semula sebagai Senator apabila penggalnya berakhir pada 8 April, lapor akhbar Sin Chew.

Jika tidak dilantik semula, Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan dalam Kabinet susulan skandal Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) yang membabitkan suami dan anak-anaknya.

“Jika tidak ada perkembangaan baru, Shahrizat mungkin tidak dapat melanjutkan tempoh pelantikannya sebagai senator manakala kedudukannya di Kementerian tidak diisi sehingga Parlimen dibubarkan,” lapor akhbar berbahasa Cina itu.

Beliau dilantik sebagai senator dan Menteri Kabinet walaupun tewas pada pilihanraya umum tahun 2004.

Ketua Wanita UMNO itu kerap menegaskan isu NFC tidak ada kena mengena dengannya dan adalah sebuah projek yang diuruskan oleh suami beliau.

Pembangkang mendakwa suami dan anak-anak Shahrizat menggunakan sebahagian daripada pinjaman kerajaan RM250 juta untuk membeli tanah, kereta mewah, kondominium serta untuk pelaburan di luar skop projek ternakan lembu daging.sumber ANTARAPOS

MKP Ayat Sempoi : Bila pulak nak londeh kain lepas nie?
- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive